Jadi pemandu Lalamove semestinya pengalaman yang meriah dan beruntung.
Nak tahu apa lagi yang boleh menguntungkan?
Apabila anda ambil job perayaan Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan!
Bagi yang belum tahu, tahun ini kita akan menyambut Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan pada minggu yang sama.
📆 Tahun Baru Cina: 17 dan 18 Februari 2026
📆 Ramadan: 19 Februari 2026
Dari persiapan Tahun Baru Cina, hingga ke kesibukan sahur awal pagi dan waktu berbuka, job mesti masuk tak henti-henti!
Jom baca blog ini untuk lihat manfaat yang anda boleh dapat jika ambil job pada waktu ini.
Job penghantaran akan meningkat tinggi terutama sekali ketika beberapa minggu sebelum Tahun Baru Cina dan juga ketika menjelang waktu berbuka di bulan Ramadan.
Peniaga-peniaga perlu menghantar makanan sebelum waktu berbuka dan peniaga online perlu mengejar tempahan saat akhir. Pelanggan juga memerlukan barang mereka on time.
Apa maknanya buat rakan pemandu?
Rakan pemandu yang bijak memilih job yang sesuai boleh menjana pendapatan lebih tanpa perlu memandu sepanjang hari!
Tip: Pesanan Lalamove Ride meningkat pada waktu-waktu ini! Tapis pesanan Lalamove Ride di dalam aplikasi untuk menerima lebih banyak trip penumpang.
Salah satu kelebihan utama memandu dengan Lalamove ialah fleksibiliti masa yang sangat membantu sepanjang bulan Ramadan.
Anda boleh:
Anda dapat bekerja mengikut keselesaan dan jadual sendiri sambil tetap menjana duit.
Puasa dan ibadah terjaga, kerja pun jalan!
Nota: Ambil lebih banyak job sebelum Tahun Baru Cina untuk capai target pendapatan anda sebelum puasa!
Masih belum terlambat untuk anda menyertai peraduan My Day With Lalamove!
Dengan hanya berbaki kurang daripada 3 minggu, anda boleh mencipta video berdurasi 30-60 saat tentang pengalaman anda sebagai rakan pemandu Lalamove.
Anda boleh meceritakan kisah seperti:
Siapa tahu anda bertuah untuk membawa pulang wang tunai bernilai sehingga RM10,000!
Hantar video penyertaan anda sekarang sebelum 28 Februari 2026.
Baca blog di bawah untuk maklumat lanjut:
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Peraduan “My Day With Lalamove”
6 Tips Anda Perlu Tahu Sebelum Hantar Video
Setiap job yang anda ambil sebelum Tahun Baru Cina dan di bulan Ramadan dapat membantu:
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda memainkan peranan penting dalam rutin harian masyarakat. Itulah nikmat sebenar!
Jika anda sudah mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove, inilah masanya untuk melangkah lebih jauh.
Bukan selalu kita dapat menikmati perayaan Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan pada minggu yang sama!
Jadi, jom gunakan peluang ini untuk menjana pendapatan berganda, mana tahu dengan usaha anda yang tinggi dapat membuahkan hasil yang tak dijangka-jangka.
Selamat Tahun Baru Cina dan semoga bulan Ramadan anda berjalan dengan lancar!