Panduan SKDS 2.0 & Harga Subsidi Diesel Baru Untuk Rakan Pemandu Lalamove

featured image

Blog ini telah dikemaskini pada 6 Julai 2026.

Berita baik untuk rakan pemandu Lalamove yang memandu kenderaan diesel!

Kerajaan Malaysia baru sahaja mengumumkan harga subsidi diesel baru yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.

Sebagai rakan pemandu Lalamove yang memandu kenderaan Pikap 4x4, Van atau Lori, blog ini akan membantu anda lebih memahami tentang harga subsidi diesel yang terbaru.

 

Harga Diesel Diturunkan Pada RM2.10 Seliter

Bermula pada 1 Julai 2026, rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu yang sah dan kenderaan diesel yang didaftarkan atas nama sendiri layak untuk menikmati harga diesel yang baru.

 

Bagi Semenanjung Malaysia

Sebelum subsidi: RM4.37 seliter

Selepas subsidi: RM2.10 seliter

 

Bagi Sabah dan Sarawak

Sebeleum subsidi: RM2.15 seliter

Selepas subsidi: RM2.10 seliter

 

Harga subsidi yang terbaru ini akan dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Anda boleh semak had kelayakan seperti di bawah:

 

1. RON95: 200 liter/bulan

  • Rakyat Malaysia dengan MyKad

  • Mempunyai lesen memandu yang sah

 

2. RON95 + Diesel: 200 liter/bulan

  • Rakyat Malaysia dengan MyKad

  • Mempunyai lesen memandu yang sah

  • Memiliki kenderaan petrol dan kenderaan diesel yang berdaftar atas nama sendiri

  • Mempunyai lesen kenderaan yang masih aktif

 

3. Tambahan kuota diesel 100 liter/bulan 

  • Rakyat Malaysia dengan MyKad

  • Mempunyai lesen memandu yang sah

  • Memiliki kenderaan diesel yang berdaftar atas nama sendiri

  • Mempunyai lesen kenderaan yang masih aktif

 

Untuk menikmati subsidi ini, rakyat Malaysia perlu menunjukkan MyKad seperti sebelum ini.

Bagi tambahan diesel 100 liter, anda perlu memohon secara manual melalui laman rasmi https://budimadani.gov.my atau lawati cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan.

 

Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel

Bagi yang belum tahu, Kementerian Kewangan telah membenarkan individu yang layak menerima BUDI Diesel untuk memindahkan kelayakan mereka kepada ahli keluarga terdekat.

Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan subsidi ini dapat memanfaatkan seluruh isi rumah, terutama jika penerima asal tidak memerlukannya.

 

Kepada Siapa Anda Boleh Pindahkan?

 

Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel

Sumber: Kementerian Kewangan

 

Pemindahan kelayakan terhad kepada seorang sahaja dan mereka mestilah ahli keluarga terdekat, termasuk:

  • Pasangan (Suami atau isteri)
  • Ibu atau bapa
  • Adik beradik
  • Anak-anak

Terdapat ahli keluarga besar yang tidak layak untuk dipindahkan kelayakan seperti:

  • Saudara atau sepupu
  • Pak cik atau mak cik
  • Datuk atau nenek
  • Cucu
  • Keluarga ipar dan mertua (Bapa mertua, ibu mertua atau adik ipar)

Selain itu, penerima pemindahan kelayakan juga mestilah sudah layak di bawah program BUDI95.

 

Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Sebelum anda memohon pemindahan kelayakan, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu:

1. Pemindahan BUDI Diesel hanya boleh dilakukan sekali sahaja

2. Kelayakan tidak boleh dikembalikan semula kepada pemilik asal

3. Kelayakan ini tidak boleh dipindahkan kepada ahli keluarga yang lain

 

Cara Untuk Memohon Pemindahan

 

Cara untuk memohon pemindahan BUDI Diesel

Sumber: Kementerian Kewangan

 

Untuk melakukan pemindahan, anda perlu menghantar permohonan melalui laman rasmi BUDI MADANI. 

 

Permohonan Fasa Pertama

Tarikh akhir permohonan: 12 Julai 2026

Jangkaan tarikh kelulusan: 15 Julai 2026

 

Permohonan Fasa Kedua

Bagi permohonan yang dihantar selepas tarikh diatas atau sebelum 27 haribulan pada setiap bulan, permohonan anda akan diproses pada 1 haribulan di bulan seterusnya.

Jika anda atau ahli keluarga layak untuk memohon pemindahan, pastikan anda semak semua syarat dan hantar permohonan tepat pada masa.

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0)

 

skds 2.0

Sumber: MySubsidi

 

SKDS 2.0 adalah program subsidi diesel bersasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi kenderaan komersial.

Kenderaan diesel yang berdaftar di bawah nama syarikat dan mempunyai sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah layak untuk memohon SKDS 2.0.

Pemohon SKDS 2.0 yang layak boleh menikmati harga diesel pada RM2.15 seliter.

Rakan pemandu Lalamove yang memiliki Van atau Lori yang berdaftar atas nama syarikat boleh mengambil peluang ini untuk mengurangkan sedikit beban kos perbelanjaan operasi harian.

 

Bagaimana Cara Memohon?

Permohonan SKDS 2.0 boleh dibuat secara dalam talian. Jika anda belum memohon, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

 

Langkah 1

Daftar melalui laman rasmi MySubsidi.

 

Langkah 2

Isi maklumat yang diminta seperti:

Cara Mohon SKDS 2.0

  • Nama syarikat
  • Nombor SSM
  • Nama wakil
  • Nombor kad pengenalan wakil
  • Nombor telefon
  • Emel
  • Kata laluan

 

Langkah 3

Hantar semua dokumen yang diminta seperti:

  • Sijil SSM
  • Geran kenderaan
  • Lesen kenderaan yang masih aktif

 

Langkah 4

Selepas permohonan diluluskan, anda boleh memohon kad flit SKDS 2.0 dari stesen minyak yang anda inginkan.

Mohon kad flit Petronas

Mohon kad flit Shell

Mohon kad flit Petron

Mohon kad flit Caltex

Mohon kad flit BH Petrol

 

Nota: Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah sah dan terkini untuk mengelakkan sebarang masalah dalam proses kelulusan.

 

Jom Jimat Kos Diesel Anda!

Selepas anda selesai mendaftar, anda boleh buat semakan status permohonan di dalam portal rasmi yang sama dari semasa ke semasa.

Bagi rakan pemandu Lalamove, ini adalah peluang terbaik untuk anda mendapatkan sokongan kewangan tambahan bagi kos operasi harian.

Dan sekarang anda juga boleh menikmati harga subsidi diesel yang abru!

Jika anda memenuhi semua syarat di atas, jangan lepaskan peluang ini ya.

Jimat Kos Diesel Dan Tambah Income Sekarang

 

Read more