Blog | Lalamove Malaysia

Panduan Lengkap Untuk Memesan Servis Pindah Rumah Lalamove

Written by Lalamove Malaysia | Oct 1, 2026, 10:00:01 AM

Bila cakap pasal pindah rumah memang seronok.

Tetapi ada perkara yang lebih besar yang anda perlu fikirkan, iaitu bagaimana nak kemas dan angkut barang-barang ke rumah baru.

Anda tak perlu risau sebab…

Lalamove menawarkan cara untuk memudahkan perjalanan pindah rumah anda!

Jom baca kenapa anda perlu memilih Lalamove sebagai rakan kongsi pindah rumah anda.

 

4 Sebab Kenapa Lalamove Adalah Pilihan Terbaik Untuk Servis Pindah Rumah

Ini adalah empat sebab anda perlu memilih Lalamove sebagai rakan kongsi pindah rumah:

 

1. Pesanan On-Demand

Bukan seperti servis pindah rumah yang sedia ada di pasaran, Lalamove membenarkan pelanggan mengatur sendiri proses pindah rumah melalui aplikasi Lalamove.

Jadi, anda boleh terus membuat pesanan pada bila-bila masa yang anda perlukan, tidak kira pada waktu pagi, petang atau malam.

 

2. Pelbagai Pilihan KenderaanDengan Lalamove, anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih jenis kenderaan.

Dari van ke lori, anda boleh memilih kenderaan berdasarkan saiz dan kuantiti barangan pindah rumah.

 

3. Harga Telus

Selain itu, Lalamove juga memberikan anggaran harga penghantaran berdasarkan jenis kenderaan, jarak penghantaran dan perkhidmatan tambahan.

Dengan paparan harga ini, anda boleh merancang bajet pindah rumah lebih awal.

 

4. Penjejakan Masa Nyata

Selepas anda membuat pesanan, anda boleh jejak perjalanan rakan pemandu Lalamove melalui aplikasi Lalamove.

Ciri ini memudahkan anda untuk merancang masa pengambilan dan ketibaan di rumah baru.

 

Jenis Rumah Yang Lalamove Boleh Bantu Untuk Pindah

Sama ada anda ingin berpindah dari rumah bertingkat atau rumah teres, Lalamove boleh membantu memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru anda.

Jom lihat jenis-jenis rumah yang Lalamove boleh bantu untuk pindah:

 

1. Kondominium Dan Pangsapuri

 

 

Anda ingin pindah keluar dari kondominium di Mont Kiara, Ampang atau Subang Jaya?

Lalamove boleh bantu pindahkan kotak-kotak, perabot dan barangan lain ke rumah baru anda.

Tip: Jangan lupa untuk memohon permit pindah rumah sebelum anda memesan servis Lalamove.

 

2. Flat

 

 

Anda bercadang untuk pindah rumah di kawasan flat di Cheras, Setapak atau Wangsa Maju?

Tambah perkhidmatan tambahan seperti Bantuan Mengangkat & Membawa barang terutama jika kediaman anda tidak mempunyai akses lif.

 

3. Rumah Teres

 

 

Bagi yang ingin pindah rumah jenis kediaman teres seperti di Shah Alam, Sungai Buloh atau Gombak, anda boleh menyediakan ruang untuk rakan pemandu Lalamove meletakkan kenderaan untuk memudahkan proses memunggah barang.

Pastikan kenderaan tidak menghalang jalan utama rumah anda.

 

Cara Nak Pesan Servis Pindah Rumah Lalamove

 

Langkah 1

Masukkan lokasi pengambilan dan lokasi penghantaran.

Nota: Pastikan alamat dan maklumat seperti nombor rumah, nama dan nombor telefon adalah betul.

 

Langkah 2

 

Pilih masa penghantaran, sama ada sekarang atau kemudian.

 

Langkah 3

 

Pilih jenis kenderaan.

Nota: Pastikan kenderaan yang dipilih sesuai dengan keperluan pindah rumah anda.

 

Langkah 4

Tambah perkhidmatan tambahan.

Nota: Untuk pesanan pindah rumah, anda dinasihatkan untuk menambah penghantaran pintu ke pintu.

 

Langkah 5

 

Pilih jenis penghantaran dan klik ‘Seterusnya’.

  • Pengumpulan: Pilihan terbaik jika anda tidak mengejar masa kerana penghantaran akan dilakukan dalam masa 4 hingga 6 jam bergantung pada jarak penghantaran.

  • Biasa: Sesuai untuk pesanan segera atau berjadual.

  • Keutamaan: Padanan segera dengan rakan pemandu untuk penghantaran yang lebih pantas. Pilihan ini sesuai untuk penghantaran saat akhir atau mendesak.

 

Langkah 6

Masukkan maklumat barang penghantaran untuk rujukan rakan pemandu Lalamove.

Nota: Ini boleh membantu rakan pemandu menyediakan peralatan yang sesuai semasa proses pindah rumah.

 

Langkah 7

 

Pilih jenis pembayaran. Ada tiga jenis pembayaran yang anda boleh pilih:

  • Dompet Lalamove

  • Bayaran dalam talian (Kad kredit, kad debit atau Touch ‘n Go)

  • Tunai (Dibayar oleh penghantar atau penerima)

 

Langkah 8

 

Semak maklumat pesanan dan bersedia untuk membuat pesanan!

Nota: Pastikan semua maklumat adalah betul sebelum anda membuat pesanan untuk mengelakkan sebarang isu.

 

Pindah Rumah Lebih Mudah Dengan Lalamove

Proses pindah rumah tidak sepatutnya menjadi pengalaman yang buruk buat anda.

Ia sepatutnya menjadi pengalaman yang bermakna kerana anda memulakan kehidupan yang baru.

Dan anda boleh menjadikan proses ini lebih terurus dengan adanya Lalamove.

Jom jadikan perjalanan pindah rumah ini menjadi memori bermakna yang anda akan ingat sampai bila-bila!

Anda perlukan lebih banyak tips pindah rumah? Baca blog di bawah:

4 Tips Penting Sebelum Berpindah Ke Pangsapuri Atau Kondominium

10 Benda Terakhir Anda Perlu Buat Sebelum Pindah Rumah