Blog | Lalamove Malaysia

4 Tips Memandu Ketika Bulan Ramadan

Written by Lalamove Malaysia | Feb 23, 2026 8:59:59 AM

Untuk rakan-rakan pemandu yang dah lama bersama Lalamove atau yang baru mula nak sertai, memandu pada bulan Ramadan mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Tetapi jangan risau, kami nak kongsikan empat tips untuk pastikan perjalanan anda sepanjang Ramadan menjadi lebih lancar, selamat dan bertenaga.

 

1. Bawa Air Secukupnya

 

 

Ini paling asas dan yang paling penting. Pastikan anda sentiasa ada air masak dalam kenderaan.

Kadang-kadang kita dapat job last-minute hampir nak dekat waktu berbuka.

Jadi, sekurang-kurangnya anda boleh berbuka dengan air dahulu walaupun masih di jalan raya.

Selain air kosong, boleh juga sediakan minuman isotonik seperti 100 Plus, Revive Isotonic dan lain-lain.

Minuman sebegini membantu mengembalikan hidrasi dengan lebih cepat selepas seharian berpuasa.

Tapi ingat ya, ambil secara sederhana, jangan pula anda habiskan satu botol!

 

2. Sediakan Makanan Ringan

 

Kurma memang “best friend” waktu berbuka. Selain kurma, anda juga boleh simpan buah-buahan kering atau biskut tawar dalam kenderaan.

Kelebihan makanan ini:

  • Mudah disimpan dan tahan lama

  • Tak mudah rosak walaupun dalam cuaca panas

  • Ringan tapi cukup untuk alas perut

Kalau terperangkap dalam kesesakan jalan raya ketika waktu berbuka, anda boleh berbuka dulu secara ringkas.

Selepas selesai job dan sampai ke destinasi, barulah anda boleh makan berat dengan tenang.

Tip tambahan: Simpan dalam bekas kedap udara supaya makanan tak tercemar dan tak bersepah dalam kenderaan.

 

3. Bawa Kit Pertolongan Cemas

 

 

Sebagai rakan pemandu Lalamove, kita sentiasa terdedah kepada risiko kecil seperti luka ringan atau terseliuh ketika mengangkat barang.

Pastikan anda ada:

  • Pembalut

  • Kain kasa

  • Antiseptik

  • Krim luka

  • Ubat-ubatan

Kit pertolongan cemas ini mungkin nampak remeh, tetapi bila diperlukan, ia memang sangat membantu sebagai perawatan awal sebelum kecederaan jadi lebih serius.

 

4. Simpan Kit Kecemasan Kenderaan

 

Ini wajib ada, bukan saja pada waktu Ramadan, tetapi setiap masa.

Antara barang penting yang perlu ada:

  • Tayar ganti

  • Kabel jumper

  • Jack

  • Segi tiga kecemasan

  • Lampu suluh

  • Pemadam api mini

  • Payung

  • Baju hujan

Cuaca di Malaysia ni kita semua tahu, kadang panas, kadang hujan.

Kalau kenderaan meragam pada waktu malam atau hujan, sekurang-kurangnya anda dah bersedia dengan peralatan yang diperlukan.

 

Rancang Jadual Dan Kekal Bertenaga

 

Menjadi rakan pemandu ketika Ramadan memang mencabar. Jadi, rancang jadual anda dengan bijak dan siapkan persediaan yang betul.

Anda memang hero buat rakyat Malaysia.

Selamat memandu dan selamat berpuasa!

Baca Lebih Lanjut:

4 Manfaat Ambil Job Lalamove Pada Bulan Ramadan

3 Waktu Terbaik Untuk Ambil Job Di Bulan Ramadan 2026