3 Waktu Terbaik Untuk Ambil Job Di Bulan Ramadan 2026
Bulan Ramadan kembali lagi dan ini merupakan peluang terbaik untuk anda beribadah dan maksimumkan pendapatan.
Tetapi, bagaimana anda nak terus bekerja bila anda berpuasa?
Dalam blog ini, kami senaraikan tiga waktu terbaik untuk anda terus ambil job tanpa mengganggu ibadah puasa anda.
1. Ambil Pesanan Pada Waktu Pagi

Bulan puasa memang sinonim dengan penghantaran berkaitan makanan, tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu!
Banyak peniaga dan kedai-kedai seperti kedai alat ganti kenderaan atau kedai barangan basah yang memerlukan khidmat penghantaran pada waktu pagi.
Sambil-sambil tu anda juga boleh layan udara pagi!
Waktu yang disarankan untuk ambil pesanan ketika berpuasa:
🕓 Jam 7 pagi sehingga 11 pagi
Tip: Selepas anda menghantar pesanan, anda digalakkan untuk berehat atau tidur sebentar. Waktu ini adalah waktu tidur siang yang terbaik dan dapat memberi anda lebih tenaga.
2. Ambil Pesanan Berbuka Seawal Jam 3 Petang

Ramai yang akan membeli juadah berbuka dari restoran atau gerai-gerai bazar.
Dan jangan terkejut, ada juga yang mula membeli seawal jam 3 petang tau!
Lagi awal anda ambil job, lagi awal anda boleh balik ke rumah untuk berbuka bersama keluarga.
Tips Tambahan:
✅ Fokus pada kawasan bazar Ramadan dan restoran-restoran terkenal
✅ Jangan lupa bawa air dan kurma sebagai persediaan awal untuk berbuka
✅Elakkan penipuan dengan tidak mengambil pesanan yang memerlukan anda membuat bayaran bagi pihak pelanggan
3. Ambil Pesanan Moreh Dan Keperluan Sahur

Selepas berbuka mesti ramai yang ingin memesan makanan manis seperti kuih-muih, kek dan sebagainya.
Pada waktu ini juga ramai yang memesan keperluan untuk bersahur secara dalam talian.
Kalau anda masih bertenaga, inilah masanya untuk ambil job! Memang berbaloi!
Tips Tambahan:
✅ Fokus pada kawasan perumahan dan restoran 24 jam
✅ Jangan lupa untuk berehat jika penat
Jana Dengan Bijak Di Bulan Ramadan
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda mempunyai masa yang fleksibel untuk menentukan masa bekerja, terutama pada bulan Ramadan.
Yang paling penting, anda perlu susun jadual dengan bijak dan manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin.
Teringin nak tambah pendapatan di bulan Ramadan? Jom daftar sekarang!
