5 Fakta Paling ‘Gempak’ Tentang Lalamove di Bulan Ramadan & Syawal!

featured image

Ramadan dan Syawal bukan sahaja bulan penuh keberkatan, tetapi juga antara tempoh paling sibuk bagi perkhidmatan penghantaran seperti Lalamove. 

Jom ketahui 5 fakta menarik mengenai Lalamove sepanjang Ramadan dan Syawal!

 

#1 Waktu Paling ‘Busy’

jalan raya sesak di tol kerana orang balik kampung untuk hari raya

Bayangkan jalan raya sesak, restoran penuh, semua orang kelam-kabut nak berbuka. 

Tapi jangan risau, Lalamove sentiasa ready! 

Mengikut data Lalamove, waktu paling sibuk dalam bulan Ramadan adalah 4:00 PM sehingga 7:00 PM. 

Mungkin sebab semua tengah ‘pecut’ nak dapatkan makanan berbuka tanpa stress!

 

#2 Buka Puasa Jadi Lebih Mudah

rakan rakan sedang berbuka puasa bersama di bulan ramadan

Sepanjang Ramadan, permintaan untuk penghantaran makanan dari restoran menggunakan Lalamove meningkat sebanyak 6% lebih tinggi berbanding bulan biasa. 

Jadi kalau anda nak elakkan pening kepala nak cari parking atau beratur panjang, anda call je restoran dan order Lalamove untuk pick up makanan anda.

Senang, kan?

 

#3 Pandu Selamat, Raya Tenang

ayah bawa masuk luggage dalam kereta untuk balik kampung

Bukan sahaja makanan dan barangan keperluan, malah industri automotif juga mencatat jumlah pesanan tertinggi di Lalamove sepanjang Ramadan! 

Ramai pengguna memilih untuk menghantar kenderaan mereka untuk diservis sebelum pulang ke kampung agar perjalanan pulang lebih selamat dan lancar.

 

#4 Keliling Bumi 835 Kali? Biar Betul!

rakan pemandu lalamove mengangkat kotak dan pikap 4x4 dengan sticker lalamove

Ini fakta yang mengagumkan! 

Sepanjang Ramadan 2024, rakan pemandu Lalamove telah menghantar pesanan dengan jumlah jarak keseluruhan 33,470,905 kilometer. 

Ini bersamaan dengan 835 kali mengelilingi bumi! 

Memang luar biasa betapa pentingnya peranan mereka dalam memastikan setiap pesanan sampai tepat pada masanya.

 

#5 Last Minute Shopping Pun Boleh!

dua orang wanita ambil selfie selepas shopping untuk hari raya

Minggu terakhir Ramadan merupakan tempoh paling sibuk di Lalamove! 

Ramai yang menggunakan perkhidmatan ini untuk penghantaran saat akhir, sama ada untuk membeli pakaian raya, kuih-muih atau kelengkapan lain bagi menyambut Hari Raya dengan sempurna.

 

Jadi, sudahkah anda menggunakan Lalamove untuk melengkapkan persiapan anda?

Dengan Lalamove, segala urusan penghantaran menjadi lebih mudah, pantas dan selamat!

Jom 'settle' kan sekarang!

Buat Pesanan Lalamove Hari Ini

Read more