Dasar Privasi

Apakah data yang kami kumpulkan daripada anda?

Kami mengumpulkan data daripada anda apabila anda menggunakan atau mendaftarkan diri di laman sesawang, aplikasi sesawang atau aplikasi mobil (merujuk kepada produk-produk LALAMOVE MALAYSIA SDN BHD yang boleh dimuat turun di Kedai Aplikasi iOS atau Google Play). Apabila membuat pesanan atau mendaftarkan diri menerusi laman sesawang atau aplikasi mobil, anda mungkin diminta untuk mengisi nama, nombor telefon, alamat e-mel, butiran lesen memandu, atau maklumat-maklumat peribadi lain yang berkaitan.

Bagaimanakah kami menggunakan data daripada anda?

Sebarang data yang kami kumpulkan daripada anda mungkin digunakan bagi salah satu daripada tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk memperibadikan pengalaman anda: mengenalpasti pilihan-pilihan kegemaran anda agar memudahkan kami memenuhi keperluan anda
  • Untuk menambahbaik laman sesawang kami: kami sentiasa berusaha untuk menambahbaik prestasi laman sesawang kami berdasarkan maklumbalas yang kami terima daripada anda
  • Untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan: maklumat daripada anda membantu bahagian khidmat pelanggan kami agar lebih cekap dalam memenuhi permintaan dan keperluan sokongan anda
  • Untuk memproses urus niaga dengan lebih pantas dan selamat
  • Untuk menguruskan pertandingan, promosi, kaji selidik atau cirian laman sesawang yang lain

Data anda, sama ada bersifat peribadi atau umum, tidak akan dijual, ditukar, dipindah, atau diberikan kepada mana-mana syarikat lain untuk sebarang sebab sekalipun, tanpa kebenaran anda, selain daripada bagi tujuan khusus untuk menghantar produk atau perkhidmatan yang diminta.

Bagaimanakah kami melindungi data anda?

Kami menguatkuasakan berbagai langkah keselamatan untuk memastikan keselamatan data peribadi anda apabila anda memasukkan, menghantar, atau mengakses data peribadi anda, yang mungkin melibatkan (tetapi tidak terhad kepada): penggunaan sijil Secure Socket Layer (SSL), enkripsi Transport Layer Security (TLS), dan penyimpanan kata laluan yang diolah (hashed).

Adakah kami menggunakan kuki (cookies)?

Sebagai penyedia perkhidmatan pihak ketiga, Google menggunakan โ€˜cookiesโ€™ untuk memaparkan iklan-iklan di laman sesawang anda. Penggunaan DART โ€˜cookieโ€™ oleh Google membolehkannya memaparkan iklan kepada pengguna-pengguna anda berdasarkan sejarah pelayaran anda di laman sesawang anda dan juga laman-laman Internet lain. Pengguna boleh memilih keluar daripada penggunaan โ€˜cookieโ€™ DART dengan mengakses dasar privasi rangkaian iklan dan kandungan Google.

Adakah kami memberikan sebarang data yang dikumpul kepada pihak luar?

Kami tidak menjual, menukar, atau memindahkan maklumat peribadi anda. Ini tidak termasuk pihak ketiga yang dipercayai dan yang membantu mengoperasikan laman sesawang dan perniagaan kami, atau menyediakan perkhidmatan kepada anda, selagi pihak-pihak ketiga ini bersetuju untuk menjaga kerahsiaan maklumat ini.

Kami juga mungkin berkongsi data anda sekiranya kami percaya perkongsian tersebut adalah bersesuaian untuk mematuhi keperluan undang-undang, menguatkuasakan polisi laman sesawang kami, atau melindungi hak, harta atau keselamatan kami atau pihak lain.

Namun begitu, maklumat-maklumat yang tidak bersifat peribadi mungkin dikongsi Bersama pihak-pihak lain bagi tujuan pemasaran, pengiklanan atau kegunaan lain.

Pautan pihak ketiga

Dari masa ke semasa, kami mungkin memasukkan atau menawarkan produk atau perkhidmatan dari pihak ketiga di laman sesawang kami berdasarkan pertimbangan pihak kami. Laman sesawang pihak ketiga ini mempunyai dasar privasi yang berasingan dan berbeza. Oleh itu kami tidak bertanggungjawab di atas kandungan dan aktiviti-aktiviti di laman sesawang tersebut. Namun, kami tetap berusaha untuk melindungi integrity laman sesawang kami dan mengalu-alukan sebarang maklumbalas mengenai laman-laman pihak ketiga ini.

Terma dan Syarat

Sila layari bahagian Terma dan Syarat kami yang mentakrifkan penggunaan, penafian dan had-had liability yang mentadbir penggunaan laman sesawang kami di www.lalamove.com.

Perubahan kepada Dasar Privasi kami

Sekiranya kami memutuskan untuk mengubah dasar privasi kami, sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman sesawang ini.