Kembali Bekerja Selepas Musim Raya? Ini 5 Sebab Anda Perlukan Lalamove!
Selepas cuti beraya, ramai rakyat Malaysia dah mula kembali ke rutin harian masing-masing.
Ada yang kembali ke pejabat dan ada juga yang kembali membuka kedai supaya bisnes tetap berjalan.
Jom lihat bagaimana Lalamove boleh bantu kurangkan stress dan mudahkan hidup harian anda.
1. Tak Perlu Hadap Jalan Sesak

Bayangkan anda kena hantar bekas kuih raya ke rumah ibu atau kena ambil baju di dobi selepas cuti raya yang panjang… Banyak yang perlu dilakukan dalam waktu singkat!
Dulu mungkin anda perlu pandu dan hantar barang sendiri, tetapi sekarang, anda hanya perlu pesan Lalamove.
Rakan pemandu kami akan menyelesaikan pesanan anda pada hari yang sama tau!
Anda tak perlu hadap jalan sesak atau cari parking. Gunakan masa yang dah jimat untuk menguruskan perkara yang lebih penting.
2. Sesuai Untuk Perniagaan Kecil

Ramai rakyat Malaysia sekarang dah mula ceburi bidang perniagaan dalam talian seperti menjual bunga, pakaian atau makanan dari rumah.
Tetapi masalah utama adalah penghantaran.
Dengan servis penghantaran on-demand Lalamove, anda:
💡 Tak perlu keluar hantar barang sendiri
💡 Boleh fokus pada hal lain
Dan yang paling penting, pelanggan anda dapat barang pada hari yang sama!
3. Hantar Barang Raya, Kecil Atau Besar

Nak kemas rumah lepas raya memang bukan perkara yang mudah.
Sebab tu anda perlukan Lalamove untuk mudahkan kerja anda!
Ini adalah contoh situasi selepas raya bila anda perlukan Lalamove:
💡Balik ke bandar selepas bercuti di kampung? ➡️ Hantar bagasi atau hamper dengan Kereta atau Van
💡Ada lebihan makanan atau kuih raya? ➡️ Hantar ke keluarga atau rakan-rakan dengan mudah dengan Motosikal atau Kereta
💡Nak bawa pulang perabot dari kampung? ➡️ Pesan Van atau Lori untuk pesanan jarak jauh
Tidak kira saiz atau jenis barang, Lalamove bersedia untuk menghantar barang anda walaupun selepas raya.
4. Jimat Masa = Kurang Stress

Mungkin ramai antara kita yang stress bukan sebab kerja semata-mata, tetapi sebab tak cukup masa untuk selesaikan perkara harian.
Dengan adanya aplikasi Lalamove, anda boleh terus memesan kenderaan sesuai dengan barang yang ingin dihantar.
P/S: Anda juga boleh memilih penghantaran Keutamaan untuk padanan pemandu lebih cepat dan menerima barang dalam masa beberapa jam.
5. Sesuai Untuk Kehidupan Harian, Di Bandar Mahupun Kampung

Sama ada anda berada di bandar atau pulang ke kampung, urusan harian anda boleh diselesaikan dengan Lalamove.
Lebih mudah dan fleksibel, semuanya di hujung jari je!
Kalau anda tinggal di bandar seperti di Lembah Klang, anda mesti faham yang kesesakan lalu lintas pada waktu puncak memang tak boleh nak dielakkan.
Servis penghantaran Lalamove dapat membantu anda “skip” semua masalah ini.
Selesaikan Masalah Dengan Bijak Tanpa Buang Masa!
Zaman sekarang, kita tak perlu lagi buat semuanya sendiri.
Gunakan teknologi dan servis yang disediakan untuk mudahkan kehidupan harian.
Jadi, jangan lupa untuk menggunakan servis penghantaran Lalamove apabila anda perlukan.
Yang penting, penghantaran akan diselesaikan pada hari yang sama!

