Cara Memanfaatkan Lalamove - Perniagaan Semasa Bulan Puasa

featured image

Berniaga kecil-kecilan semasa bulan puasa ini memang menguntungkan.

Kalau anda memang berniaga sepenuh masa, pasti anda tahu bulan puasa adalah antara bulan yang mudah untuk mendapat untung berlipat ganda!

Ada juga antara anda yang berniaga pada bulan puasa sahaja. Rezeki kan boleh berada di mana-mana dan bila-bila masa, asalkan kita berusaha.

Tapi, berniaga kecil-kecilan juga mempunyai cabaran tersendiri, bukan?

Dari promosi di media sosial hinggalah menguruskan penghantaran kepada pelanggan, semuanya anda uruskan sendiri! Rasa macam tak menang tangan nak buat semuanya.

 

Mengapa Anda Perlu Gunakan Lalamove Untuk Perniagaan Kecil Anda?

peniaga kecil bulan ramadan

Sebagai seorang peniaga kecil, pernahkah anda bimbang tentang perkara berikut?

  • Tidak cukup pekerja untuk menghantar pesanan kepada pelanggan
  • Tidak cukup masa dan kenderaan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan tepat pada waktu
  • Tidak berdaftar dengan perkhidmatan penghantaran kerana anda tidak berniaga sepenuh masa

Dengan Lalamove, anda tak perlu bimbang lagi!

Lalamove percaya semua peniaga, tidak kira berskala besar atau kecil, tetap atau part-time, berhak untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran yang terbaik. 

Jom kami beritahu anda kenapa Lalamove adalah penyelesaian penghantaran perniagaan yang terbaik untuk anda semasa bulan puasa ini!

 

1. Aplikasi serba boleh dan mudah digunakan

Membuat pesanan dalam aplikasi mudah alih atau laman web Lalamove sememangnya sangat mudah. Kalau anda masih belum tahu, rujuk di sini untuk langkah-langkah menggunakan aplikasi Lalamove.

Aplikasi Lalamove mempunyai semua yang anda perlukan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan supaya anda dapat menjamin kepuasan mereka! Tak perlu pening kepala, semua boleh diuruskan di hujung jari anda. 

jejak pesanan dengan aplikasi lalamoveMalah, pelanggan anda tak perlu khuatir dengan status terkini pesanan mereka. Jejak saja pesanan melalui sistem penjejakan GPS kami yang berikan anda status penghantaran dalam masa nyata! 

 

2. Pelbagai pilihan kenderaan

senarai kenderaan lalamove

Dengan Lalamove, anda bebas memilih mana-mana jenis kenderaan yang sesuai mengikut jenis dan saiz penghantaran anda. 

Nak hantar set baju kurung dan baju melayu yang baru dijahit? Hantar dengan Motosikal pun boleh! 

Nak hantar kuih raya atau lemang? Anda boleh menggunakan Kereta untuk menjamin kualiti pesanan anda, terutamanya yang mudah pecah seperti tart nenas!

Kami juga ada Van, Pikap 4x4, Lori Kecil 10-kaki sehinggalah Lori Besar 17-kaki. Mana-mana yang sesuai untuk pesanan anda, kami bersedia menghantarnya!

 

3. Penghantaran pelbagai hentian

penghantaran lalamove dengan pelbagai hentian

Produk anda mendapat sambutan hangat dan delivery order mencurah-curah masuk?

Katakan anda mempunyai 10 pesanan pada hari yang sama. Anda boleh je book 10 penghantar untuk hantar ke 10 alamat yang berbeza. Tetapi, kos penghantaran akan jadi tinggi dengan cara ini.

Kalau anda mengalami situasi ini, anda hanya perlu tekan ‘Tambah Perhentian’ untuk isikan semua alamat pelanggan-pelanggan anda.

Ya, ciri ini memang sesuai untuk peniaga kecil seperti anda yang ingin jimatkan kos dengan menugaskan hanya 1 penghantar untuk menghantar pesanan ke pelbagai destinasi. 

Malah, anda boleh menugaskan 1 penghantar untuk menghantar ke 20 destinasi berbeza dengan Lalamove! 

 

4. Pembayaran mudah

pembayaran mudah dengan aplikasi lalamove

Dengan Lalamove, proses pembayaran adalah sangat mudah dan boleh dipercayai. Anda boleh memilih untuk membayar melalui tunai dan kredit. 

