4 Cara Nak Tonton Piala Dunia FIFA 2026

featured image

Piala Dunia FIFA 2026 memang lain macam!

Kali ini, kejohanan terbesar dunia bola sepak ini bakal berlangsung dengan 104 perlawanan dari 11 Jun 2026 hingga 19 Julai 2026.

Lagi banyak aksi, lagi banyak drama dan lagi banyak peluang untuk anda tengok pasukan favourite beraksi di padang bola!

Untuk rakan pemandu Lalamove yang memang minat bola, mesti ramai dah terfikir, “Macam mana nak tengok FIFA 2026 sambil jalan ambil job?”

Jangan risau, bro! Walaupun anda sibuk pickup barang, masih ada beberapa cara untuk anda menonton siaran langsung atau siaran tertunda pada bila-bila masa.

Ini empat cara anda boleh tonton Piala Dunia FIFA 2026:

 

1. Tonton Di Rumah Melalui RTM

 RTM

 

Radio Televisyen Malaysia atau lebih dikenali sebagai RTM akan menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia untuk mengikuti FIFA 2026.

RTM dijangka akan menayangkan:

✨ Siaran langsung

✨ Siaran tertunda bagi perlawanan yang berlangsung awal pagi waktu Malaysia

Dengan akses ini, anda tak perlu nak langgan aplikasi dan boleh tonton di rumah bersama keluarga.

 

2. Tonton Online Melalui RTMKlik

 

RTMKlik

 

RTMKlik memang lifesaver untuk rakan pemandu yang selalu on the road.

Kadang-kadang berehat dekat R&R, kadang-kadang parking tepi jalan untuk berehat sambil makan nasi lemak.

Waktu inilah RTMKlik jadi penyelamat! Dengan RTMKlik anda boleh:

✨ Tonton perlawanan secara online

✨ Tonton menggunakan telefon

✨ Ikuti perlawanan walaupun berada di luar

Ini sesuai untuk rakan pemandu yang sentiasa bergerak, lagi-lagi yang selalu ambil pesanan jarak jauh.

Tip untuk rakan pemandu:

✅ Bawa phone holder dalam kenderaan

✅ Pastikan data internet mencukupi

Tapi jangan tonton ketika memandu ya, keselamatan nombor satu!

Muat turun aplikasi RTMKlik di Google Play Store atau App Store.

 

3. Gunakan MYTV Untuk Siaran Lebih Mudah

MYTV BroadcastingMYTV Broadcasting boleh jadi pilihan untuk anda menonton perlawanan secara percuma tanpa sebarang yuran bulanan.

Kalau rumah anda memang dah ada MYTV, memang mudah nak akses siaran RTM.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari MYTV Broadcasting.

 

4. Tonton Melalui Unifi TV

Unifi TV

Unifi TV juga salah satu platform yang ramai rakyat Malaysia guna untuk hiburan dan siaran sukan.

Kalau anda dah memang pelanggan Unifi TV, senang lah nak ambil mood tonton FIFA 2026 dekat rumah.

Belum ada Unifi TV? Anda boleh langgan di sini.

 

Rakan Pemandu Lalamove Pun Boleh Enjoy FIFA 2026

 

dua rakan pemandu Lalamove melihat telefon

Jadi rakan pemandu bukan alasan untuk anda terlepas peluang menonton Piala Dunia FIFA 2026!

Dengan adanya siaran langsung dan tertunda, anda boleh tonton perlawanan pada bila-bila masa dan dimana jua.

Tak sabar nak tengok pasukan favourite anda beraksi?

Jangan lupa untuk menonton perlawanan pembukaan yang akan berlangsung pada 11 Jun 2026 di Mexico City!

 

Ambil Job & Enjoy FIFA 2026

 

Read more