6 Etika Servis Pindah Rumah Untuk Rakan Pemandu Lalamove

Anda baru pertama kali nak ambil job pindah rumah?
Untuk #TipsRakanLala kali ini, kami akan berikan beberapa tips dan etika yang anda perlu ikuti supaya anda dapat memberikan servis yang terbaik dan lancar kepada pelanggan.
Jom kita semak beberapa etika servis pindah rumah seperti di bawah:
1. Hubungi Pelanggan Untuk Pengesahan
Sebelum anda memulakan pengambilan dan penghantaran barang pelanggan, pastikan untuk menghubungi mereka terlebih dahulu.
Anda boleh mengesahkan beberapa perkara seperti dibawah:
✅ Sahkan masa pengambilan dan penghantaran
✅ Sahkan lokasi tepat untuk pengambilan dan penghantaran
Dengan komunikasi yang baik dengan pelanggan, anda boleh mengelakkan salah faham.
2. Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pelanggan
Sepanjang servis pindah rumah, anda perlu sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan.
Sentiasa maklumkan kepada mereka apabila anda dalam perjalanan, sampai ke tempat pengambilan dan penghantaran atau jika ada sebarang masalah dan kelewatan.
Pelanggan rasa dihargai, anda pun boleh melakukan kerja dengan senang hati!
3. Bawa Peralatan Yang Diperlukan
Tidak wajib untuk semua rakan pemandu untuk memiliki peralatan pindah rumah tapi percayalah, semua ini boleh membantu anda!
✅ Troli - untuk mengangkut barang yang berat
✅ Tali pengikat - untuk mengikat barang agar tidak bergoyang atau jatuh semasa dalam kenderaan
✅ Kain pelindung - untuk melindungi perabot atau barangan yang mudah calar
✅ Plastik pembalut - untuk membungkus barang supaya tidak terkena kotoran
✅ Ramp - untuk menolak atau menarik barang ketika naik atau turun dari kenderaan
✅ Sarung tangan - untuk mengelakkan kecederaan ketika mengangkat barang
Walaupun barang-barang ini kelihatan kecil, tetapi ia sebenarnya memberikan impak yang besar untuk keselesaan kerja anda dan keselamatan barang pelanggan.
4. Elakkan Terburu-Buru
Ingat, kelajuan bukanlah segalanya. Ambil masa yang anda perlukan!
Yang penting adalah hasil kerja anda yang kemas dan barang pelanggan selamat sampai ke rumah baru mereka.
❌ Jangan mengangkat barang lebih dari kapasiti yang anda mampu
✅ Berhati-hati apabila melintasi lorong sempit, tangga atau pintu rumah
✅ Pastikan dengan pelanggan apa barang yang perlu diangkat
5. Jaga Sikap Dan Penampilan Diri
Selain itu, etika juga bermaksud anda harus menjaga penampilan diri.
Beberapa perkara yang anda boleh ikuti adalah:
✅ Memakai pakaian yang bersih dan selesa untuk mengangkat barang
✅ Memberikan senyuman kepada pelanggan
❌ Jangan merokok semasa bekerja
❌ Jangan menggunakan bahasa kasar dan tidak sopan
Dengan sikap anda yang sopan dan mesra boleh memberi anda peluang untuk mendapatkan rating lima bintang!
6. Periksa Semula Sebelum Lengkapkan Job
Sebelum anda bergerak ke job seterusnya, semak semula semua barang yang telah dihantar bersama pelanggan.
Sedikit tips tambahan buat anda:
✅ Ambil gambar sebagai bukti bahawa semua barang telah dihantar
✅ Hantar bukti kepada pelanggan
✅ Dapatkan maklum balas dari pelanggan secara sopan
Jadilah Rakan Pemandu Lalamove Yang Disenangi
Pindah rumah bukanlah kerja yang mudah, tetapi dengan layanan profesional dan penuh etika, segalanya boleh jadi lebih lancar buat anda dan juga pelanggan!
Dengan mengamalkan etika seperti di atas, anda bukan sahaja dapat memudahkan urusan pelanggan, tetapi juga dapat menaikkan imej rakan pemandu Lalamove secara keseluruhan.
Jom kita beri pengalaman yang terbaik buat pelanggan! Selamat bekerja buat semua Rakan Lala!