Malah, jumlah penuh yang perlu dibayar akan dipaparkan serta merta dalam aplikasi. Jadi anda tidak perlu risau tentang kos tersembunyi. Siapa yang suka bila kita perlu membayar kos tersembunyi bila kita mempunyai bajet tertentu, kan?

Bila nak membuat pesanan dengan Lalamove, pastikan anda semak terlebih dahulu jika terdapat sebarang promosi atau diskaun Lalamove yang anda tak boleh lepaskan. Barulah lebih jimat!

Jika anda mendaftar untuk akaun perniagaan Lalamove, kami akan memberikan penyata di setiap penghujung bulan yang memaparkan semua bayaran kredit anda. Memang mudah untuk anda semak aliran kewangan perniagaan anda!

 

5. Rakan penghantar kegemaran

senarai rakan penghantar kegemaran dalam aplikasi lalamove

Bila anda mula gunakan Lalamove, pasti anda mempunyai pilihan rakan penghantar tersendiri. Bukan apa, lebih mudah nak berurusan untuk penghantaran-penghantaran seterusnya jika kita dah percayakan rakan penghantar yang tertentu. 

Sebab itu kami memperkenalkan ciri ‘Penghantar kegemaran’ yang membolehkan anda menugaskan pesanan tertentu kepada rakan penghantar kegemaran anda.

Tapi, bagaimana nak masukkan seseorang penghantar dalam senarai kegemaran anda?

Senang je!

Selepas rakan penghantar melengkapkan pesanan, anda boleh masukkan penghantar tersebut dalam senarai ‘Penghantar kegemaran’. Sekarang anda boleh pilih mereka setiap kali anda ingin membuat pesanan!

Walaupun begitu, harus diingat yang penghantar-penghantar kegemaran anda boleh memilih untuk tidak mengambil pesanan anda. Tetapi, jangan risau!

Jika penghantar kegemaran anda tidak mengambil pesanan anda, pesanan tersebut akan ditawarkan kepada semua penghantar-penghantar Lalamove yang berdekatan dengan anda.

 

6. Perlindungan yang lebih mantap dengan pakej insurans

terima pesanan dengan lebih selamat

Tahukah anda Lalamove menawarkan pakej insurans tambahan dari RM80/sebulan?

Bagi peniaga yang menjual barangan bernilai tinggi seperti pakaian, gajet, kasut,  dan sebagainya, kami syorkan anda untuk mengambil insurans tambahan bagi menjamin keselamatan penghantaran anda sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Lalamove menawarkan pakej insurans yang memberikan perlindungan maksimum RM6,000 setiap penghantaran untuk sepuluh penghantaran.

Kalau anda perlukan perlindungan untuk lebih dari sepuluh penghantaran, anda boleh mendapatkan kontrak yang disediakan khas untuk anda.

Nampak menarik kan? Tapi cuma satu je kriteria yang anda perlu penuhi untuk dapatkan faedah ini:

Anda  perlu mendaftar akaun perniagaan Lalamove dan hubungi kami di am.kl@lalamove.com untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran berkenaan pakej insurans kami.

 

Biar Lalamove Mudahkan Perniagaan Anda Bulan Puasa Ini!

Lalamove memberi penyelesaian mudah untuk perniagaan kecilan anda, terutama sekali jika anda adalah peniaga yang hanya berniaga semasa bulan Ramadan sahaja. Semua jadi mudah bila ada Lalamove!

Untuk mulakan menghantar dengan Lalamove, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Lalamove, daftar akaun, dan mula membuat pesanan.

Sebelum itu, pastikan anda gunakan kupon kod [LAAPAR5] untuk dapatkan potongan 2x RM5 untuk penghantaran pertama kali bersama Lalamove! 

Untuk pengguna pertama kali Lalamove di Melaka, nikmati potongan sehingga 3x RM5 dengan kupon kod [LAAPAR5M].

Dah bersedia untuk mula menggunakan Lalamove? Klik di bawah untuk mulakan langkah pertama anda dengan kami.Hantar Pesanan Menggunakan Lalamove

Nak lebih faedah menarik dengan Lalamove? Jom mendaftar akaun perniagaan Lalamove dengan kami. Tiada yuran pendaftaran, hanya perlu daftar dan kami akan uruskan logisitik perniagaan anda!

Daftar Akaun Perniagaan Lalamove Anda Sekarang

Read more