Rugi Tak Datang! Ini Apa Kata Peserta Bengkel Lalamove

featured image

Lalamove sememangnya aktif menawarkan ganjaran dan kelebihan menarik untuk semua rakan penghantar. Antara inisiatif terbaru Lalamove adalah Bengkel Asas Servis Kenderaan secara PERCUMA!

Bengkel pertama telah diadakan pada 25 Februari 2023 lalu di Lalamove Driver Centre, Kinrara. Peserta bengkel terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk rakan penghantar Kereta, Pikap 4x4, Van, dan Lori. Bukan rakan penghantar Lalamove saja, orang awam pun turut sertai!

 

pakar automotif dari autohaus KL memberikan penerangan tentang cara menjaga kenderaan agar tahan lebih lama

 

Di bengkel ini, para peserta dapat ilmu bermanfaat yang dikongsikan oleh beberapa pakar automotif jenama terkemuka seperti Bridgestone, Liqui Moly dan Autohaus KL.

Peserta dapat belajar tentang penukaran minyak enjin, penjagaan tayar, tip istimewa untuk menjaga kenderan agar tahan lebih lama dan macam-macam lagi. Siap dapat bawak balik goodies bag tau!

Senang cerita, sama ada peserta otai atau budak baru nak belajar tentang ilmu asas servis kenderaan, semuanya dapat pulang dengan ilmu di dada:

 

Apa Kata Mereka?

nasaruddin seorang rakan penghantar lori lalamove dari september 2022

Nasaruddin, Rakan Penghantar Lori

Menurut Nasaruddin, seorang rakan penghantar Lori sepenuh masa, beliau sertai bengkel ini kerana ingin menambah ilmu pengetahuan tentang servis kenderaan dan mengenali Lalamove dengan lebih dekat.

“Walaupun saya sudah bertahun-tahun bekerja sebagai pemandu Lori, saya dapat belajar cara betul untuk servis kenderaan yang selama ini saya mungkin tidak berapa arif.”

“Melalui bengkel ini juga, saya dapat mengetahui tentang pelbagai insiaitif dan kelebihan yang ditawarkan kepada Lalamove kepada rakan penghantar seperti saya,” tambah Nasaruddin.

 

arvin antara peserta yang hadir kerana berminat untuk mengetahui maklumat tentang rakan penghantar lalamove

Arvin, Orang Awam

Menurut Arvin, beliau sedang mencari part-time job untuk mencari pendapatan lebih. 

“Kawan saya yang merupakan rakan penghantar ajak saya sertai Lalamove. Jadi saya hadir sebab nak dapat ilmu tapi pada masa sama nak dapatkan maklumat lanjut tentang rakan penghantar.”

“Saya baru tau Lalamove ada insiaitif menarik macam bengkel ini untuk rakan penghantar.”

“Bukan bengkel ini saja, saya baru tau Lalamove juga menawarkan ganjaran menarik seperti diskaun makanan dan insurans percuma. Bagi saya, itu memang plus point untuk Lalamove,” kata Arvin.

 

fadzil seorang rakan penghantar van yang mempunyai pengalaman sehingga 25 tahun

Fuad Fadzil, Rakan Penghantar Van

Fadzil, rakan penghantar Van dengan 25 tahun pengalaman di atas jalan raya, berkata ilmu yang beliau dapat dari bengkel sememangnya amat bermanfaat.

“Disebabkan pekerjaan saya, saya memang ada ilmu tentang servis kenderaan. Tapi hari ini saya rasa dapat belajar lebih mendalam, termasuk produk yang sesuai untuk menjaga kenderaan dengan baik dan tahan lebih lama. Memang bemanfaat bagi saya.”

 

mei seorang rakan penghantar kereta lalamove yang berminat untuk mengetahui bagaimana cara untuk servis kenderaan

Mei, Rakan Penghantar Kereta

Mei, rakan penghantar Kereta, berkata beliau baru sahaja bekerja sebagai rakan penghantar untuk beberapa bulan.

“Saya berminat dengan program ini kerana walaupun saya seorang pemandu, saya tidak mempunyai banyak ilmu tentang penjagaan kereta.

“Benda paling penting saya belajar di sini adalah untuk tidak berjimat bila servis kenderaan. Bila kita cuba untuk berjimat dan gunakan produk dan servis yang murah, ini mungkin boleh menyebabkan kenderaan lebih rosak dan kita terpaksa belanja lebih,” tambah Mei.

 

ismail seorang rakan penghantar kereta lalamove yang baru menyertai selama seminggu

Ismail, Rakan Penghantar Kereta

Ismail pula baru menyertai rakan penghantar Lalamove selama seminggu! Menurut beliau, tip yang beliau dapat dari bengkel ini sememangnya bermanfaat untuk semua rakan penghantar.

“Saya hadiri bengkel ini sebab nak dapatkan ilmu tentang Lalamove dan bagaimana sistem Lalamove berfungsi. Bila dapat tahu Lalamove tawarkan macam-macam insiatif dan kelebihan kepada rakan penghantar macam saya ni, memang saya lagi semangat nak kerja!”

 

Berminat Nak Sertai Bengkel Asas Servis Kenderaan Lalamove?

“Eh, rugi lah tak join!”

Jangan risau, sebab Lalamove akan anjurkan bengkel ini lebih banyak lagi pada masa akan datang.

Bengkel Asas Servis Kenderaan Lalamove seterusnya akan diadakan pada Rabu, 29 Mac 2023 di Lalamove Driver Centre, Johor Bahru.

Jadi jika anda menetap di Johor, inilah masanya untuk rebut peluang keemasan ini. Tapi kalau nak travel ke Johor untuk sertai bengkel ini, apa salahnya kan? 🤭

Klik Untuk Mendaftar Sesi Bengkel Di Lalamove Johor

Jumpa anda di Johor!

Read more