Food Delivery

Hari Pekerja: Kisah di Sebalik Pendapatan RM5,000 Sebulan | Lalamove

featured image

Sudah hampir setahun Lalamove berkhidmat untuk rakyat Malaysia di Lembah Klang. Semakin hari, semakin banyak penghantaran yang perlu dipenuhi.

Mencapai kadar penghantaran lengkap sebanyak 100% adalah matlamat kami, tetapi adalah mustahil untuk mencapai kadar ini tanpa kerja keras dari sumber manusia yang paling penting dalam Lalamove, iaitu penghantar-penghantar kami.

Salah seorang penghantar kami yang terbaik ialah En. Mohd Amin bin Samsul Ma’ruf. Dedikasi En. Amin terhadap tugas-tugas penghantaran telah melayakkan dia untuk menyertai program “Lalamove Gold Rider”, iaitu program eksklusif untuk penghantar-penghantar Lalamove yang berprestasi tinggi.

Mereka yang terpilih untuk menyertai program ini berpeluang untuk menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan dengan menghantar untuk Lalamove saja!

Bersempena dengan Hari Pekerja, kami ingin berkongsi kisah di sebalik tadbir tugas-tugas penghantaran dengan En. Amin. Banyak cerita-cerita menarik yang dikongsi oleh En. Amin dengan kami, dan berikut ialah ringkasan perbualan kami dengan En. Amin:

En Amin

 

Bagaimana keadaan anda dengan Lalamove setakat ini?

Alhamdullilah, setakat ini saya seronok kerja dengan Lalamove. Nak kata 100% kerja penghantaran lancar tu, tipu la kan? Tapi masalah-masalah kecil saja yang saya kena selesaikan, tak pening kepala sangat pun. Sebelum ni saya pernah kerja dengan e-hailing, tapi sejak jumpa Lalamove, saya memang fokus sepenuhnya dengan delivery job.

 

Sudah berapa lama anda membuat penghantaran dengan Lalamove?

Saya join Lalamove pada bulan Ogos 2018. Masa tu saya ada bekerja sekejap dengan app penghantaran yang lain. Tapi sejak September 2018, saya buat keputusan untuk bekerja 100% dengan platform Lalamove.

 

Dari mana anda dapat tahu mengenai peluang menjana pendapatan dengan Lalamove?

Sebelum ni saya berkerja dalam bidang operasi dengan kurier company. Masa tu, company lama saya sedang melalui proses penstrukturan semula dan saya dipindahkan ke bahagian marketing. Tetapi, saya resign sebab bidang marketing bukan kepakaran saya.

Saya berterima kasih kepada bekas manager saya yang mencadangkan saya untuk cuba membuat penghantaran dengan Lalamove. Dari situ, saya melihat website dan Facebook Lalamove dan terus mendaftar sebagai penghantar Lalamove pada bulan Ogos 2018.

 

Apakah yang membuat anda terfikir untuk bekerja sebagai penghantar dengan Lalamove?

Part yang paling best bila kerja sebagai penghantar ni ialah fleksibiliti. Kalau dibandingkan dengan kerja ofis dulu-dulu, sekarang ni saya boleh luangkan lagi banyak masa dengan anak-anak dan isteri.

Kedua, saya ada juga bandingkan app Lalamove dengan app penghantaran yang lain, dan saya dapati income dari Lalamove lagi tinggi dan berbaloi dari app yang lain.

Last sekali, saya seronok dapat berkenalan dengan penghantar-penghantar Lalamove yang lain. Selalu juga bertukar-tukar pendapat dan nasihat dalam group penghantar Lalamove di Whatsapp dan Facebook.

 

Bagaimana dengan sokongan keluarga dengan pekerjaan anda sebagai penghantar Lalamove?

No problem, sebab isteri dan anak-anak memang faham dan sokong pilihan saya untuk berkerja dengan Lalamove.

Lepas hantar anak-anak ke sekolah pada pukul 7 pagi, saya terus mulakan delivery job dari 8 pagi sampai 6 petang. Lepas pukul 6 petang, banyak je masa saya boleh luangkan dengan keluarga.

Kadang-kadang, sempat lagi mengajar kelas mengaji dan bagi kuliah di masjid waktu malam!

 

Adakah anda mempunyai satu episod penghantaran yang anda tidak boleh lupakan?

Bila buat delivery job ni, rider mana tak rasa seronok bila tengok customer happy dapat barang yang dia tunggu? Lagi-lagi kalau customer tu dapat surprise delivery.

Ada satu delivery job yang saya paling ingat, saya hantar bunga dari florist Taman Tun ke customer di Bangi. Hujan lebat betul masa tu, bang! Tapi saya berjaya jugalah hantar surprise tu ke customer.

Minggu seterusnya, kedai florist tu call saya dan beritahu saya dapat angpau dari sender (husband) sebab dia happy saya hantar surprise tu on-time ke wife dia walaupun tengah hujan ribut. Kalau kerja ikhlas, Insya Allah rezeki lebih tu datang.

 

Bagaimana anda menghiburkan diri atau memberi fokus semasa menjalankan penghantaran?

Part ni, saya takde tip yang hebat-hebat. Cuma kena sentiasa berhati-hati bila on the road. Selain tu, saya pentingkan waktu rehat dari pukul 1 sampai 2 tengahari. Sibuk macam mana pun, kena makan dan solat Zohor, ye tak? Baru senang hati kerja.

 

Ada special tips tak bila buat delivery job ni?

Ada je...yang pertama, kalau nampak delivery job keluar dalam app, janganlah main redah je klik button “Take Order” dalam app. Kaji dulu job tu, sama ada berbaloi tak dari segi jarak dan barang yang akan dihantar.

Kedua, ikut S.O.P penghantaran, contohnya, call customer dulu untuk sahkan delivery details, lepas tu baru gerak buat delivery.

Last sekali, walaupun hal ni kecil je, tapi sebenarnya penting. Pakaian kena kemas dan sopan, sebab kita mewakili imej profesional Lalamove. Komunikasi dengan pelanggan pun kenalah cantik budi bahasa, ye tak?

 IMG_2488

 

Apakah matlamat anda dalam masa setahun lagi dari sekarang?

Yang saya sure, saya masih nak kerja dengan Lalamove lagi tahun depan. Insya Allah, boleh jadi saya kerja dengan Lalamove sampai pencen, selagi kesihatan saya mengizinkan.

Join En. Amin dan Lalamove Sebagai Penghantar

Read more

Anda sudah bersedia?

Muat turun aplikasi kami untuk penghantaran hari sama yang terpantas