Bagaimana Jemz Group Mengurangkan Kos Operasi Dengan Lalamove

featured image

Selepas lebih sedekad berkecimpung dalam perniagaan, Jemz Group mengubah model perniagaan mereka untuk bergerak dengan perkembangan dunia yang semakin pesat.

Dengan Lalamove, Jemz Group bukan sahaja dapat memupuk budaya digitalisasi perniagaan malah dapat mengurangkan kos operasi.

Jom baca blog di bawah untuk lihat bagaimana Jemz Group bergerak bersama Lalamove sehingga kini.

 

Kepentingan Logistik Dalam Operasi Harian

 

bangunan jemz group di cheras

 

Ditubuhkan pada tahun 2005 oleh pengasas Jemizan Abu Bakar, Jemz Group adalah sebuah agensi pengiklanan dan reka bentuk kreatif.

Kini, Jemz Group menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk e-dagang, pencetakan dan multimedia.

Menurut kata Jemizan, logistik memainkan peranan utama bukan sekadar untuk merapatkan jurang antara pelbagai pihak, malah menjadi budaya kerja mereka.

“Logistik adalah satu alat komunikasi untuk Jemz Group menawarkan perkhidmatan yang cepat, berkualiti dan jaminan penghantaran kepada pelanggan.”

“Itulah yang membezakan Jemz Group dengan pesaing kami.”

Di Jemz Group, logistik harian mereka merangkumi pelbagai keperluan perniagaan, termasuklah penghantaran kad perniagaan sehinggalah barangan yang memerlukan kenderaan berskala besar seperti barangan pameran dan percetakan.

Jemz Group yang mula berkecimpung dalam industri acara seperti konsert juga memerlukan logistik untuk melengkapi keperluan pentas dan dewan. 

 

Cabaran Flit Persendirian

 

jemizan abu bakar pengasas jemz group

 

Sebelum Jemz Group mendaftar untuk Akaun Perniagaan Lalamove, agensi ini sememangnya selesa dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Lalamove. 

Disebabkan Jemz Group memiliki flit sendiri, jadi penggunaan Lalamove mereka tidak sekerap berbanding sekarang. 

Flit Jemz Group sebelum ini merangkumi dua orang pekerja dan seorang pemandu van. Kekerapan permintaan yang masuk menyebabkan pelbagai cabaran mulai timbul, di mana sehingga 40% penghantaran tidak dapat dipenuhi sebaiknya.

Malah, Jemz Group juga terpaksa menggunakan tenaga kakitangan lain untuk membantu penghantaran.

 

Penjimatan Sehingga RM3,000 Dengan Lalamove

 

rakan pemandu lalamove selesai mengambil barangan jemz group dengan van besar 9 kaki

 

Cabaran logistik Jemz Group berlanjutan sehingga pandemik Covid-19 melanda.

Jemizan berkata, pandemik memaksa Jemz Group untuk menukar model perniagaan mereka. Pelbagai aspek harus dirombak semula demi memastikan kelangsungan perniagaan.

Oleh itu, Jemz Group mula mendaftar untuk Akaun Perniagaan Lalamove dan menggunakan flit Lalamove yang luas sepenuhnya untuk keperluan logistik Jemz Group sehingga kini.

Dengan Lalamove, Jemizan berkata mereka dapat menikmati penjimatan kos yang tinggi. 

Sebagai contoh, flit persendirian menelan kos sebanyak RM4,500 yang merangkumi gaji pekerja, kos kerja lebih masa dan kos operasi kenderaan. 

 

“Tapi dengan Lalamove, saya boleh jimat RM3000. Kos semasa saya dengan Lalamove sekarang kurang daripada RM1000 dan saya boleh capai penghantaran yang maksimum.”

 

Jemizan juga menambah bahawa flit persendirian tidak dapat menghantar pelbagai barangan dalam satu masa disebabkan kekangan jumlah kenderaan. 

Jadi mereka terpaksa menunggu pemandu van untuk melengkapkan penghantaran sebelum boleh membuat penghantaran yang seterusnya.

“Flit persendirian mengambil masa yang lama dan hanya boleh pergi ke tiga ke lima lokasi sahaja dalam sehari.”

 

“Lalamove membantu kami untuk menghantar banyak pesanan ke pelbagai tempat dalam satu masa," kata Jemizan.

 

Bagaimana Lalamove Menyokong Projek Terbesar

 

pengasas jemz group jemizan abu bakar bersama van miniatur tomica lalamove-1

 

Dengan kelebihan yang ditawarkan oleh Lalamove, Jemz Group lebih yakin untuk mengambil projek berskala besar.

Projek terbesar yang pernah diuruskan oleh Jemz Group memakan masa selama 90 hari berturut-turut.

Ini bermakna Jemz Group memerlukan kenderaan besar yang dapat menampung penghantaran dari pelbagai tempat dengan cekap dan pantas.

“Untuk projek ini, saya gunakan Lori Besar 14-kaki dari Lalamove dan jadualkan pesanan untuk dihantar pada waktu pagi dan diambil pada waktu petang.”

“Semua penghantaran berjalan dengan lancar untuk 90 hari berturut-turut. Kami  menerima maklum balas yang baik dari semua pihak yang terlibat.”

 

Lengkapkan Perniagaan Anda Dengan Lalamove

Jika anda menghadapi cabaran untuk menguruskan flit persendirian dan ingin mengurangkan kos seperti Jemz Group, daftarlah untuk Akaun Perniagaan Lalamove sekarang!

Anda dapat menikmati pelbagai kelebihan logistik perniagaan, termasuklah khidmat pengurus akaun Lalamove anda sendiri.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi pasukan Perniagaan kami di bd.my@lalamove.com

Daftar Untuk Akaun Perniagaan Lalamove Sekarang

Read more