4 Tips Penting Sebelum Berpindah Ke Pangsapuri Atau Kondominium
Setelah selesai melihat rumah yang anda inginkan dan menandatangani dokumen perjanjian, mesti anda terfikir tentang perkara ini:
“Bilakah saya akan pindah? Siapa yang saya perlu upah untuk mengangkat barang yang sesuai dengan bajet saya? Adakah saya perlu mengukur perabot-perabot saya sebelum berpindah?"
Jangan risau, kami ada penyelesaianya!
Di sini kami akan memberikan empat tips penting yang anda perlu lakukan sebelum berpindah, terutama di kawasan kediaman bertingkat tinggi seperti flat, pangsapuri dan kondominium.
1. Mendapatkan Permit Berpindah
Antara perkara yang paling penting sekali yang anda perlu lakukan sebelum berpindah ke kawasan kediaman bertingkat tinggi adalah mendapatkan permit berpindah.
Kenapa?
Kebanyakan kediaman bertingkat tinggi mempunyai kawalan yang ketat dalam proses berpindah.
Jadi, anda perlu memohon permit dari pihak pengurusan kediaman baru anda beberapa hari sebelum berpindah.
Jangan lupa untuk membawa duit tunai kerana sesetengah pengurusan akan meminta anda untuk membayar deposit untuk mendapatkan permit.
Ini akan memudahkan proses berpindah anda dan secara tidak langsung mengelakkan anda daripada membayar penalti jika terjadi perkara yang tidak diingini seperti kerosakan harta benda semasa proses memindahkan barang.
2. Meletakkan Label Pada Barang
Semasa proses berpindah, anda harus menyediakan senarai semak untuk membantu anda mengemas barang.
Tetapi, apakah cara yang dapat membantu untuk memudahkan proses ini?
Anda perlu melabel barang berdasarkan bahagian rumah!
Sebagai contoh, jika anda ingin memulakan dengan kawasan dapur, anda boleh mula dengan menyediakan senarai semak untuk barang-barang yang terletak di dapur.
Cara ini akan memudahkan anda untuk mencari barang ketika sampai di rumah baru.
3. Mengukur Perabot
Selain dari tips diatas, anda juga dinasihatkan untuk mengukur panjang, lebar dan tinggi perabot dan catat diatas kertas.
Ini membantu anda untuk mengenalpasti jika barang tersebut muat untuk melalui lif dan pintu rumah baru anda.
Risau barang-barang tak muat dalam kereta Proton X70 baru anda?
Jangan pening-pening!
Hantar barang-barang anda dengan lori besar Lalamove pun boleh!
4. Pilih Harga Yang Terbaik
Sebagai rakyat Malaysia, mestilah kita nak harga yang berpatutan kan?
“Boss, boleh bagi diskaun tak?”
Mesti pernah buat kan?
Tetapi, menyewa servis perkhidmatan pindah rumah bukanlah perkara yang mudah, lagi-lagi kalau tiada penetapan harga yang telus.
Kenapa perlu susah-susah sedangkan boleh Lalamove-it je?
Anda cuma perlu letak maklumat seperti lokasi pengambilan, lokasi penghantaran, masa dan jenis penghantaran untuk mendapatkan sebut harga.
Senang je kan?
Mulakan Proses Pindah Rumah Anda Dengan Lalamove Sekarang!
Memulakan hidup baru di rumah yang baru sangatlah mencabar, terutama dalam proses perpindahan.
Tapi, Lalamove kan ada?
Tak kira jika anda ingin pindah ke rumah tingkat tinggi atau rumah landed, Lalamove penghantaran on-demand sedia berkhidmat!
Jom lah kita Lalamove-it!