Bahasa Malaysia

Pilih keutamaan bahasa anda

  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Dasar Privasi

    Apakah Data Peribadi yang dikumpulkan oleh kami?

    LALAMOVE MALAYSIA SDN BHD (“LALAMOVE”) menghargai hak privasi anda dan kami menyimpan Data Peribadi anda secara selamat. Kami hanya akan menggunakan Data Peribadi anda mengikut kehendak anda.

    Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana LALAMOVE mengumpulkan, menggunakan, memproseskan dan menzahirkan Data Peribadi anda melalui laman web, aplikasi laman ataupun aplikasi mobil, produk, ciri-ciri dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh kami.

    “Data Peribadi” adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda atau di mana anda boleh dikenal pasti. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, kewarganegaraan, nombor telefon, butiran bank dan kad kredit, kepentingan atau minat peribadi, alamat e-mel, imej, nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, data biometrik, bangsa, tarikh lahir, status perkahwinan, agama, maklumat kesihatan, maklumat kenderaan dan maklumat insurans anda.

    Apakah tujuan-tujuan Data Peribadi anda digunakan oleh kami?

    Mana-mana Data Peribadi anda yang dikumpulkan oleh kami akan digunakan melalui cara-cara yang disenaraikan dibawah:

    • untuk memperibadikan pengalaman anda; mengenalpastikan keutamaan dan tabiat anda untuk membantu kami dalam memenuhi kehendak anda;

    • untuk menambahbaikkan laman web: Kami sentiasa terus menambahbaikkan laman web kami berdasarkan maklumat dan makluman balas anda;

    • untuk penambahbaikkan khidmat pelanggan: Data Peribadi anda dapat membantu kami dalam membalas sebarang pertanyaan dan sokongan yang diperlukan secara berkesan;

    • untuk memproseskan transaksi dengan lancar dan selamat;

    • untuk menjalankan operasi dalaman untuk membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kami seperti perisian “troubleshooting” bugs & masalah operasi, mengawal dan analisis untuk trend yang terkini;

    • untuk melaksanakan pertandingan, promosi, tinjauan dan ciri-ciri laman yang lain;

    • Data Peribadi anda, sama ada umum ataupun sulit, tidak akan dijual, ditukar, dipindahkan atau diberikan kepada syarikat yang lain untuk apa-apa alasan, tanpa kebenaran anda, selain daripada tujuan yang dinyatakan untuk menghantar produk yang dibeli atau perkhidmatan yang diminta;

    Pengumpulan Data Peribadi

    Kami akan mengumpulkan Data Peribadi anda seperti dibawah:-

    a) Apabila anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami, kami mengumpulkan Data Peribadi anda apabila anda memberikan kami maklumat anda secara sukarela seperti berikut:

    • apabila anda mengisi profil penguna atau borang pendaftaran;
    • apabila anda memberikan maklumat untuk menilai kelayakan anda untuk menggunakan perkhidmatan sebagai pemandu;
    • apabila anda berinteraksi dengan media sosial kami;
    • apabila anda menyertai pertandingan atau majlis yang dianjurkan oleh kami;
    • apabila anda mengisi maklumat demografi semasa kajian dibuat.

    b) Data Peribadi anda akan dikumpulkan apabila anda menggunakan perkhidmatan kami seperti dibawah:

    • lokasi anda (untuk mengenal pasti lokasi pengambilan dan penghantaran barang);
    • maklum balas, penarafan, dan penghargaan;
    • maklumat transaksi (seperti kaedah pembayaran dan jarak perjalanan);
    • maklumat berkenaan dengan pengalaman anda menggunakan perkhidmatan kami (seperti fungsi penggunaan dan isi yang dilihat);
    • data Peribadi yang anda masukkan di dalam mesej apabila anda menggunakan fungsi aplikasi perhubungan kami.

    c) Kami akan mengumpulkan Data Peribadi daripada sumber yang lain, tetapi kami akan pastikan data yang disalurkan kepada kami adalah berdasarkan undang-undang sedia ada dimana sumber tersebut termasuk:-

    • program referal;
    • rakan kongsi perniagaan kami seperti penyedia pembayaran;
    • penyedia insurans dan kewangan;
    • data yang terdapat secara umum;
    • data dari sumber kerajaan;
    • apabila pengguna kami menggunakan anda sebagai hubungan kecemasan;
    • rakan kongsi pemasaran kami.

    d) Apabila anda memberikan Data Peribadi pihak ketiga

    Dalam keadaan tertentu, anda mungkin memberikan Data Peribadi pihak ketiga (seperti ahli pasangan, ahli keluarga atau kawan anda) kepada kami. Sekiranya anda memberikan kepada kami Data Peribadi pihak ketiga, anda mewakili dan memberi jaminan yang anda sudah memperolehi kebenaran daripada mereka supaya Data Peribadi mereka boleh dikumpulkan, digunakan, diproseskan, dan dizahirkan seperti di dalam Dasar ini.


