Lalamove Jom Move Challenge: Cara Menyertai Dan Menang Sehingga RM12,000

featured image

Anda dah dengar tentang peraduan terbaru dari Lalamove?

Perkenalkan peraduan Lalamove Jom Move Challenge! Dimana hadiah bernilai sehingga RM12,000 menanti anda!

Tapi macam mana nak sertai dan menang? Jom kita lihat caranya dibawah.

 

Apa Itu Lalamove Jom Move Challenge?

Kalau dah masuk hujung tahun, anda mesti selalu sibuk kan?

Musim hujung tahun memang padat dengan pelbagai acara, dari sambutan Krismas, cuti sekolah dan tahun baru.

Waktu ini juga adalah yang terbaik untuk anda tambahkan pendapatan bagi memenuhi keperluan musim cuti.

Sebab itulah Lalamove perkenalkan peraduan Lalamove Jom Move Challenge ini, peraduan istimewa dimana rakan pemandu Lalamove boleh memenangi RM2,000 setiap seorang dengan hanya melengkapkan pesanan.

Peraduan ini berlangsung selama dua bulan, bermula dari 17 Oktober sehingga 12 Disember 2025.

Lalamove vehiclesEnam pemenang akan dipilih dari enam kategori berbeza:

  • Motosikal

  • Kereta

  • Kereta (E-Hailing)

  • Pikap 4x4

  • Van

  • Lori

Maksudnya, anda berpeluang untuk menang tidak kira jenis kenderaan yang anda bawa!

 

Siapa Yang Boleh Menyertai Peraduan Ini?

 

Lalamove driver handing item to customer

Peraduan ini terbuka bagi semua rakan pemandu Lalamove, tidak kira rakan pemandu lama atau yang baru sahaja mendaftar.

Apa yang anda perlu ada hanyalah kenderaan yang disenaraikan di atas untuk menyertai.

Jika anda belum menjadi rakan pemandu kami, jangan risau!

Anda boleh mendaftar dengan menekan butang dibawah:

Daftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove Sekarang

 

Bagaimana Untuk Menyertai Peraduan?

Untuk menyertai peraduan Lalamove Jom Move Challenge ini mudah saja.

Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah seperti di bawah:

 

Langkah 1

 

Driver App Registration BM

Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove Motosikal, Kereta, Kereta (E-Hailing), Pikap 4x4, Van atau Lori.

Jika anda sudah mendaftar, sila terus pergi ke Langkah 2.

 

Langkah 2

 

Lalamove Jom Move Challenge website screenshot-1

Klik butang dibawah untuk pergi ke halaman rasmi peraduan Lalamove Jom Move Challenge.

Daftar Peraduan Lalamove Jom Move Challenge

 

Kemudian, anda perlu mengisi maklumat yang diminta seperti dibawah:

  • Nama seperti di dalam kad pengenalan

  • Nombor kad pengenalan

  • Nombor plat kenderaan yang berdaftar

  • Nombor telefon

  • Jenis kenderaan yang berdaftar

  • Muat naik tangkap layar profil akaun Lalamove Driver anda

Nota: Sila pastikan maklumat yang diisi sepadan dengan maklumat yang terdapat di dalam akaun Lalamove Driver anda.

 

Langkah 3

Anda dah boleh mula ambil pesanan!

Bagi setiap satu pesanan yang anda selesaikan semasa tempoh peraduan akan dikira sebagai satu penyertaan.

Contoh:

Selesaikan 10 pesanan penghantaran/Ride = 10 penyertaan

Selesaikan 50 pesanan penghantaran/Ride = 50 penyertaan

Setiap minggu kami akan mengemas kini 3 rakan pemandu teratas dengan pesanan terbanyak bagi setiap kategori.

 

Ambil Pesanan Lebih Banyak Untuk Menang Besar!

 

Lalamove Driver - 481 (1)

Ini bukan sahaja peraduan, ini adalah penghargaan untuk segala usaha dan dedikasi yang sudah anda berikan selama ini.

Jom selesaikan lebih banyak pesanan dan menang dengan Lalamove Jom Move Challenge!

Hantar Dan Menang Sekarang

Read more