10 Benda Terakhir Anda Perlu Buat Sebelum Pindah Rumah

featured image

Dah selesai merancang dan mengemas rumah, lepas ni apa pula?

Untuk memastikan proses pindah rumah anda berjalan dengan lancar pada hari-hari terakhir, jom semak  beberapa perkara penting supaya anda tidak terlepas pandang.

 

1. Label Kotak Dengan Jelas

 

I hate packing giphy

 

Untuk memastikan segalanya teratur semasa hari pindah rumah, letak label pada kotak-kotak dengan stiker seperti ‘Mudah Pecah’, ‘Jangan Timpa’ atau ‘Jangan Campak’.

Ini dapat membantu pihak logistik (seperti Lalamove!) untuk mengenalpasti kotak yang mereka perlu beri lebih perhatian.

 

2. Kemas Dan Bersihkan Rumah Baru

 

deep cleaning housegiphy

 

Walaupun pemilik terdahulu atau tuan rumah sudah membersihkan rumah baru sebelum anda masuk, tak salah jika anda nak bersihkan lagi sekali.

Jika anda penat, anda boleh mengupah pihak yang menyediakan servis kemas rumah untuk mengurangkan beban anda. 

Permulaan hidup di rumah baru akan terasa lebih baik dengan tempat yang bersih!

 

3. Sahkan Maklumat Pindah Rumah

 

calling giphy

 

Sebelum hari anda berpindah, pastikan anda telah mengesahkan maklumat penting seperti tarikh dan masa dengan platform pindah rumah yang anda telah upah.

Jika anda menggunakan khidmat pindah rumah Lalamove, anda boleh berhubung dengan pemandu menerusi chat dalam aplikasi Lalamove sahaja.

 

4. Semak Permit Pindah Rumah

 

signing giphy

 

Perhatian kepada mereka yang ingin berpindah ke rumah bertingkat tinggi!

Kebanyakan rumah bertingkat tinggi seperti pangsapuri atau kondominium mempunyai peraturan ketat berkenaan proses pindah rumah.

Ada sesetengah kediaman memerlukan anda untuk memohon permit pindah rumah beberapa hari sebelum berpindah.

Jadi, pastikan anda telah memohon permit dengan pihak pengurusan terlebih dahulu ya!

 

5. Ucap Selamat Tinggal Kepada Jiran Tetangga

 

neighbours giphy

 

Sebelum anda pindah, luangkanlah sedikit masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jiran.

Mana tahu suatu hari nanti anda akan bertemu mereka kembali.

Jadi, kita kena lah jaga hubungan yang baik dengan mereka. Betul tak?

 

6. Awasi Keadaaan Pada Hari Pindah

 

movers giphy

 

Semasa hari pindah rumah, pastikan anda memberi perhatian semasa barang-barang anda sedang dialihkan.

Ini dapat memastikan barangan anda dipindahkan dengan cermat.

Jika anda mempunyai senarai inventori, anda boleh menyemak setiap barang yang telah diangkat ke dalam lori.

Pastikan juga untuk menyemak semua barang ketika mereka menurunkannya di rumah baru.

 

7. Buat Semakan Terakhir

 

house giphy

 

Antara perkara yang paling dirisaukan adalah tertinggal barang.

Lagi stres bila kawasan rumah baru anda jauh.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, luangkan sedikit masa untuk memeriksa setiap sudut rumah anda dengan teliti untuk kali terakhir sebelum bergerak ke rumah yang baru.

Tetapi, macam mana kalau ada juga barang yang tertinggal?

Jangan stres! Jangan panik!

Anda sentiasa boleh menggunakan Lalamove untuk mengambil barang anda tidak kira tempat dan masa yang anda inginkan.

Lalamove-It Je!

 

8. Punggah Dan Kemas Barang Penting

 

unpack giphy

 

Anda dah bercadang untuk tidur di rumah baru sejurus anda selesai pindah?

Jika ya, anda dah boleh mula untuk memunggah dan mengemas barang yang penting terutamanya barang untuk bilik tidur dan dapur.

Barulah selesa untuk anda tidur dan rehat!

 

9. Kenali Jiran Baru Anda

 

new neighbours

 

Part yang paling dinanti-nantikan bila pindah rumah!

Anda mesti nak berkenal-kenalan dengan jiran baru kan?

Pada minggu pertama anda pindah, anda boleh bersiar-siar di kawasan perumahan untuk berkenalan dengan jiran-jiran baru.

Aktiviti ini dapat membantu anda lebih memahami dan mengenali jiran-jiran dan juga akan membuat anda lebih selesa dengan mereka.

 

10. Rancang Untuk Pembaikan Rumah

 

renovation giphy

 

Bila dah pindah rumah baru ni, mesti ada macam-macam benda yang anda nak ubah dan baiki. 

Betul tak?

Nak tukar cat baru, lampu baru, perabot baru dan macam-macam lagi lah.

Tapi tak semua benda anda kena buat dalam satu masa. Anda boleh buat senarai dan mula dengan mana yang penting dahulu.

Kalau dah ada barang yang nak beli, guna je Lalamove untuk ambil dan hantar ke rumah anda.

Senang kan?

 

Anda Dah Bersedia Untuk Kehidupan Baru?

Berpindah ke rumah baru memang sesuatu yang mengujakan!

Di sinilah anda akan mencipta kenangan-kenangan yang baru bersama orang tersayang.

Jadi luangkan masa anda, nikmati proses ini dan biarkan Lalamove membantu anda!

Tempah Servis Pindah Rumah Sekarang

Read more