5 Cara Berkesan Untuk Memikat Hati Pelanggan Sebagai Rakan Pemandu Lalamove

featured image

Sebagai rakan pemandu Lalamove, semestinya anda sudah berjumpa dengan bermacam-macam ragam pelanggan.

Betul tak?

Tapi anda juga mempunyai peranan penting untuk menggembirakan hati pelanggan!

Jom kita tengok macam mana nak pikat hati pelanggan dengan 5 cara mudah ini:

 

1. Mesra Dengan Senyuman

 

IMG-20240715-WA0029

 

“Senyum, tak perlu kata apa-apa” ~~~

Pernah dengar tak lagu ni?

Ya! Senyum je!

Senyuman adalah pengubat segalanya!

Memberikan senyuman adalah perkara yang paling simple anda boleh buat untuk menggembirakan hati pelanggan.

Psstt.. senyuman dapat memanjangkan umur tau!

 

2. Menjaga Kebersihan Dan Penampilan

 

IMG-20240715-WA0031

 

Siapa cakap kalau jadi rakan pemandu tak perlu jaga kebersihan dan penampilan?

Anda kerjalah apa pun, menjaga kebersihan dan penampilan itu sangat penting!

Mesti anda pernah dengar ayat: “First impression is the best impression”.

Jadi, kita kenalah tunjuk impression yang baik terhadap pelanggan. Barulah mereka suka dengan servis kita!

 

3. Mengesahkan Lokasi Penghantaran

Sangat penting untuk anda menelefon dan mengesahkan lokasi penghantaran sebelum anda menghantar pesanan mereka.

Bukan sahaja dapat memudahkan pelanggan, cara ini juga dapat menyenangkan kerja anda. 

Tak ada lah nanti anda sesat dan tercari-cari dimana lokasi mereka.

 

4. Ambil Pesanan Tepat Masa

 

IMG-20240715-WA0033

 

Salah satu perkara yang paling pelanggan suka adalah apabila anda ambil pesanan mereka tepat pada masanya.

Siapa je tak happy kan?

Dah sampai tepat masa, barang pun tiba dalam keadaan sempurna.

Lagi lah mereka suka!

 

5. Minta Maaf Sekiranya Terlambat

Semua rakan pemandu mesti pernah buat kesilapan, kan? Itukan pengalaman.

Kadang-kadang kita mungkin terlambat untuk menghantar barang kerana keadaan cuaca yang tidak menentu atau kesesakan lalu lintas.

Jika anda terlewat untuk ambil atau hantar pesanan, kami sarankan anda untuk inform mereka terlebih dahulu.

Dan jangan lupa untuk minta maaf.

Tak salah kan kalau kita cakap ‘Maaf, saya terlambat’ dekat pelanggan?

 

Jom Berazam Untuk Dapat Rating 5-Star

Bukan hotel je boleh dapat lima bintang, rakan pemandu Lalamove pun boleh!

Bila tengok tips-tips di atas, mudah je kan nak pikat hati pelanggan?

Kalau anda belum mendaftar sebagai rakan pemandu, inilah masanya untuk mula!

Jom Klik Sini Untuk Daftar

 

Read more