My Day With Lalamove: 6 Tips Anda Perlu Tahu Sebelum Hantar Video
Hai rakan pemandu Lalamove!
Pernah tak terfikir yang rutin harian anda sebenarnya mempunyai banyak kisah menarik?
Dari momen hantar barang pelanggan sehingga ke pengalaman atas jalan raya, semua ini boleh dijadikan kisah untuk peraduan My Day With Lalamove.
Anda mungkin menang sehingga RM10,000!
Sebelum anda tekan butang “Post” di media sosial, jom kami kongsikan beberapa tips supaya video anda bukan sahaja menarik, tetapi juga berpeluang untuk menang!
1. Fahami Tema “My Day With Lalamove”

Perkara paling asas tapi ramai yang terlepas pandang!
Selain dari menceritakan hari anda sebagai rakan pemandu Lalamove, anda juga boleh kongsi:
- Pengalaman sedih yang memberi kesan mendalam
- Kisah seram ketika buat job tengah malam
- Kisah kelakar yang anda tak boleh lupakan
- Kisah inspirasi untuk terus berjuang mencari rezeki
Yang penting, kisah anda mestilah “real” dan bukan rekaan semata-mata.
2. Rancang Jalan Cerita

Video yang menarik ditonton biasanya ada jalan cerita yang jelas.
Cuba rancang jalan cerita anda seperti:
- Pengenalan: Perkenalkan siapa diri anda dan apa yang anda buat
- Isi: Ceritakan tentang aktiviti, cabaran atau momen menarik
- Penutup: Perasaan atau tips yang anda boleh kongsi sebagai rakan pemandu Lalamove
3. Rakaman Yang Jelas

Anda tak perlukan kamera mahal atau alatan profesional untuk merakam. Cukup dengan hanya telefon pintar!
Namun, pastikan:
- Video tidak terlalu gelap atau cerah
- Audio jelas dan boleh didengar
- Rakaman yang stabil (guna phone holder jika merakam ketika memandu)
4. Tunjukkan Personaliti Anda

Anda pandai melawak? Petah bercakap di depan kamera? Inilah peluang anda untuk serlahkan diri.
Mana tahu penonton (dan juri Lalamove) suka personaliti anda yang unik tu!
Mungkin personaliti anda boleh membawa kemenangan wang tunai sehingga RM10,000.
5. Keselamatan Tetap Nombor Satu

Walaupun nak rakam video, keselamatan jangan dilupakan.
Elakkan:
- Memandu sambil memegang telefon (sebab itu anda perlukan phone holder!)
- Buat aksi berbahaya demi video
- Merakam pelanggan tanpa meminta izin
Kami cadangkan anda rakam sebelum memandu, ketika berhenti atau selepas selesai melakukan penghantaran.
6. Semak Syarat Peraduan

Sebelum menghantar video, pastikan:
- Video ikut tempoh masa yang ditetapkan (30-60 saat)
- Muat naik di Instagram, TikTok atau Facebook
- Kandungan video mematuhi syarat peraduan
- Letak hashtags #MyDayWithLalamove #lalamovemy pada kapsyen
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi My Day With Lalamove.
Nikmati Perjalanan, Menangi Peraduan

Peraduan ini bukan hanya sekadar tentang hadiah, tetapi juga peluang untuk anda berkongsi kisah dan menjadi inspirasi kepada orang lain.
Siapa tahu, rutin harian anda yang biasa-biasa itulah yang paling luar biasa di mata orang lain!
Jadi, tunggu apa lagi?
Ambil telefon, rakam dan sertai peraduan My Day With Lalamove sekarang.
