5 Sebab Mengapa Anda Perlu Jadi Rakan Pemandu Lalamove Pada Tahun 2025

featured image

Kalau anda selalu ambil job Lalamove atau baru nak mula, inilah masa yang sesuai.

Dari harga minyak yang kekal stabil ke permintaan yang makin meningkat, ada banyak sebab kenapa anda patut teruskan langkah sebagai rakan pemandu.

Jom tengok 5 sebab utama:

 

1. Harga Minyak RON95 Kekal Stabil

shutterstock_1598413453 (1)

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia TIDAK akan dinaikkan. 

"Saya sedang fikirkan isu subsidi petrol RON95... ada yang minta harganya dinaikkan untuk rakyat.

"Namun, saya tak setuju naikkan (tetapi) harga petrol RON95 boleh diturunkan sedikit demi sedikit mengikut masa dan harga pasaran,” katanya.

Satu berita yang sangat melegakan, terutamanya untuk anda yang banyak ingin menjadi rakan pemandu, kan?

 

2. Mudah Dapat Job

Abang-Van

Ramai pengguna dan peniaga kini bergantung pada Lalamove setiap hari.

Lebih-lebih lagi semasa waktu puncak, musim perayaan atau hujung minggu. Memang menguntungkan, bak kata rakan pemandu kami!

Lagi banyak permintaan = lagi banyak peluang untuk anda ambil job dan jana pendapatan.

 

3. Kini Boleh Hantar Penumpang!

lalamove driver wearing orange getting ready to pick up passenger (1)-1

Eh, anda belum tahu?

Lalamove kini dah boleh hantar penumpang!

Memang untuk buat rakan pemandu Kereta. Boleh hantar barang atau penumpang. Pilihan di tangan anda!

Jom lihat cara-cara untuk mendaftar jadi rakan pemandu Lalamove Ride hari ini.

 

4. Bonus dan Insentif Istimewa Menanti

shutterstock_435641689 (1)

Dengan harga minyak yang stabil, bonus dan insentif dari Lalamove terasa lebih berbaloi.

Di bawah Program Ganjaran Rakan Pemandu, anda boleh menebus insurans dan diskaun istimewa daripada pelbagai jenama seperti Bateriku, Pasta Panas, CelcomDigi dan banyak lagi!

Anda juga boleh menjana sehingga RM1000 sebulan bila anda merujuk rakan-rakan untuk sertai Lalamove.

 

5. Bukan Kerja Biasa-Biasa

_DSC9594 (1) (1)

Setiap barangan yang anda hantar memainkan peranan dalam membantu perniagaan tempatan, keluarga dan komuniti. 

Ramai pelanggan Lalamove yang berterima kasih kepada anda kerana membantu memudahkan hidup mereka. 

Anda bukan sekadar bawa barang, anda menggerakkan Malaysia ke hadapan.

 

Rugi Kalau Tak Buat Lalamove!

Anda berada di tempat yang tepat, pada masa yang tepat. 

Jom teruskan usaha dan bina kerjaya penghantaran anda bersama Lalamove.

Kami sentiasa di sini untuk menyokong anda.

Daftar Jadi Pemandu Lalamove Di Sini

Read more