6 Barang Anda Perlukan Untuk Ambil Job Open House Raya 2026

featured image

Musim Hari Raya memang waktu paling meriah, lagi-lagi bila ada open house!

Untuk rakan pemandu Lalamove, ini juga waktu terbaik untuk anda cari duit lebih dengan job open house raya 2026.

Sebab inilah musim order meningkat! Macam-macam barang nak dihantar untuk open house tau!

Nak pastikan kerja anda berjalan dengan lancar, anda WAJIB ada enam barang ini dalam kenderaan.

 

1. Tali

 

rope

 

Nampak simple tapi jangan pandang rendah dengan fungsi tali!

Bila anda ambil job hantar barang untuk open house, anda kena expect yang pengguna akan hantar barang seperti meja lipat, kerusi plastik, periuk besar dan macam-macam lagi.

Dengan adanya tali, anda boleh:

✅️ Ikat barang supaya tak bergerak atau jatuh semasa penghantaran

✅️ Pastikan barang kekal stabil dalam kenderaan walaupun jalan berlubang

 

2. Troli Angkat Barang

 

trolley

 

Kalau dah nama pun musim open house, confirm banyak barang berat yang perlu dibawa.

Troli dapat memudahkan penurunan barang dari kenderaan ke tempat pelanggan.

Kerja anda jadi lebih mudah, cepat dan badan pun kurang penat!

 

3. Sarung Tangan

 

glove

 

Sarung tangan bukan sekadar aksesori, ia adalah life saver untuk tangan anda!

Ia dapat:

✅️ Memudahkan genggaman bila angkat barang berat

✅️ Melindungi tangan daripada benda tajam seperti besi, kaca atau serpihan kayu

Jadi, anda boleh elakkan risiko kecederaan dengan memakai sarung tangan.

 

4. Bekas Poliform

 

polyform box

 

Kalau anda selalu dapat job berkaitan makanan, mungkin anda dah boleh mula sediakan bekas poliform.

Bekas poliform ini sangat berguna untuk:

✅️ Simpang barang mentah seperti ayam, ikan, udang atau sotong supaya kekal segar

✅️ Letak barang berair supaya tidak tumpah dan mengotorkan kenderaan

 

5. Gunting Atau Pemotong Kotak

 

cutter

 

Kadang-kadang ada masa bila anda memerlukan gunting atau pemotong kotak.

Contohnya apabila ada barang yang perlu dialihkan atau diubah kedudukan.

 

6. Pita Pelekat

 

cellotape

 

Benda kecil yang nampak tak begitu berguna, tetapi sebenarnya amat penting!

Pita pelekat boleh:

✅️ Bantu tutup kotak kuih raya yang terbuka

✅️ Elakkan barang open house terkeluar atau bersepah semasa penghantaran

 

Tambah Rezeki Musim Syawal Ini

Dengan persediaan yang betul, anda bukan sahaja boleh kerja dengan lebih cekap tetapi juga dapat beri perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Pelanggan akan ingat rakan pemandu yang:

⭐ Memberikan perkhidmatan yang pantas dan mesra

⭐ Menghantar barang open house raya dengan selamat

⭐ Memberikan perkhidmatan yang profesional

Selamat mencari rezeki dan selamat Hari Raya Aidilfitri!

Jom Tambah Duit Dengan Job Open House Raya

 

Read more