Rahsia Terbongkar: Inilah 4 Tips Untuk Menang Job Lalamove!
Kami ada soalan khas untuk rakan-rakan penghantar Lalamove:
Anda mesti tertanya-tanya tips untuk naikkan peluang mendapat job, kan?
Ada member kata kena rajin pergi kawasan hotspot.
Ada juga yang kata kena online pada waktu tertentu.
Betul ke kata mereka?
Di sini, kami nak share 4 tips terpenting untuk mendapatkan job dengan lebih pantas.
Baru lah nampak macam pro!
1. Beli Lalabag Bagi Anda Yang Bawa Motosikal
Apakah faedah memiliki Lalabag selain daripada beg untuk anda menyimpan barang pelanggan?
Kalau nak tahu, Lalabag boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan pesanan sehingga 70%!
Lalamove juga tidak mengenakan sebarang caj kepada customer jika mereka memilih Lalabag untuk pesanan Motosikal. Mestilah ramai customer nak rider yang memiliki Lalabag kan?
Jadi, peluang nak dapat pesanan itu sememangnya lebih tinggi daripada rider yang tidak memilki Lalabag!
2. Pasang Sticker Lalamove
“Tapi saya bukan rider Motosikal. Jadi macam mana?”
Jawapannya tampal sticker Lalamove!
Menurut data kami, rakan penghantar dengan sticker mempunyai kadar kemenangan pesanan yang lebih tinggi:
Inilah keistimewaan Sticker yang mungkin ramai rakan penghantar yang terlepas pandang. Kalau anda nak dapat job dengan lebih mudah, pasang lah sticker di kenderaan!
Bak kata driver otai: “Job jerung pun boleh sangkut!”
3. Kekalkan Rating Yang Baik
Semakin tinggi rating anda, semakin tinggi peluang untuk anda menang pesanan.
Bukan itu sahaja, customer juga lebih yakin dengan rakan penghantar yang mempunyai rating yang lebih tinggi.
Antara cara-cara untuk mengekalkan rating:
- Patuhi Kod Tingkahlaku Lalamove iaitu Bersopan Santun, Tepati Masa, Komited dan Dipercayai
- Hubungi customer untuk memastikan penghantaran lebih lancar
- Elakkan daripada membatalkan pesanan
Teruskan berusaha untuk menghantar pesanan dengan sebaik mungkin agar anda boleh mengekalkan rating anda pada tahap 'Cemerlang'.
4. Dapatkan Ramai Peminat
Anda selalu deal dengan customer yang sama? Customer tu pun memang ngam dengan anda bila berjumpa di pick-up atau drop-off?
Kemungkinan besar, customer tersebut dah add anda sebagai “Favourite Driver” mereka!
Ini bermaksud anda akan diutamakan setiap kali mereka membuat pesanan. Pesanan daripada peminat anda akan muncul dengan simbol “♡” dalam pesanan.
Maka, cepat-cepatlah ambil pesanan tersebut!
Semakin ramai customer menjadi peminat anda anda, semakin mudah untuk anda menang pesanan.
Mulakan Hari Anda Dengan Mengambil Pesanan Lalamove
Gunakan tips-tips di atas untuk menang lebih banyak pesanan dan memaksimumkan pendapatan anda.
Jangan putus asa, rezeki anda mesti ada! Selamat Ber-Lala!