6 Barang Dekorasi Raya Anda Wajib Beli Bagi Tahun 2026
Tinggal lebih kurang sepuluh hari lagi nak raya, mesti semua dah sibuk fikir nak hias rumah macam mana, betul tak?
Ya lah, raya kan setahun sekali, mesti lah kena all out kan!
Kalau anda masih tercari-cari apa nak tambah untuk meriahkan lagi rumah, jom tengok beberapa barang dekorasi raya yang wajib ada ini.
1. Lampu Raya

Lampu hiasan memang item paling utama untuk naikkan mood raya.
Anda boleh gantung lampu hiasan berbentuk bintang, bulan atau ketupat di beranda rumah.
Kalau ada halaman rumah yang luas, boleh juga pacak lampu pelita LED macam zaman dulu-dulu, baru lah meriah kan?
2. Ketupat Hiasan

Siapa kata ketupat hanya untuk dimakan je? Ketupat pun boleh jadi hiasan tau!
Ada banyak jenis ketupat hiasan yang anda boleh beli, daripada ketupat anyaman plastik, rotan, sampai yang dibuat daripada kain.
Kalau nak lagi ekstra, anda boleh beli ketupat giant sebagai tarikan utama untuk tetamu yang datang!
3. Sarung Kusyen Sofa

Nak beli sofa baru mungkin memerlukan kos yang banyak.
Apa kata tukar sarung kusyen anda kepada yang baru? Anda pun boleh berjimat!
Tip: Pilih warna sarung yang sinonim dengan Hari Raya atau warna yang bersesuaian dengan tema rumah anda.
4. Bunga Hiasan

Untuk ada yang sukakan hiasan minimalis, anda boleh cuba letakkan bunga hiasan di sudut ruang tamu, meja makan atau di rak TV.
Pilih warna bunga yang lembut seperti putih, pink, hijau atau warna pastel yang lain untuk mengekalkan gaya minimalis yang anda mahu.
Tip: Pilih bunga palsu kerana ia tahan lama dan mudah dijaga.
5. Balang Kuih Raya

Anda tiap-tiap tahun guna balang kuih yang sama? Ha, ini masanya untuk anda tukarkan kepada yang baru.
Selain untuk menyimpan kuih, ia juga dapat menjadi dekorasi meja makan tau!
6. Karpet

Buat ruang tamu anda kelihatan lebih selesa dan hangat dengan karpet.
Bukan sahaja dapat memberikan keselesaan, ia juga dapat menaikkan seri ruang tamu anda.
Tip: Pilih corak, warna dan saiz karpet yang bersesuaian dengan tema rumah.
Raya Lagi Seronok Bila Rumah Cantik

Tak perlu pening-pening nak fikir barang dekorasi raya dengan senarai ini!
Dengan beberapa item seperti di atas, anda dah boleh jadikan rumah menjadi lebih meriah untuk sambut keluarga dan kawan-kawan raya ini.
Jangan lupa beli online dan pesan Lalamove untuk hantarkan barang ke rumah anda. Boleh dapat dalam hari sama!
P/S: Dah tonton video muzik Ramadan dan Raya dari Lalamove? Kalau belum, jom tonton sekarang.
