Tips Untuk Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan Lalamove

featured image

Tengah musim durian ni, jangan terperanjat kalau anda banyak terima job deliver durian. 

Walaupun orang Malaysia kebanyakkannya memang suka durian, kita semua tahu bahawa durian mempunyai aroma yang kuat. Kadang-kadang, boleh pening kepala dibuatnya!

Dalam blog ini, kami akan share cara-cara untuk untuk anda kurangkan atau hilangkan bau durian dalam kenderaan.

 

1. Elakkan Daripada Membiarkan Durian Dalam Kenderaan

 

durian dalam bahagian but kereta

 

Bila anda mengambil pesanan durian, pastikan anda menghantarnya kepada pelanggan secepat mungkin. 

Jangan biarkan durian terlalu lama dalam kenderaan kerana aromanya boleh melekat dalam kenderaan sampai 2 atau 3 hari! 

 

2. Simpan Di Tempat Bertutup

 

beberapa biji durian dalam bekas yang boleh ditutup dan kedap udara

 

Jika anda menghantar durian dalam kuantiti yang sedikit, anda boleh menyimpan durian tersebut dalam tempat bertutup seperti bekas kedap udara. 

Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan bau durian yang ‘tercicir’ dalam kenderaan anda.

Namun, jika anda menghantar durian dalam kuantiti banyak, elakkan daripada menyimpan durian di bahagian tempat duduk penumpang. 

Sebaliknya, simpan durian dalam but kenderaan anda. 

 

3. Utamakan Pengudaraan Yang Baik

 

rakan penghantar membuka tingkap lori untuk menghilangkan bau durian

 

Pengudaraan yang baik memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesegaran dalam kenderaan anda. 

Sekali-sekala, apa kata anda buka tingkap kenderaan untuk mengurangkan aroma durian yang kuat?

Ini penting jika anda mengambil pesanan durian Jarak Jauh yang memerlukan anda membuat penghantaran ke negeri lain.

 

4. Gunakan Bahan Penyerap Bau

 

serbuk kopi yang membantu untuk menghilangkan bau durian-1

 

Ni tip yang best dengan senang nak buat:

Anda boleh cuba letakkan bahan-bahan yang boleh menyerap bau yang kuat dalam kenderaan. 

Bahan-bahan seperti sisa kopi, arang, ekstrak vanilla dan baking soda dapat menyerap bau durian dengan baik. 

Anda boleh letakkan bahan-bahan ini di bahagian strategik seperti bawah tempat duduk atau di tempat letak minuman.

 

5. Bersihkan Kenderaan Dengan Kerap

 

rakan penghantar lalamove membersihkan dalam kereta untuk menghilangkan durian

 

Musim durian ini, anda kena rajin cuci kenderaan dengan kerap!

Bahagian seperti tempat duduk, tikar dan bahagian fabrik lain memerlukan perhatian lebih untuk dicuci. 

Bau durian yang melekat bukan sahaja boleh memeningkan kepala anda, malah boleh melekat ke barangan lain.

 

Hantar Durian Tanpa Pening Kepala

Dengan mengikut cara-cara di atas, anda boleh membebaskan kenderaan anda daripada bau durian. 

Barulah boleh hantar durian dengan lebih gembira!

Ambil Pesanan Durian Dengan Lalamove Hari Ini (Android)

Ambil Pesanan Durian Dengan Lalamove Hari Ini (iOS)

Read more