5 Kerja Sambilan Untuk Anda Tambah Pendapatan Di Kuching

featured image

Nak cari rezeki bukanlah perkara yang mudah terutama dengan ekonomi yang semakin mencabar.

Untuk hidup dengan lebih selesa, anda mungkin perlu melakukan beberapa kerja tambahan untuk menampung perbelanjaan seharian.

Adakah anda pernah terfikir kerja apa yang anda boleh lakukan di masa lapang untuk menambah pendapatan?

Lan mekorang share 5 kerja sambilan yang anda boleh polah di Kuching!

 

1. Menjadi Tutor Rumah Atau Online

 

home tutoring

 

Angol sik tahu mauk polah apa ujong minggu?

Atau anda sedang cuti semester dan ingin tambah duit poket sebelum pulang ke universiti?

Anda boleh cuba jadi tutor!

Jika anda tidak yakin, anda boleh mula dengan menjadi tutor untuk pelajar sekolah rendah.

Sebagai tutor, anda boleh menetapkan sendiri jam kerja yang bersesuaian dengan anda.

Selalunya, menjadi tutor untuk dua ke empat jam sehari sudah memadai.

 

2. Menjadi Pengasuh Kanak-Kanak

 

be a babysitter

 

Adakah anda seorang yang sangat sukakan kanak-kanak?

Mun aok, kerja sambilan tok mungkin sesuai untuk jiwa penyayang anda!

Menjadi pengasuh kanak-kanak dapat membantu anda untuk mempelajari kemahiran penting seperti berkomunikasi, penyelesaian masalah dan juga beberapa kemahiran penjagaan kanak-kanak.

Tak berani nak cuba?

Anda boleh try jaga anak saudara atau anak jiran anda untuk permulaan!

Jika anda  sudah yakin, anda boleh cuba mengiklankan perkhidmatan anda di platform media sosial.

Mana tahu suatu hari nanti anda boleh buka taska anda sendiri? Sik salahkan mun mauk berangan?

 

3. Menjadi Rakan Pemandu Lalamove

 


4x4 Pickup delivery

 

Antara kerja sambilan lain yang anda boleh lakukan di Kuching adalah dengan menjadi rakan pemandu Lalamove.

Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda boleh menikmati masa kerja yang fleksibel.

Dengan Lalamove, anda boleh menjadi bos anda sendiri!

Jika anda mempunyai kereta atau pikap 4x4 dan menetap di Kuching, ini masanya untuk anda mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove!

Bukan sahaja anda boleh menjana pendapatan, tetapi anda juga boleh dapat duit extra apabila merujuk rakan anda untuk mendaftar dan menyelesaikan pesanan pertama.

Best kan?

Juh Daftar Jadi Rakan Pemandu Mekorang!

4. Menjual Kek Atau Pastri

 

be a home baker

 

Adakah anda suka membuat kek dan pastri?

Anda boleh cuba tukar hobi ini kepada pekerjaan!

ika anda tidak yakin, anda boleh cuba secara kecil-kecilan dahulu dengan menjual biskut atau pastri kepada rakan-rakan anda.

Bila sudah yakin, anda boleh cuba iklankan di platform media sosial untuk menarik lebih ramai pelanggan!

 

5. Menjadi Agen Dropship

 

be a dropshipper

 

Anda boleh jana RM700 seminggu hanya dengan menjadi agen dropship.

Bena ke?

Aok bena!

Dengan menjadi agen dropship, anda boleh mendapat keuntungan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.

Sebagai agen dropship, anda hanya perlu mencari pelanggan dan menjual produk. Segala kos dan proses akan ditanggung oleh pemilik.

Ada banyak bisnes lokal yang anda boleh cuba untuk menjadi agen dropship seperti menjual Kek Lapis, barang kosmetik, pakaian dan lain-lain.

Senang kan?

Read more