Kupon Penghantaran? E-Baucar? Semuanya Ada Dengan Ganjaran Lalamove

featured image

Kami tahu pelanggan Lalamove setia seperti anda sukakan perkhidmatan kami kerana bermacam-macam faktor.

Di antaranya ialah penghantaran yang pantas, flit yang lengkap, penghantaran jarak jauh, dan banyak lagi kelebihan lain!

Tapi, bagaimana kalau kami beritahu anda yang anda boleh tebus pelbagai hadiah menarik bila menghantar dengan kami?

Bayangkan anda hanya perlu mengumpul mata ganjaran untuk menebus kasut sukan impian anda?

Atau anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membeli minuman bubble tea kegemaran anda sebab anda dah sampai had bajet mingguan anda?

Eh… apa yang kami cuba nak sampaikan ni? 👀

Kami ingin beritahu anda yang menghantar pesanan dengan Lalamove akan jadi lebih syok lepas ini!

Anda sudah bersedia?

 

Mempersembahkan: Ganjaran Lalamove! 

Ganjaran Lalamove adalah program kesetiaan dengan konsep yang mudah: 

Anda akan menerima 1 LalaPoint bagi setiap RM1 yang dibelanjakan dengan penghantaran Lalamove. Setelah anda mencapai jumlah LalaPoints tertentu, anda boleh menggunakannya untuk menebus ganjaran.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh sertai kempen-kempen seperti kuiz, misi dan macam-macam lagi untuk menjana lebih banyak LalaPoints!

 

Cara Untuk Mendaftar

Daftar sebagai ahli Ganjaran Lalamove sekarang sebab kami nak bagi 1000 LalaPoints secara PERCUMA!

 

500 +500 LalaPoints Malay-1

 

1. Masuk ke akaun Lalamove anda melalui aplikasi telefon atau web. Klik ikon hamburger dan klik 'Ganjaran'.

 

Ganjaran Lalamove - Cara Mendaftar 1

 

2. Klik 'Sertai Sekarang' dan siap! Anda akan menerima RM3 kupon penghantaran dan 500 LalaPoints.

Dan... anda boleh dapat lagi 500 LalaPoints jika membuat pesanan sebagai ahli Ganjaran Lalamove!

 

Ganjaran Lalamove - Cara Mendaftar 2Dapatkan 1000 LalaPoints Dengan Percuma

 

Apakah Ganjaran Yang Disediakan?

Sebagai tanda penghargaan sokongan anda kepada kami, mestilah kami nak berikan anda ganjaran yang terbaik!

Pastikan anda selalu semak bahagian Ganjaran untuk melihat ganjaran terkini.

 

Lalamove Rewards (January 2025)

 

Kami akan menambah lebih ganjaran dari semasa ke semasa. Jadi pastikan anda lawat bahagian Ganjaran dalam aplikasi kami untuk melihat ganjaran lain yang kami sediakan untuk anda. 

 

Bagaimana Saya Boleh Lihat Ganjaran Lalamove Dalam Aplikasi?

Tekan ikon ‘hamburger’ pada bahagian atas kiri di laman Utama aplikasi kami untuk melihat Program Ganjaran. 

 

Ganjaran Lalamove - Cara Mendaftar 1

 

Jika anda tidak dapat melihat Ganjaran dalam aplikasi, ini bermaksud anda belum mengemaskini aplikasi Lalamove anda kepada versi terbaru. Sila kemaskini aplikasi untuk mendapatkan akses kepada program kesetiaan ini. 

Dalam laman Ganjaran, anda boleh melihat jumlah LalaPoints terkini anda dan jenis e-baucar yang disediakan. 

Anda juga boleh melihat berita terkini mengenai Lalamove Rewards yang anda tidak boleh lepaskan sekiranya anda ingin mengumpul lebih banyak LalaPoints!

Laman Ganjaran adalah seperti berikut:

 

Ganjaran Lalamove - Blog 1

 

Tekan ‘LalaPoints’ untuk melihat rekod LalaPoints anda.

 

Ganjaran Lalamove - Blog 2

 

Adakah anda sudah mengumpul LalaPoints yang mencukupi untuk mula menuntut ganjaran?

Syabas! Seperti yang anda boleh lihat di sini, kami mempunyai pelbagai ganjaran yang anda boleh pilih. Sebelum anda menuntut ganjaran, pastikan anda membaca arahan dan Terma dan Syarat terlebih dahulu.

 

Ganjaran Lalamove - Blog 3

 

Adakah anda telah menuntut ganjaran? Jika ya, anda kini boleh melihat ganjaran yang dituntut di bahagian ‘Ganjaran Dituntut’. Pilih ganjaran yang anda ingin tebus di bahagian ‘Aktif’ dan tekan ‘Tandakan Sebagai Sudah Digunakan’.

 

Ganjaran Lalamove - Blog 4

 

Setelah ganjaran telah digunakan, ganjaran tersebut akan beralih ke bahagian ‘Rekod’.

 

Ganjaran Lalamove - Blog 5

 

Ganjaran yang anda tidak boleh lepaskan boleh didapati di ‘Ganjaran Utama’. 

 

Ganjaran Lalamove - Blog 6

 

Di bahagian ‘Terkini’, anda boleh melihat pengumuman atau tawaran terkini kami. Pastikan anda menyemak dari semasa ke semasa agar anda tidak ketinggalan!

 

Ganjaran Lalamove - Blog 8

 

Mula Mengumpul LalaPoints Sekarang

Bersedialah untuk menikmati penghantaran yang lebih menarik dengan Lalamove.

Anda pasti akan rasa gembira melihat LalaPoints anda terkumpul dari semasa ke semasa dan anda dapat menebus ganjaran hebat dengan mudah.

Buat pesanan hari ini untuk mulakan pengalaman Ganjaran Lalamove anda!

Jana LalaPoints dan Tebus Ganjaran Bersama Lalamove

Read more