Manfaat Subsidi Diesel PETRONAS Untuk Rakan Pemandu Lalamove

featured image

Berita baik untuk para pengguna bahan api diesel!

Pada bulan Jun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif subsidi diesel untuk membantu meringankan beban anda.

Dengan inisiatif ini, Lalamove mengambil peluang  untuk bekerjasama dengan PETRONAS untuk membantu rakan pemandu van dan lori yang kami hargai.

Jom kami terangkan serba sedikit tentang Kad Subsidi Diesel PETRONAS ini.

 

Apa Itu Kad Subsidi Diesel PETRONAS?

 

Kad Subsidi Diesel PETRONAS

 

Kad Subsidi Diesel PETRONAS adalah inisiatif dari PETRONAS untuk membantu kerajaan memudahkan pengguna bahan api diesel.

Tanpa kad ini, anda tidak boleh mendapatkan subsidi diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Jom kita lihat bagaimana Kad Subsidi Diesel PETRONAS dapat membantu rakan-rakan pemandu Lalamove.

 

Bagaimana Inisiatif Ini Boleh Membantu Anda?

 

Rakan Pemandu Lalamove semasa pendaftaran Kad Subsidi Diesel PETRONAS-1

 

Dengan adanya kad ini,rakan-rakan pemandu Lalamove van dan lori boleh memantau perbelanjaan diesel bulanan dengan lebih terperinci. 

Anda juga boleh mengakses butiran-butiran terkini akaun dengan lebih mudah.

Baru-baru ini, pihak PETRONAS hadir ke Lalamove Driver Centre untuk membantu rakan pemandu Lalamove untuk mendaftar kad subsidi diesel.

 

Suman, Rakan Pemandu Lalamove (2) (1)

 

Encik Suman, salah seorang rakan pemandu Lalamove, berkongsi:

“Saya sudah tiga tahun menjadi rakan pemandu Lalamove sepenuh masa. Dengan adanya subsidi ini, ia memudahkan lagi urusan saya untuk menjadi rakan pemandu Lalamove.

“Sudah tentu subsidi ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan saya sebagai pemandu lori.”

 

Jom Daftar Sebagai Rakan Pemandu Lalamove Sekarang!

 

Kad subsidi ini juga  menawarkan ciri-ciri seperti pembayaran fleksibel, dimana anda boleh memilih daripada pelbagai kaedah pembayaran seperti prabayar dan pascabayar.

Selain itu, dengan Kad Subsidi Diesel PETRONAS, anda mempunyai tempoh kredit 30 hari tanpa faedah (tertakluk kepada penilaian kredit).

Encik Lawrence, seorang rakan pemandu Lalamove yang membawa lori 1 tan juga berkongsi:

“Seperti yang kita tahu, kos penyelenggaraan lori adalah sangat tinggi. Jadi, dengan adanya subsidi ini, saya dapat menjimatkan kos penyelenggaraan bulanan lori saya.”

Bagi rakan pemandu Lalamove yang mempunyai van atau lori, ini adalah cara terbaik untuk anda berjimat. 

Jadi apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!

Daftar Kad Subsidi Diesel PETRONAS

Read more