5 Cara Lalamove Boleh Bantu Hari Raya Haji Anda

featured image

Hari Raya Aidiladha bukan sekadar tentang korban.

Ia juga membawa peringatan kepada kita semua untuk menunjukkan kemurahan hati kepada orang lain, terutamanya melalui amal dan perkongsian.

Jika anda ingin berkongsi rezeki sama ada melalui kenduri kesyukuran atau bantuan jemaah Haji, jom lihat bagaimana Lalamove boleh jadikan Hari Raya Haji anda lebih tenang.

 

1. Agih Daging Korban

seekor kambing pada hari raya haji aidil adha

Lepas selesai korban, mestilah kena agih daging kepada mereka yang memerlukan, betul tak?

Kadang-kadang boleh pening nak settlekan penghantaran dari satu rumah ke rumah yang lain!

Tapi dengan Lalamove, tekan je kat app, pemandu kami akan tiba dan dan terus hantar ke rumah mereka yang memerlukan.

Anda boleh chill je!

 

2. Penghantaran Barang Dapur Last Minute

dua beg barang dapur sayur-sayuran dan buah dalam keretaBayangkan tengah sibuk masak rendang ayam, tiba-tiba minyak masak dah tinggal setitik? Atau pinggan tak cukup untuk 20 orang?

Tenang. Anda boleh buat pesanan di pasar raya dan order Lalamove untuk pick up.

Pastikan anda beri maklumat tepat kepada abang Lalamove bila nak pick up nanti. Takut tersalah ambil barang dapur orang lain pula. Alamak!

 

3. Melawat Saudara-mara

penumpang menaiki lalamove ride sekitar lembah klang

Hari Raya Haji juga perayaan yang meriah jika disambut bersama keluarga tercinta.

Untuk memudahkan perjalanan anda, apa kata anda naik Lalamove Ride untuk pandu anda ke sekitar Lembah Klang.

Barulah anda boleh rileks sebab tak perlu drive. Yang pasti, jumpa saudara pun dengan senyum lebar!

 

4. Penghantaran Open House Pantas

kenduri melayu tetamu mengambil makanan

Nak buat open house? Confirm banyak barang besar kan?

Kerusi lipat, periuk kawah, meja buffet.

Guna je Lalamove! Dari van 7-kaki hingga ke lori 20-kaki, Lalamove ada pelbagai kenderaan untuk anda manfaatkan dan memudahkan kenduri anda.

Jemput 1000 orang tetamu pun Lalamove boleh setel!

 

5. Persiapan Haji Mudah

sepasang suami isteri menyediakan barangan untuk menjadi jemaah haji pada hari raya haji

Anda ada ahli keluarga yang bakal menunaikan Haji tahun ini?

Apa kata anda memudahkan persiapan mereka dengan penghantaran mudah!

Pesan Lalamove dan kami boleh hantar bagasi, dokumen penting atau barang keperluan terus ke airport atau rumah mutawwif.

Biar ahli keluarga anda fokus pada persiapan rohani. Yang logistik? Kami uruskan.

 

Raya Haji Lebih Tenang Bila Ada Lalamove

Hari Raya Haji membawa seribu makna. Tahun ini, jom kita sambut perayaan mulia ini dengan penuh ketenangan dan keceriaan.

Dengan Lalamove, semua jadi lebih mudah. Anda boleh fokus pada ibadah, keluarga dan makanan sedap.

Selamat Hari Raya Haji!

Mudahkan Raya Haji Dengan Lalamove

Read more