#TipsRakanLala: Apa Perlu Buat Sebelum, Semasa Dan Selepas Ambil Job
Hai rakan pemandu Lalamove!
Nak cuba dapat rating tinggi untuk setiap job yang anda hantar?
Ada beberapa langkah penting yang boleh membantu anda mengambil job dengan mudah dan memperoleh rating yang tinggi.
Ini apa yang anda patut buat sebelum, semasa dan selepas ambil job Lalamove:
Sebelum Ambil Job
Sebelum anda seret butang “Mula Sekarang”, pastikan anda dah buat beberapa perkara asas seperti di bawah:
1. Semak Maklumat Pesanan

Jangan terus ambil pesanan tanpa membaca!
Semak dahulu lokasi pickup dan drop-off, jenis penghantaran, jumlah caj penghantaran dan nota daripada pelanggan.
Pastikan semuanya sesuai dengan kenderaan dan kemampuan anda.
2. Pastikan Kenderaan Dalam Keadaan Baik
Adakah minyak anda masih mencukupi? Tayar atau brek berfungsi dengan baik?
Walaupun perkara ini nampak remeh, tetapi ia sangat penting untuk elakkan masalah ketika berada di jalan raya.
Semasa Ambil Job
Bila anda dah seret butang “Mula Sekarang”, inilah masa untuk anda beraksi sebagai rakan pemandu Lalamove yang mahir.
1. Hubungi Pelanggan
Sebelum anda bergerak ke lokasi pickup, kami sarankan anda untuk menghubungi pelanggan untuk mengesahkan lokasi pickup, drop-off dan jenis barang yang nak dihantar.
2. Maklumkan Jika Ada Masalah
Ketepatan masa sangat penting dalam penghantaran.
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau lewat, maklumkan awal kepada pelanggan supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.
Pelanggan mungkin akan lebih memahami situasi anda jika anda memaklumkan dengan baik.
3. Periksa Barang Sebelum Bergerak

Selepas anda ambil barang dari lokasi pickup, pastikan:
- Anda mengambil barang yang betul
- Menjaga barang agar tiada kerosakan
- Ambil gambar pesanan sebagai bukti
Selepas Selesai Job
Ramai rakan pemandu Lalamove ingat yang selepas menghantar order, semuanya selesai.
Sebenarnya, ada lagi beberapa langkah penting yang anda perlu buat:
1. Sahkan Penyerahan Barang

Pastikan pelanggan di lokasi drop-off dah terima barang dengan selamat. Maklumkan kepada mereka melalui panggilan telefon atau mesej di aplikasi.
Anda juga boleh hantar gambar sebagai bukti penyerahan barang.
2. Minta Rating 5 Bintang

Kalau anda percaya servis yang diberikan tiptop, jangan segan untuk meminta rating 5 bintang daripada pelanggan dengan baik.
Ini penting untuk meningkatkan reputasi anda di dalam aplikasi Lalamove Driver.
3. Kemaskini Status Pesanan
Selepas selesai, pastikan untuk kemaskini status pesanan kepada “Selesai” supaya anda boleh terus mengambil job yang lain seperti biasa.
Apa Lagi Anda Boleh Buat Untuk Berikan Servis Terbaik?

Selain daripada langkah-langkah di atas, anda juga boleh buat beberapa perkara untuk meningkatkan rating.
Contohnya seperti:
✅ Pakai pakaian yang kemas
✅ Bersikap mesra dan profesional
✅ Elakkan membatalkan pesanan tanpa alasan kukuh
Dengan mengikuti langkah-langkah dan tips ini, anda boleh meningkatkan prestasi dan menjana lebih pendapatan dalam jangka masa panjang.
Jom teruskan hustle bersama Lalamove!
