Memperkasakan Komuniti
Untuk Perubahan Positif
 
        
    Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat 'Deliver Care' kami, kami ingin memperkasakan komuniti tempatan. Melalui kerjasama, kita mampu membuat perubahan positif untuk masa hadapan yang lebih cerah bagi komuniti-komuniti yang dibantu oleh kami. Kami juga komited untuk menambahbaik kehidupan pekerja-pekerja dan rakan-rakan penghantar kami dengan latihan yang menyeluruh.
 
        
    Melangkah Ke Hadapan Dengan Komuniti
Usaha-usaha Lalamove dalam kerja amal melalui penghantaran tidak pernah terhenti di sebalik dunia yang beralih sedikit demi sedikit ke kehidupan yang normal sejak tahun yang lalu.
Kami masih giat menyumbang untuk pelbagai aktiviti kemanusiaan, dari memenuhi keperluan asas untuk kehidupan seharian, kualiti hidup yang lebih baik,
ke menghantar kebahagiaan semasa musim perayaan, untuk komuniti-komuniti yang kurang berkemampuan.
Sekalung penghargaan untuk rakan-rakan penghantar kami yang berkerja keras untuk membantu mereka yang memerlukan!
Deliver Care Untuk Mangsa Banjir
Tunggak Tanggungjawab Sosial Korporat
 
                Memperkasakan Komuniti
                Menghantar perubahan positif untuk masa depan yang lebih cerah bagi komuniti yang kami bantu
 
                Mencipta Peluang
                Komited untuk memperkayakan kehidupan kakitangan dan rakan-rakan penghantar kami melalui pekerjaan dan latihan