Food Delivery

4 Cara Lalamove Boleh Memudahkan Hidup Anda

Kalau kita flashback macam mana penghantaran pada awal 90-an beroperasi, selalunya perkara pertama yang kita teringat ialah penghantaran surat, dokumen dan bungkusan oleh perkhidmatan pos dan syarikat-syarikat kurier tradisional.

Lain pula ceritanya kalau cerita bab food delivery masa zaman tu. Ada di antara kita yang sempat merasa food delivery service yang hanya wujud untuk restoran-restoran fast food, terutamanya penghantaran piza.

Tetapi, dengan kemajuan teknologi dan ekonomi digital hari ini, khidmat penghantaran bukan saja sekadar untuk menghantar barang dari titik A ke titik B. Teknologi aplikasi telefon pintar dan rangkaian internet yang semakin maju telah mengubah cara-cara kita melihat dan menguruskan penghantaran.

Lalamove adalah salah satu startup di Malaysia yang membawa perubahan dalam industri logistik. Dengan ciri-ciri penghantaran dalam masa sejam, GPS tracking, sistem rating dan khidmat membeli dengan Buy4U, kehidupan seharian boleh menjadi lebih mudah!

Bagaimana sebenarnya Lalamove boleh memudahkan kehidupan seharian kita semua? Lihat je lima contoh-contoh ni:

 

1. Tapaukan Makanan Dari Gerai Tepi Jalan Dengan Buy4U

Siapa yang tak pernah order makanan dari food delivery platform? Memesan makanan secara online dah menjadi satu trend sekarang ni.

Tetapi perasan tak, di Lembah Klang ni sebenarnya banyak gerai-gerai kecil yang menjual makanan yang best dan viral pada harga yang berpatutan? Dan kebanyakannya tak boleh dijumpa di food delivery platform?

 

Beli makanan online

 

Kalau tak boleh order online dari gerai favorite anda, Lalamove boleh belikan dan hantarkan kepada anda! Gunakan khidmat Buy4U Lalamove untuk request rider kami belikan makanan yang anda idamkan dari mana-mana saja dan hantarkan kepada anda. Lepas ni, boleh la lepak di rumah dan request rider Lalamove belikan Nasi Lemak Bumbung!

 

2. Hantarkan barang dari rumah ke lokasi anda

Dah sampai ofis, lepas tu baru perasan terlupa bawa laptop charger. Bateri laptop dah sampai tahap 12%. Nak pinjam kawan-kawan punya, tak compatible pula. Kalau patah balik ke rumah untuk ambil balik, mesti makan masa. Macam mana tu?

 

Terlupa barang

 

 

Jangan risau, Lalamove kan ada! Request je rider kami ambilkan charger dari rumah dan hantarkan kepada anda di ofis. Satu je syarat - kena ada orang di rumah untuk passkan charger tersebut ke rider kami!

 

3. Beli Barang Dapur

Ni satu lagi tip Lalamove yang best! Kalau anda pernah berangan nak ada pembantu yang boleh tolong belikan barang-barang dapur atau apa-apa saja dari supermarket, Lalamove boleh menjadikannya satu realiti! Buka app Lalamove, pilih Buy4U, dan tulis shopping list anda dalam nota tambahan.

Lepas anda dipadankan dengan rider, rider tersebut akan belikan barang-barang yang anda pesan dan hantarkan kepada anda di rumah. Best kan?

 Beli barang dapur

 
 

Cuma kena ingat, rider motosikal kami hanya boleh berbelanja sehingga RM100 saja untuk khidmat Buy4U. 

 

4. Tempah Lori, 4 x 4 atau Van Untuk Berpindah

Perlu berpindah esok dan mencari pembantu untuk angkat perabot, tapi tak tahu nak bermula di mana? Selain penghantaran dengan motosikal dan kereta, Lalamove juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan Lori Besar 17-kaki, Lori Sederhana 14-kaki, Lori Kecil 10-kaki, Van Besar 9-kaki, Van 7-kaki dan Pikap 4 x 4. Siap boleh tempah pembantu kalau perlu mengangkat barang-barang besar dan berat.

 Lori dan van Lalamove

 

Kalau anda perlukan khidmat berpindah untuk masa akan datang atau pada saat-saat akhir, jangan lupa untuk menempah lori, 4 x 4 atau van dengan Lalamove!

Bagaimana? Anda sudah bersedia untuk memenuhi 4 keperluan di atas ini dengan Lalamove? Muat turun aplikasi kami sekarang dan Lalamove-kan saja!

Read more

Anda sudah bersedia?

Muat turun aplikasi kami untuk penghantaran hari sama yang terpantas