6 Cara Untuk Tambah Pendapatan Sebelum Masuk Tahun Baru
Pejam celik, pejam celik. Dah masuk bulan Disember.
Bila dah masuk hujung tahun, mestilah nak cari idea untuk tambah pendapatan kan?
Nak beli barangan sekolah anak-anak untuk tahun depan.
Nak cari pendapatan sampingan sebagai azam tahun baru.
Bagi yang menyambut Krismas, anda mesti ingin membeli hadiah untuk orang tersayang.
Jom lihat cara untuk maksimumkan pendapatan sebelum tahun 2024!
1. Daftar Sebagai Rakan Pemandu
Hujung tahun adalah masa terbaik untuk anda sertai Lalamove.
Mengapa?
Kerana hujung tahun dipenuhi dengan musim perayaan, cuti sekolah dan pelbagai jualan di mana-mana sahaja.
Ini bermakna pesanan akan masuk dengan lebih banyak!
Tak perlu kerja sepenuh masa, jadi pemandu part-time juga boleh jana pendapatan sampingan!
2. Pasang Sticker
Ya, pasang sticker Lalamove pun boleh jana insentif bulanan!
Bukan itu sahaja, rakan pemandu yang mempunyai sticker boleh menang pesanan dengan lebih mudah.
Lebih mudah nak menang pesanan, lebih mudah nak jana pendapatan tambahan.
Jom, cantikkan kenderaan dan tambahkan pendapatan anda dengan sticker Lalamove!
3. Menang Baucar SHELL RM1,000
Bagaimana nak menang baucar petrol SHELL bernilai RM1,000?
Anda cuma perlu mendaftar sebagai rakan pemandu dari 20 November hingga 31 Disember dan lengkapkan pesanan!
Mudah sahaja!
4. Jemput Rakan-Rakan Untuk Sertai Lalamove
Biar betul? Jemput rakan-rakan pun boleh jana pendapatan pasif?
Ya betul!
Jika anda mempunyai kenalan yang memiliki kenderaan Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori, jemputlah mereka untuk daftar sebagai rakan pemandu Lalamove.
Setelah mereka melengkapkan pesanan, anda dan rakan-rakan akan menerima ganjaran wang tunai.
5. Menang Hadiah Bernilai RM2,000
Chup, ada lagi!
Mungkin anda seorang yang friendly dan mempunyai ramai rakan-rakan.
Inilah masanya anda untuk bersinar!
Jemput sekurang-kurangnya 10 rakan untuk sertai Lalamove dan anda berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM2,000!
6. Ambil Pesanan Jarak Jauh
Jika anda seorang rakan pemandu Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori, anda mempunyai kelebihan istimewa.
Apakah kelebihan itu?
Anda boleh mengambil pesanan jarak jauh!
Pesanan jarak jauh bukan sahaja menawarkan lebih tinggi pendapatan, malah anda juga boleh mengambil peluang ini untuk melawat tempat-tempat menarik di seluruh Semenanjung Malaysia.
Inilah namanya jalan-jalan sambil cari duit!
Jana Pendapatan Pasif Dengan Mudah Bersama Lalamove
Berapakah sasaran pendapatan yang anda ingin capai sebelum masuk tahun 2024?
RM500 sehari?
RM5,000 sebulan?
Walau berapa pun jumlah sasaran, jom capai impian anda dengan Lalamove!
Belum mendaftar sebagai rakan pemandu? Jom daftar di sini: