Soalan Lazim Sticker & Lalakit

icon-banner-blog

Sticker

Adakah semua kenderaan boleh menyertai program sticker Lalamove?

Semua kenderaan, kecuali Motosikal, boleh menyertai program sticker selagi cat kenderaan berada dalam keadaan baik.

Berapakah jumlah insentif yang saya boleh terima daripada program sticker?

Mulai bulan Ogos 2023, skim berikut terpakai untuk rakan kongsi penghantaran dengan kontrak pelekat baharu dan diperbaharui*:

insentif sticker lalamove jadual ogos 2023
Insentif sticker  bulanan untuk rakan penghantar Kereta di kawasan-kawasan ini telah ditamatkan. Walau bagaimanapun, rakan penghantar Kereta  di kawasan-kawasan ini masih boleh menikmati faedah sticker lain.

*Insentif sticker tertakluk kepada perubahan. Lalamove berhak untuk meminda insentif sticker tanpa notis awal. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, Lalamove berhak untuk membuat keputusan muktamad.

Bagaimana saya boleh menerima insentif bulanan?

Anda akan menerima pembayaran bulanan melalui e-dompet aplikasi Lalamove Driver anda.

Apakah tempoh kontrak sticker?

Kontrak sticker adalah sah untuk 3 bulan, dan diperbaharui secara automatik untuk setiap kitaran.

Apakah syarat untuk menerima insentif bulanan?

Ini bergantung kepada jenis kenderaan dan kawasan anda, anda mungkin perlu menghantar gambar sticker minggu pertama setiap bulan, sertai misi atau kedua-dua sekali.

Apakah yang terjadi jika saya gagal menghantar gambar bulanan?

Gagal untuk menghantar gambar bulanan akan menyebabkan kontrak sticker ditamatkan.

Bilakah saya boleh menerima insentif sticker selepas saya telah melengkapkan semua syarat-syarat bulanan?

Anda hanya akan menerima pembayaran PENUH insentif sticker pada setiap hari pertama setiap bulan. Sekiranya anda tidak menerima insentif setelah anda melengkapkan semua syarat-syarat, sila memohon kepada Admin Sticker kami untuk bantuan lanjut.

Bagaimana saya boleh menyertai program sticker?

Untuk Pikap 4x4, Van dan Lori, anda boleh menjadualkan slot pemasangan melalui app Lalamove Driver. Untuk Kereta, anda boleh hadir ke mana-mana Lalamove Driver Centre pada hari bekerja dari 9:30 am sehingga 5:00 pm dan hari Sabtu dari 10:00 am hingga 3:00 pm.

Adakah pemasangan sticker boleh menyebabkan sebarang kerosakan?

Sticker kami dicetak pada bahan vinil berkualiti yang boleh ditanggal dan direka khas untuk kenderaan tanpa sebarang kesan atau kerosakan.

Apa yang saya perlu bawa untuk pemasangan sticker?

Anda hanya perlu bawa kenderaan anda.

Berapa lama yang diperlukan untuk pemasangan sticker?

Sekurang-kurangnya 20 minit atau lebih jika anda perlu menunggu giliran.

Bagaimana caranya untuk mengaturkan semula sesi pemasangan sticker saya?

Hubungi kami melalui WhatsApp di 014-3327308

Bagaimana caranya untuk membatalkan sesi pemasangan sticker saya?

Sila hubungi kami melalui Whatsapp di 014-3327308 seawal 3 hari dari tarikh pemasangan sticker untuk membatalkan sesi anda.

Apa yang saya perlu buat jika sesi pemasangan sticker sudah penuh?

Sila Whatsapp 014-3327308 untuk pertanyaan slot pemasangan sticker yang kosong.

Sticker saya sudah usang. Adakah saya boleh menampak sticker baru?

Ya, boleh. Sila hadir ke mana-mana Lalamove Driver Centre dan tandatangan surat Penepian dan Pelepasan Liabiliti semasa menjalankan pemasangan sticker.

Adakah saya boleh menikmati faedah sticker jika saya menanggalkan sticker?

Maaf, semua faedah akan ditarik jika anda memilih untuk menanggalkan sticker Lalamove.

Bolehkah saya menanggalkan sticker sendiri selepas memenuhi tempoh syarat kontrak minimum 3 bulan?

Kami menasihati anda supaya melawat mana-mana Lalamove Driver Centre untuk pembuangan sticker.

Apakah keadaaan di mana Lalamove bertanggungjawab untuk kerosakan cat disebabkan pembuangan sticker?

Lalamove hanya akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan cat untuk syarat-syarat berikut:

- Kenderaan berumur di bawah sepuluh tahun

- Jarak perbatuan kenderaan kurang daripada 180,000 kilometer

- Kakitangan Lalamove di Lalamove Driver Centre yang ditetapkan telah memasang sticker tersebut

- Usia sticker kurang daripada 10 bulan

- Kerosakan cat berada dalam kawasan yang dilindungi oleh sticker

- Sticker telah ditanggalkan oleh kakitangan Lalamove di Pusat Pemandu Lalamove yang ditetapkan

- Kenderaan tidak menunjukkan keanehan/cat rosak/kusam pada bahagian yang tidak ditutup dengan sticker

Apakah alamat dan waktu operasi Lalamove Driver Centre?

1) Lalamove Driver Centre

69, Jalan Tpk 2/8, Taman Perindustrian Kinrara, 47100 Puchong, Selangor

Isnin - Jumaat: 9.30 am - 5 pm

Sabtu: 10 am - 3 pm

Ahad dan Cuti Umum: Tutup
 
 
2) Lalamove Driver Centre Segambut Hub

200, Jalan Segambut, Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 
Isnin - Jumaat: 9.30 am - 5 pm

Sabtu: 10 am - 3 pm

Ahad dan Cuti Umum: Tutup


3) Lalamove Johor

G-100, Jalan Permas 15/1, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Isnin - Jumaat: 10 am - 5 pm

Sabtu: 10 am - 3 pm

Ahad dan Cuti Umum: Tutup
 

4) Lalamove Pulau Pinang

No 1314 (GF), Jalan Nagasari 1, Taman Nagasari, 13600 Perai, Pulau Pinang

Isnin - Jumaat: 10 am - 5 pm

Sabtu: 10 am - 3 pm

Ahad dan Cuti Umum: Tutup
 
 
5) Lalamove Melaka
 
Isnin - Jumaat: 10 am - 5 pm

Sabtu: 10 am - 3 pm

Ahad dan Cuti Umum: Tutup

Jika saya mengalami kemalangan dengan kenderaan yang mempunyai sticker, adakah saya boleh menuntut insurans?

Ya, boleh. Memaparkan sticker tidak membatalkan kelayakan anda daripada tuntutan insurans. Untuk kes kemalangan, anda perlu menanggalkan sticker terlebih dahulu sebelum meneruskan tuntutan insurans. Anda boleh memasang semula sticker Lalamove selepas proses tuntutan.

Lalakit

Apa itu Lalakit? Kenapa saya harus membelinya?

Lalamove menawarkan pelbagai jenis barang untuk rakan-rakan penghantar yang boleh memberikan pengalaman penghantaran yang lebih mudah dan berkualiti! Barang-barang ini adalah Lalakit kami! Lihat barang-barang terbaru kami dalam bahagian Lalakit di aplikasi Lalamove Driver

Bagaimana saya boleh membayar untuk barang-barang tersebut?

Anda boleh membayar untuk barang-barang pilihan anda di Pusat Pemandu kami melalui perbankan atas talian. 

Semua Lalabag, Lalajacket atau barangan Lalamove lain yang dibeli mestilah diambil dalam tempoh 180 hari dari tarikh pembelian. Rakan pemandu tidak boleh mengambil barangan setelah tempoh tamat dan Lalamove akan membatalkan pembayaran. Rakan pemandu Lalamove boleh mengunjungi Pusat Pemandu Lalamove yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

Lalabag saya dah rosak, bolehkah saya menukarkannya dengan bag yang baru?

Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan untuk bantuan lanjut.

Bagaimana caranya untuk menggunakan Lalakit?

Gunakannya dengan sebaik mungkin semasa mengambil pesanan penghantaran!

Bagaimana caranya untuk membatalkan/menjadualkan semula waktu pengambilan Lalakit?

Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan menerusi Live Chat dalam aplikasi anda

Pricing

Harga Lalakit dan maklumat lanjut:

harga lalakit lalamove 2023