    Data Peribadi individu di bawah umur

    Kami tidak secara sengaja mengumpulkan Data Peribadi daripada mana-mana individu yang berumur 18 tahun kebawah. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, jangan membenarkan individu bawah umur dalam jagaan anda memberikan Data Peribadinya kepada kami. Sekiranya terdapat Data Peribadi individu dibawah umur dizahirkan kepada LALAMOVE, anda bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah memberikan persetujuan anda untuk memproseskan Data Peribadi individu dibawah umur sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah kepada individu bawah umur dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk tertakluk kepada Dasar ini dan bertanggung-jawab keatas tindakannnya.

    Bagaimana kami melindungi Data Peribadi anda?

    Untuk memelihara Data Peribadi anda daripada pengaksesan, pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, penyalinan, pengubahsuaian yang tidak sah atau risiko yang serupa, kami akan mengambil pelbagai langkah pencenggahan untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda apabila anda masuk, menyerah, atau akses maklumat peribadi anda seperti mana termasuk (tetapi tidak tehad kepada) ‘SSL certificate signing’, ‘TLS encryption’ dan penyimpanan kata laluan hash.

    Kata laluan anda adalah kunci untuk akaun anda. Sila gunakan nombor, perkataan dan aksara istimewa yang unik dan jangan berkongsi kata laluan LALAMOVE anda dengan mana-mana individu. Sekiranya kata laluan anda didedahkan kepada pihak ketiga, ada kemungkinan bahawa anda akan hilang kawalan terhadap maklumat dan data anda yang lain yang telah diberikan kepada kami dan anda bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil daripada akaun anda. Oleh itu, sekiranya kata laluan anda telah dikompromi, anda hendaklah mengubah kata laluan anda secepat mungkin.

    Pengemaskinian Data Peribadi anda

    Adalah penting untuk Data Peribadi yang telah diberikan oleh anda kepada kami mesti tepat dan lengkap untuk anda terus menggunakan perkhidmatan kami. Anda hendaklah bertanggung-jawab untuk memberitahu kami tentang apa-apa perubahan kepada Data Peribadi anda atau sekiranya anda mempercayai Data Peribadi yang disimpan oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau lama.

    Anda boleh mengemaskinikan Data Peribadi anda pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan akaun anda. Jikalau anda tidak boleh mengemaskinikan Data Peribadi anda melalui akaun anda, sila hubungi jabatan perlindungan data kami.

    Adakah kami akan menzahirkan mana-mana Data Peribadi kepada pihak ketiga?

    Kami tidak menjual, mendagangkan atau sebaliknya menyalurkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga. Ini tidak termasuk pihak ketiga yang diamanahkan untuk membantu kami mengoperasi laman web kami, menjalankan perniagaan kami, atau menawarkan servis kepada anda, selagi pihak tersebut bersetuju untuk menyimpan Data Peribadi secara sulit. Kami akan juga menzahirkan Data Peribadi anda apabila kami mempercayai ia mengikut undang-undang, menguatkuasakan dasar laman kami untuk pencenggahan atau pengenalpastian jenayah, untuk melindungi kepentingan awam atau untuk melindungi hak-hak kami, harta benda atau keselamatan. Walau bagaimanapun, maklumat pelawat yang tidak boleh dikenalpasti boleh diberikan kepada pihak lain untuk tujuan pemasaran, pengiklanan atau kegunaan lain.

    Penzahiran Data Peribadi

    Walaupun secara amnya, Data Peribadi yang telah diberikan oleh anda akan disimpan secara sulit, tetapi Data Peribadi anda akan dizahirkan kepada beberapa kategori pihak seperti di bawah:-

    a) mana-mana individu diwajibkan atau diperlukan untuk melakukan sedemikian di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi kerajaan;

    b) agensi kerajaan dan badan pihak berkuasa berkanun;

    c) juruaudit, konsultan, akauntan kami atau penasihat professional atau kewangan yang lain;

    d) mana-mana individu atau organisasi yang lain dengan kebenaran dan arahan anda;

    e) anak syarikat atau syarikat bersekutu kami;

    f) penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan kami seperti penjual, konsultan, rakan kongsi pemasaran, syarikat penyelidikan, unit pemproses pembayaran dan fasilitator, penyedia data analitik dan rakan kewangan dan insurans;

    g) sekiranya anda adalah pelanggan, kami akan berkongsi lokasi untuk diambil dan lokasi penghantaran dengan pemandu-pemandu;

    h) sekiranya anda adalah pemandu, kami akan berkongsi Data Peribadi anda dengan pelanggan termasuk nama dan gambar anda, model kenderaan , nombor plat, lokasi dan purata penarafan anda.

