Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang peraduan Lalamove Jom Move Challenge!
Bagi yang belum tahu, peraduan ini telah berlangsung selama dua bulan, bermula dari 17 Oktober 2025 dan telah tamat pada 15 Disember 2025 yang lalu.
Sepanjang dua bulan ini, kami menerima hampir 2,000 penyertaan dari rakan-rakan pemandu.
Dan hanya enam rakan pemandu dari kategori kenderaan berbeza telah terpilih sebagai pemenang dengan pesanan yang terbanyak!
Kami sempat menemu bual empat pemenang semasa majlis penyerahan hadiah di Lalamove Driver Centre Bandar Kinrara baru-baru ini.
Jom kita lihat berapa banyak pesanan yang mereka berjaya buat!
Menurut Abdul Rashid, keluarga adalah pendorong utama untuk dia menyertai peraduan ini.
Tanpa sokongan keluarga, mustahil Rashid mampu melengkapkan hampir 1,000 pesanan sepanjang tempoh peraduan!
Baru-baru ini, Rashid diuji dengan kemalangan yang menyebabkan kakinya patah dan tidak dapat bekerja selama enam bulan. Namun, dia bangkit semula demi mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak.
Usaha dan ketekunannya semestinya membuahkan hasil apabila Rashid memenangi RM2,000 dalam peraduan ini.
Dengan hanya mengambil pesanan 3-4 jam sehari, Saw Li Yoong berjaya melengkapkan pesanan Ride sebanyak 151 pesanan!
Menurutnya, menjadi rakan pemandu Lalamove Ride memberi dia kebebasan dalam mengambil pesanan yang diinginkan.
Li Yoong juga berkata memandu untuk Lalamove Ride adalah pilihan yang sihat untuk kesihatan mentalnya.
“Tak salah cuba masuk peraduan ni, dapat atau tidak, tak ada siapa yang tahu,” katanya.
Dengan daftar masuk peraduan dan ambil pesanan seperti biasa, Saw Li Yoong dapat membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 tau!
Setelah tujuh tahun menjadi rakan pemandu Lalamove, ini adalah kali pertama Mohd Lutfi Azlan memenangi peraduan penghantaran!
Menurutnya, dia lebih mementingkan jumlah pesanan yang diambil berbanding pendapatan yang dia peroleh.
Lutfi juga berkata pengalamannya sebagai seorang “otai” memberikan kelebihan untuk dia memenangi peraduan ini.
“Saya banyak ambil dari pelanggan favourite. Sebab untuk pelanggan favourite, saya dah tahu cara dan waktu penghantaran yang mereka mahu.”
Kalau anda nak menang seperti Lutfi, pastikan anda ada ramai pelanggan yang meletakkan anda sebagai pemandu kegemaran mereka!
Bagi Tung Tuck Wai, kemenangan dalam kategori Lori benar-benar mengejutkan kerana dia sendiri tidak menjangkanya.
Dia menetapkan sasaran lima hingga enam pesanan sehari dan hasilnya, dia berjaya menyiapkan 221 pesanan sepanjang tempoh peraduan.
Siapa sangka usaha kecil sehari-hari boleh membawa kejayaan sebesar ini?
Tahniah buat semua pemenang!
Walaupun Lalamove Jom Move Challenge telah tamat, kami ada satu lagi peraduan baru yang anda boleh sertai!
Bermula dari sekarang sehingga 28 Februari 2026, anda boleh menyertai peraduan My Day With Lalamove dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000!
Peraduannya mudah: Anda hanya perlu rakam kisah anda sebagai pemandu Lalamove dan kongsi video di media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi My Day With Lalamove.