Bagaimana Lalabag Boleh Membantu Anda Dapat Banyak Pesanan | Lalamove

featured image

Sebagai rider, kita sentiasa nak cari cara untuk tambah baik servis penghantaran kita, betul tak?

“Kalau servis kita berkualiti, nak jana pendapatan lebih pun jadi mudah. Mesti customers pun ramai suka dengan servis kita!”

Kami setuju!

Kalau anda seorang rider Lalamove dan ingin tahu bagaimana penghantaran anda boleh jadi lebih cekap dan mudah, kami perkenalkan:

Lalabag!

Apa Itu Lalabag?

 

LALABAG

 

Lalabag adalah beg tahan haba, kalis air yang bersaiz 42 x 42 x 42 cm. Bukan sahaja luas, malah boleh bawa pesanan sehingga 10kg!

Selain itu, bahagian dalaman Lalabag juga boleh diubah mengikut kesesuaian pesanan anda.

Ciri ini memang menarik kalau anda nak simpan pesanan pelbagai jenis, tak kira saiz atau bentuk!

 

Jom Kami Tunjukkan Kenapa Lalabag Boleh Membantu Anda Dapatkan Lebih Pesanan

 

1) Jana Pendapatan Lebih

 

lalamove rider dengan lalabag

 

Tahukah anda:

Jika anda memiliki Lalabag, anda berpeluang untuk mendapatkan lebih pesanan berbanding dengan rider yang tidak memiliki Lalabag?

 

lalabag order

Selepas anda beli Lalabag, anda akan menerima pesanan yang mempunyai logo khas dalam aplikasi. Ini menunjukkan pelanggan mahu pesanan mereka dihantar menggunakan Lalabag.

Walaupun tiada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan, mereka pasti memilih Lalabag untuk memastikan pesanan mereka sampai dengan selamat. 

Secara tidak langsung, rider yang memiliki Lalabag akan dapat lebih banyak pesanan berbanding rider tanpa Lalabag. Betul tak?

 

2) Lebih Banyak Ruang

 

lalabag gif

 

Dengan saiz 42 x 42 x 42 cm, Lalabag sememangnya menjadi pilihan hati kebanyakan rider Lalamove. Ramai pelanggan pun suka Lalabag kerana inginkan penghantaran mereka lebih smooth dan selamat.

Lalabag ini sememangnya ideal untuk simpan pesanan berikut:

  • Makanan untuk jamuan kecil
  • Hadiah seperti bunga, teddy bear dan kasut
  • Peralatan pejabat bersaiz kecil 
  • Barangan runcit
  • Makanan sejuk atau panas

Malah, pesanan yang anda boleh bawa dengan Lalabag tidak terhad kepada senarai di atas sahaja. Rakan penghantar kami yang memiliki Lalabag pernah menghantar kit ujian kendiri Covid-19, spare parts kenderaan dan peralatan hardware.

Jadi, memiliki Lalabag bermaksud anda berpeluang untuk menerima semua jenis pesanan yang bersesuaian!

 

3) Penghantaran Makanan Lebih Efisien

lalamove food delivery

Disebabkan majoriti pesanan motosikal Lalabag adalah penghantaran makanan, ini bermakna Lalabag memberi lebih peluang untuk anda mengambil pesanan!

Disebabkan Lalabag ini tahan haba, jadi makanan yang dihantar pun boleh kekal panas. Pelanggan kita mesti lagi suka delivery makanan bila masih panas, betul tak? 

Jangan risau kalau nak hantar waktu hari hujan, Lalabag ini sememangnya kalis air. Jadi kalau hujan lebat sekalipun, pesanan mereka tidak akan terkesan.

Lalabag dijamin dapat membantu makanan pelanggan anda masih fresh dan sedap. Baru lah dapat rating 5 stars!

Berminat Nak Beli? Jom, Kami Tunjuk Cara Dapatkan Lalabag!

Nak jadi rider yang memiliki Lalabag?

Syaratnya mudah saja:

Anda harus menghantar gambar Lalabag anda dalam aplikasi Pemandu Lalamove setiap bulan. 

Dengan ini, kami boleh mengesahkan rider kami yang layak mendapatkan pesanan Lalabag. 

Ya, itu sahaja syaratnya!

Untuk pengetahuan anda, Lalabag boleh didapati dengan harga RM75 sahaja.

Buat masa sekarang, kami hanya menerima pembayaran melalui Online Banking. Pembayaran secara wang tunai tidak diterima.

Anda boleh walk-in untuk pembelian Lalabag. Namun, kami sarankan anda untuk jadualkan tarikh dan masa untuk pick-up Lalabag anda. Lebih mudah dan efisien! 

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk tempah slot pembelian Lalabag:

langkah pertama beli lalabag

langkah-langkah beli lalabag

pilih lokasi beli lalabag

pilih tarikh beli lalabag

sahkan pesanan lalabag

Untuk pembelian Lalabag, anda boleh dapatkan Lalabag di lokasi berikut:

 

Lalamove Driver Centre

69, Jalan Tpk 2/8, Taman Perindustrian Kinrara, 47100 Puchong, Selangor

Isnin - Jumaat: 10 am - 12 pm

Sabtu: 1 pm - 5 pm

Ahad dan Cuti Umum: Tutup

 

Lalamove Johor

G-100, Jalan Permas 15/1, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Isnin - Jumaat: 10 am - 12 pm

Sabtu: 1 pm - 5 pm

Ahad dan Cuti Umum: Tutup

 

Lalamove Penang 

01-02-02, Elit Avenue, Jln Mayang Pasir 3, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Isnin - Jumaat: 10 am - 12 pm

Sabtu: 1 pm - 5 pm

Ahad dan Cuti Umum: Tutup

 

Kalau anda dah dapatkan Lalabag, anda boleh rujuk video ini untuk pemasangan Lalabag:

 

 

Dah sedia nak hantar dengan Lalabag?

Beli Lalabag (iOS)Beli Lalabag (Android)

Read more