Ini 4 Cara Terbaik Untuk Terima Pesanan Tunai Lalamove

Kalau anda dah biasa ambil job Lalamove, anda mesti pernah ambil pesanan Tunai atau Cash on Delivery (COD) kan?
Buat anda yang masih belum tahu, pesanan Tunai adalah pesanan yang membenarkan pelanggan Lalamove untuk membayar pesanan mereka kepada anda secara tunai.
Bagaimana Cara Untuk Melihat Pesanan Tunai Lalamove?
Langkah 1:
Ambil pesanan yang anda inginkan.
Langkah 2:
Semak maklumat pesanan dan pastikan sama ada pesanan tersebut adalah pesanan Tunai atau tidak.
Pesanan Tunai akan tertera dalam app sebagai "Ambil Tunai"
Langkah 3:
Pastikan siapa yang akan membayar pesanan anda.
Gambar 1: Penghantar akan membayar pesanan
Gambar 2: Penerima akan membayar pesanan.
Tips Menerima Pesanan Tunai
1. Periksa Jenis Pembayaran Sebelum Terima Pesanan
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda harus sentiasa menyemak pesanan yang anda ambil dengan teliti.
Kalau tak, anda boleh tersilap langkah dan berlaku salah faham dengan pelanggan.
Jadi, sebelum anda mengambil pesanan, pastikan anda semak jenis pembayaran pesanan itu. Adakah pelanggan membayar pesanan menerusi e-wallet Lalamove atau tunai?
Dengan cara ini, anda tahu apa yang hendak dijangkakan dan anda boleh bersedia lebih awal.
2. Semak Siapa Yang Akan Membayar Pesanan
Bila anda ambil pesanan Tunai, pihak mana yang akan membayar pesanan tersebut kepada anda.
Jika Penghantar, anda hendaklah meminta penghantar untuk membayar di lokasi pengambilan.
Jika Penerima, pastikan anda meminta penerima untuk membayar di lokasi penghantaran.
Kalau anda masih ragu-ragu, sila hubungi pelanggan untuk memastikan siapa yang akan membayar pesanan.
Dengan cara ini anda dapat mengelakkan salah faham yang boleh menyebabkan kelewatan atau masalah lain.
3. Gunakan Pilihan Pembayaran Digital Jika Perlu
Pelanggan dah pilih pesanan Tunai tapi mereka tak cukup cash?
Jangan risau! Mereka boleh masih membayar terus kepada anda.
Anda cuma perlu sediakan kod QR bank atau e-wallet seperti Touch ‘n Go, Boost dan lain-lain sebagai pilihan pembayaran alternatif.
Jadi, pelanggan boleh terus bayar kepada anda tanpa sebarang masalah.
Pastikan mereka bayar amaun yang betul, ya!
4. Fahami Polisi Lalamove Mengenai Kutipan Tunai
Untuk pesanan tunai, Lalamove tidak akan bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kekurangan semasa penghantaran.
Jadi, amatlah penting untuk rakan pemandu Lalamove memastikan bayaran tunai yang dilakukan adalah tepat dan disimpan dengan selamat.
Uruskan Pesanan Dengan Lebih Cermat
Sama ada anda menerima pesanan Dompet Lalamove atau tunai, anda kena rajin memastikan maklumat yang diterima adalah betul.
Ini dapat mengelakkan risiko kewangan dan memudahkan penghantaran anda dengan pelanggan.
Jika anda mengalami sebarang isu mengenai pembayaran pesanan, sila hubungi pihak Lalamove menerusi fungsi Live Chat dalam aplikasi. Kami sedia membantu anda!
Anda belum menjadi rakan pemandu Lalamove?
Jom daftar sekarang!