3 Cara Kurangkan Masa Terluang Ketika On Job Lalamove
Kalau anda seorang rakan pemandu Lalamove, perkara paling anda nak elakkan bila tengah on aplikasi mesti masa terluang ketika tunggu job.
Sebenarnya, ada beberapa cara mudah yang ramai rakan pemandu berpengalaman dah praktikkan untuk kurangkan masa kosong dan tingkatkan peluang dapat lebih banyak pesanan.
Jom kita lihat bagaimana caranya:
1. Semak Maklumat Pesanan

Cara paling penting untuk anda mengelakkan masa terluang ketika mengambil job adalah dengan menyemak maklumat pesanan terlebih dahulu.
Ramai rakan pemandu terlalu cepat tekan “Slaid pesanan sekarang”, kemudian baru perasan yang lokasi pickup jauh atau jenis pesanan tak sesuai dengan situasi dan kenderaan.
Akhirnya, anda terpaksa batalkan pesanan yang boleh menjejaskan prestasi akaun Lalamove Driver.
Sebelum anda nak ambil job, sila semak maklumat pesanan seperti berikut:
👉 Lokasi pickup dan drop-off
👉 Pesanan Ride atau penghantaran
👉 Jenis pesanan: Biasa, Keutamaan atau Pengumpulan
👉 Pesanan berjadual atau tidak
Bila anda lebih peka dengan maklumat pesanan, anda boleh rancang perjalanan dengan lebih baik.
Contohnya, kalau lokasi drop-off berada di kawasan hotspot, teruskan berada di kawasan itu untuk ambil peluang job seterusnya.
2. Kekal Di Kawasan Hotspot

Lokasi ketika anda on aplikasi juga memainkan peranan besar.
Antara lokasi hotspot yang anda boleh cuba:
👉 Kawasan komersial dan perniagaan
👉 Kedai makanan dan restoran
👉 Kedai alat ganti kenderaan
👉 Kawasan peniaga online atau home business
👉 Pasar borong
Tip: Selepas selesai satu job, jangan terus tunggu di tempat yang sunyi. Cuba bergerak ke kawasan hotspot supaya lebih banyak pesanan keluar di halaman job.
3. Faham Waktu Puncak

Nak cari banyak job? Anda kena faham rentak pelanggan di kawasan yang anda selalu ambil.
Jika anda selalu berada di kawasan premis perniagaan alat ganti kenderaan, mungkin mereka selalu membuat pesanan pada waktu tengah hari atau petang.
Manakala, bagi kawasan premis perniagaan makanan, pelanggan mungkin memerlukan khidmat anda pada waktu makan tengah hari dan makan malam.
Bagi kawasan pasar borong pula memang aktif pada waktu pagi dengan penghantaran barang basah.
Kalau anda online pada waktu-waktu ini, peluang untuk dapat job back-to-back mungkin lebih tinggi!
Lebih Banyak Job, Lebih Tinggi Peluang Untuk Menang!
Selain tambah pendapatan harian, anda juga boleh tambah duit poket dengan menyertai peraduan Lala-Goal Challenge.

Rakan pemandu Lalamove yang baru mendaftar pada 1 Mei 2026 layak untuk menyertai peraduan ini:
⏳ Tempoh peraduan: 7 Mei hingga 19 Jun 2026
📝 Cara untuk menyertai:
1️⃣ Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove
2️⃣ Daftar peraduan Lala-Goal Challenge dan tunggu pengesahan
3️⃣ Lengkapkan misi pesanan berdasarkan jenis kenderaan anda
🎁 Hadiah menarik yang menanti anda:
🛵 1x unit motosikal EV jenama YADEA GT20 bernilai sehingga RM5,000
💵 50x pemenang wang tunai RM200
Siapa tahu, sambil cari rezeki harian, anda juga boleh jadi salah seorang pemenang Lala-Goal Challenge nanti!