    Hak klien terhadap pengaksesan dan pembetulan

    Tertakluk kepada pendaftaran, anda mempunyai hak untuk memohon pengaksesan dan pembetulan terhadap Data Peribadi anda. Dalam hal ini, anda boleh:-

    a) menyemak samaada kami menggunakan atau menyimpan Data Peribadi anda dan memohon untuk mengakses data tersebut;

    b) memohon kami untuk membetulkan mana-mana Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap dan sudah lama;

    c) memohon Data Peribadi yang disimpan oleh kami adalah hanya untuk tempoh masa yang diperlukan untuk perlaksanaan tujuan Data Peribadi itu dikumpul;

    d) memohon kami untuk memperincikan atau menerangkan dasar-dasar dan prosedur-prosedur mengenai data dan jenis Data Peribadi yang diuruskan oleh kami; dan

    e) menarik balik, keseluruhan atau sebahagian, kebenaran anda yang telah diberi dahulu, di setiap kes tertakluk kepada sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak yang sedia ada dan tempoh masa yang munasabah. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin menarik balik kebenaran anda, ia mungkin menjejaskan perkhidmatan kami kepada anda.
    Sekiranya anda ingin membuat permohonan bertulis terhadap Data Peribadi anda atau membetulkan dan/atau membatalkan Data Peribadi anda atau ingin mendapat sebarang maklumat berkaitan dengan dasar-dasar dan prosedur-prosedur dan jenis Data Peribadi yang diuruskan oleh kami, sila hubungi jabatan/pegawai kami seperti dibawah:

    Pengawai Data Peribadi

    No.Telefon: 03-7688 6555

    Emel:

    Alamat:

    Bahasa asal dalam mendrafkan Dasar Privasi ini adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat percanggahan diantara Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa lain, Bahasa inggeris akan diutamakan. Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskinikan atau mengubahkan terma-terma di dalam Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa dengan memaparkan dasar yang telah dikemaskinikan di dalam laman web kami.

    Pengekalan Data Peribadi

    Kami akan hanya menyimpankan Data Peribadi anda selagi diperlukan mengikut undang-undang atau masih relevan untuk tujuan dikumpulkan.

    Kami akan berhenti penyimpanan Data Perbadi anda atau mengeluarkan cara yang mana Data Peribadi boleh dikaitkan dengan anda apabila kami menganggap dengan munasabah bahawa pengekalan Data Peribadi tidak lagi diperlukan untuk tujuan asal ia dikumpulkan dan ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang dan perniagaan.

    Pemindahan Antarabangsa Data Peribadi

    Data Peribadi anda mungkin dipindahkan dari negara, negeri dan bandar semasa anda menggunakan perkhdimatan kami ke negara, negeri dan bandar lain. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda dari negara anda ke negara lain.

    Kebenaran anda

    Dengan menzahirkan Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk memproseskan Data Peribadi anda untuk tujuan yang ternyata di dalam Dasar Privasi ini. Walaubagaimanapun, anda berhak untuk menarik balik kebenaran anda dan Data Peribadi anda dan Data Peribadi individu orang lain yang boleh dikenalpasti daripada Data Peribadi anda pada bila-bila masa sahaja mengikut terma-terma Dasar Privasi ini.

    Rangkaian pihak ketiga

    Sekali-sekala, di atas budi bicara kami, kami akan menyertakan atau menawarkan servis dan produk pihak ketiga di dalam lama web kami. Laman pihak ketiga ini mempunyai dasar privasi sendiri yang berasingan dan bebas daripada Dasar Privasi ini. Oleh itu, kami tidak akan bertanggung-jawab atau menanggung liabiliti terhadap kandungan dan aktiviti yang berkaitan dengan laman tersebut. Bagaimanapun, kami berusaha untuk menjaga integriti di laman web kami dan kami mengalu-alukan apa-apa maklum balas mengenai laman tersebut.


    Terma-Terma dan Syarat-Syarat

    Sila lihat Terma-Terma dan Syarat-Syarat kami mengenai kegunaaan, penafian, dan had liabiliti yang berkaitan dengan kegunaan laman web kami di www.lalamove.com.

    Perubahan terhadap Dasar Privasi

    Sekiranya kami memutuskan untuk mengubah Dasar Privasi kami, kami akan memaparkan perubahan tersebut di muka surat ini.