Cara ‘Cash Out’ Duit Lalamove Sebagai Rakan Pemandu Lalamove | Lalamove Kuching

featured image

Mun target kitak adalah RM50 sampey RM500 setiap minggu, setiap kali kitak dapat capai target mesti kitak rasa best nak?

Sik kira berapa pun target pendapatan kitak, kitak memang patut dipuji atas usaha kitak!

Lepas ya, apa langkahnya? Dah sampey masanya kitak nikmati hasil usaha kitak dengan cash out duit kitak!

 

Macam Ney Cash Out Berfungsi?

 

how it works

 

Senang jak, cash out adalah proses untuk pindahkan duit dari Dompet Lalamove ke akaun bank kitak, lepas kitak mohon Cash Out.

Mun kitak gik baru sebagai rakan pemandu Lalamove, sitok kamek orang ajar macam ney kitak boleh cash out dengan mudah.

Sebelum kitak cash out, pastikan kitak dah masuk detail akaun bank kitak dalam app Pemandu Lalamove.

Langkah 1:

Kitak pergi jak ke halaman 'Dompet' dalam app Pemandu Lalamove, lepas ya klik 'Maklumat Kad Bank’.

 

Screenshot Cara Cash Out 1-1

 

Langkah 2:

Klik ikon pensil ya untuk masukkan maklumat bank kitak. Masukkan segala detail akaun bank kitak (pastikan betul!) lepas ya klik ‘Simpan’.

 

Screenshot Cara Cash Out 2

Dah settle?

Bagus! Kitak dah siap untuk cash out hasil kerja kitak!

 

Macam Ney Cara Nak ‘Cash Out’ Duit?

Kitak rasa dah capai target pendapatan?

Isnin dan Khamis – dua hari khas tok di mana duit kitak dimasukkan dalam akaun bank.

Mun betul, kitak dah bersedia untuk cash out.

Langkah 1:

Pergi ke halaman 'Dompet' dan klik ‘Keluarkan Duit’.

 

Screenshot Cara Cash Out 3

 

Langkah 2:

Masukkan jumlah duit yang kitak nak cash out.

Peringatan:

Sikda jumlah minima untuk cash out, tapi kitak mesti kekalkan sekurang-kurangnya RM1.00 dalam Dompet Aplikasi Pemandu Lalamove.

 

Screenshot Cara Cash Out 4

 

Langkah 3:

Klik ‘Sahkan Pengeluaran Wang’ untuk hantar permohonan.

 

Screenshot Cara Cash Out 5

 

Langkah 4:

Untuk keselamatan, sila masukkan kata laluan log masuk Aplikasi Pemandu Lalamove sebelum menghantar permohonan ‘cash out’. Lepas ya, klik 'Sah'.

 

Screenshot Cara Cash Out 6-1

 

Langkah 5:

Permohonan cash out kitak boleh diperiksa dalam aplikasi, lepas kitak mohon.

 

Screenshot Cara Cash Out 7

Senang jak nak?

Mesti kitak ada soalan:

 

Bila Kamek Boleh Dapat Duit?

Lalamove ada jadual untuk cash out. 

Lalamove dah tetapkan tempoh supaya kitak boleh jadualkan cash out, dan pastikan kitak terima pendapatan kitak tepat pada waktu.

 

Jadual Cash Out Lalamove

Apa Jadi Mun Cash Out Gagal?

 

what happened

 

Sebab utama permohonan cash out kitak gagal sebab ada kesalahan dalam maklumat akaun bank.

Pastikan maklumat bank kitak betul bila nak buat cash out supaya prosesnya berjalan lancar.

Mun cash out kitak gagal, duit yang kitak mintak akan dikembalikan ke Dompet Lalamove kitak dalam 7 hari kerja.

Mun maklumat akaun bank kitak dah betul tapi cash out kitak masih gagal, kitak boleh hubungi kamek orang melalui Live Chat dalam aplikasi Pemandu Lalamove. 

Agen kamek akan tolong kitak sebaik mungkin.

 

Dah Sedia Nikmati Hasil Usaha Kitak?

 

you all ready for this

 

Mesti kitak sik sabar maok tunggu hari Isnin dan Khamis, benar sik?😉

Kamek orang harap kitak dah faham benar macam ney maok cash out pakey aplikasi Pemandu Lalamove.

Bukan ya jak…

Kamek orang harap kitak pun bersedia maok ambik lebih pesanan lepas tok! 

Makin banyak pesanan kitak ambik, makin banyaklah kitak boleh cash out!

 Ambik Pesanan Sitok Dan Cash Out Pendapatan Kitak Segera

Read more