4 Cara Pemandu Lalamove Boleh ‘Improve’ Servis Di Bulan Ramadan
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, kesabaran dan rezeki.
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda bukan sahaja menghantar barang dan penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain, tetapi juga membawa amanah dan tanggungjawab.
Jom lihat bagaimana anda boleh memperbaiki perkhidmatan kepada pelanggan sepanjang bulan Ramadan ini.
1. Komunikasi Dengan Baik ✅

Seperti yang kita tahu, bulan Ramadan adalah bulan yang baik untuk kita melatih diri untuk menjadi lebih baik.
Jika berlaku kelewatan atau kekeliruan, kekal tenang dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan.
Cara anda berkomunikasi boleh memberi kesan terhadap pengalaman pelanggan.
Tip: Berikan senyuman dan bercakap dengan nada yang sopan untuk dapatkan 5 bintang dari pelanggan.
2. Rancang Perjalanan ✅

Waktu hampir berbuka adalah waktu paling sibuk.
Dan kebanyakan pelanggan inginkan pesanan mereka sampai sebelum azan maghrib.
Sekiranya anda menerima pesanan saat akhir, rancang perjalanan dengan baik dan maklumkan kepada pelanggan lebih awal jika ada kelewatan.
Tip: Sediakan stok makanan dan minuman untuk berbuka sekiranya anda masih berada di atas jalan raya.
3. Jaga Bahasa Dan Tingkah Laku ✅

Menggunakan bahasa kasar dan tidak sopan tidak akan memberikan kebaikan kepada anda dan juga pelanggan.
Sebaliknya, anda boleh:
- Ucapkan salam jika sesuai
- Gunakan kata-kata seperti “terima kasih” dan “maaf atas kesulitan”
Perkara kecil seperti ini boleh membantu imej anda sebagai pemandu dan juga memberi peluang untuk menaikkan rating.
4. Pastikan Kenderaan Bersih ✅

Walaupun cuaca kadang-kadang tidak menentu di bulan Ramadan ini, pastikan anda sentiasa kekalkan kebersihan diri dan kenderaan.
Kenderaan yang bersih mencerminkan sikap anda terhadap kerja dan pelanggan juga akan lebih selesa berurusan dengan anda.
Tip: Kemas kenderaan sebelum dan selepas anda ambil job.
Jadikan Ramadan Peluang Untuk Perbaiki Servis
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda berada di barisan hadapan dalam memberikan pengalaman positif kepada pelanggan.

Servis yang baik sepanjang Ramadan boleh:
- Membantu untuk menaikkan rating anda
- Menggalakkan pelanggan membuat pesanan ulangan
Semoga setiap job yang anda lakukan dipermudahkan dan diberkati sepanjang Ramadan ini.
Selamat berpuasa!
