Apa Anda Perlu Tentang Bantuan SARA RM100 2026
Berita baik untuk kita semua!
Seperti yang diumumkan sebelum ini, sekurang-kurangnya 22 juta rakyat Malaysia bakal menerima bantuan SARA sekali lagi tahun ini.
Tahun lepas, bantuan RM100 ini sedikit sebanyak membantu meringankan belanja dapur ramai keluarga. Ada yang beli beras dan telur, ada yang stok makanan kering, ada juga yang guna untuk keperluan anak sekolah. Anda pula guna untuk apa?
Tahun 2026, bantuan ini kembali. Jadi, apa yang anda perlu tahu? Jom kita tengok satu persatu.
Bila bantuan akan disalurkan?
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima bantuan RM100 secara one-off bermula 9 Februari 2026.
Siapa yang layak?
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik.
Ini termasuk juga penerima SARA sedia ada, jadi anda tak perlu daftar semula.
Di mana dan apa yang boleh dibeli?
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad:
Untuk semak senarai kedai dan barangan yang layak, anda boleh muat turun aplikasi MyKasih. Senang untuk rujuk sebelum pergi membeli-belah.

Bagaimana cara menggunakan bantuan RM100?
Caranya mudah sahaja:
-
Pergi ke kedai atau pasar raya terpilih.
-
Pilih barangan yang mempunyai label SARA pada rak tanda harga.
-
Tunjukkan MyKad kepada juruwang.
-
Juruwang akan menyemak status kelayakan dan mengimbas barangan yang dibenarkan.
-
Bayaran dibuat menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi.
Ramadan Lebih Mudah Dengan Lebih Pendapatan!

Dengan Ramadan yang semakin hampir, setiap ringgit memang terasa nilainya. Bantuan SARA ini pastinya membantu meringankan belanja dapur dan keperluan harian.
Kalau anda nak lebih bersedia dan ada lebihan untuk simpanan atau persiapan raya, mungkin ini masa yang sesuai untuk tambah pendapatan.
Bersama Lalamove, anda boleh jana pendapatan dengan waktu kerja yang fleksibel, nikmati perlindungan insurans percuma serta pelbagai ganjaran lain.
Nak kerja ikut masa sendiri? Nak tambah duit poket sebelum Ramadan?
