4 Cara Beli Barang Dengan Bijak Dan Elak Sesak Ketika Ramadan

featured image

Ramadan makin dekat, pasar raya makin sibuk dan ramai dah mula sediakan 30 hari 30 menu sahur dan berbuka.

Kalau anda pernah berkata dalam hati “Nak beli sikit je,” sewaktu membeli barang, tetapi akhirnya perlu beratur panjang… blog ini memang untuk anda.

Ini cara-cara untuk anda buat persiapan Ramadan dengan bijak!

 

1. Mulakan Sebelum Panik Ramadan Bermula

 

grcery stuff

Anda masih ada beberapa hari lagi untuk membuat persiapan Ramadan.

Waktu inilah anda patut ada senarai barang yang nak dibeli.

Beli awal barang tahan lama seperti:

  • Beras, pasta atau mi
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Makanan dalam tin
  • Minuman kordial
  • Makanan sejuk beku

Bagi barang segar seperti ayam, ikan atau udang, beli satu ke dua hari sebelum Ramadan untuk mengekalkan kesegaran.

 

2. Pilih Waktu Sunyi Untuk Membeli

 

grocery shopping

Kalau anda memang terpaksa keluar juga, pilih waktu seperti di bawah untuk elakkan kesesakan:

  • Waktu bekerja
  • Tengah hari
  • Lewat malam

Dan elakkan dari keluar membeli barang pada waktu ini:

  • Hujung minggu
  • Waktu hampir berbuka

 

3. Rancang Menu Ramadan

 

grocery list

Elakkan daripada membeli ikut nafsu pada bulan Ramadan.

Apabila ada perancangan menu sahur dan berbuka, anda boleh fokus untuk membeli barang mengikut dalam senarai sahaja.

Anda dapat berjimat dan kurangkan pembaziran makanan!

Tip: Rancang menu sahur dan berbuka yang mudah dan senang untuk dihidangkan.

 

4. Beli Barang Dengan Kuantiti Banyak

 

groceries delivery

Kalau anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, membeli barang makanan dalam kuantiti yang banyak adalah strategi yang baik.

Beli dalam kuantiti banyak untuk barang tahan lama seperti:

  • Beras
  • Kurma
  • Air minuman
  • Makanan sejuk beku
  • Snek

Tip: Tempah penghantaran Lalamove untuk mengambil barang yang anda pesan dan hantar terus ke depan pintu.

 

Sambut Ramadan Dengan Tenang

Persiapan Ramadan tak semestinya memenatkan.

Dengan perancangan awal dan sedikit bantuan dari Lalamove, persiapan Ramadan anda dijamin lancar.

Priority Order Screenshot

Oh! Jangan lupa pilih penghantaran Keutamaan dalam aplikasi untuk penghantaran ekstra pantas. Pemandu akan dipadankan dengan pesanan anda lebih laju dan pesanan anda akan diutamakan.

Selamat menyambut bulan Ramadan!

 Hantar Keperluan Ramadan Sekarang

 

Read more