Pengorbanan Rakan Pemandu Lalamove Bernama Mukshin | Edisi Hari Bapa
Sambutan Hari Bapa semestinya istimewa kerana ia merupakan hari yang disambut untuk menghargai pengorbanan seorang ayah.
Bagi Mukhsin, seorang pemandu Van 7-kaki, pengorbanan itu lumrah dalam kehidupannya demi menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk isteri dan anak-anak.
Mukhsin yang berasal dari Johor bekerja sebagai pemandu Lalamove sepenuh masa di sekitar kawasan Skudai, manakala keluarganya tinggal di Mersing.
Walaupun jarak dan masa memisahkan mereka, ini tidak menghalang Mukhsin untuk terus membahagiakan keluarganya, termasuk dengan bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove untuk mencari rezeki.
Jom kenali Mukshin dengan membaca blog ini:
Hai Mukhsin, boleh ceritakan rutin harian anda sebagai rakan pemandu Lalamove?
Setiap hari, saya akan bangun awal pagi untuk solat dan sarapan. Kemudian, saya akan mula ambil job dalam app Lalamove Driver.
Kebiasaanya saya akan ambil job dari Skudai ke Ulu Tiram. Kalau saya tak ada job di luar Johor, saya akan balik rumah dalam pukul 5:00 petang untuk mengelak kesesakan lalu lintas.
Tapi kalau saya ambil pesanan Jarak Jauh ke Kuala Lumpur, saya akan pulang ke rumah selalunya dalam pukul 11:00 malam.
Berapakah jumlah pesanan Jarak Jauh anda akan ambil dalam seminggu?
Dalam seminggu saya akan ambil dalam tiga atau empat pesanan Jarak Jauh. Kadang-kadang jika saya ambil pesanan Jarak Jauh ke Kuala Lumpur, saya akan berehat di sana dalam dua hari.
Saya suka ambil pesanan Jarak Jauh kerana di Kuala Lumpur memang job sangat meriah. Terlampau banyak. Paling tinggi pendapatan saya pernah dapat dengan penghantaran Jarak Jauh adalah RM500. Memang syok kerja!
Adakah anda menghadapi cabaran sebagai rakan pemandu sewaktu anda mula bekerja?
Hari pertama saya menjadi rakan pemandu tidaklah begitu mencabar. Namun, kita perlukan banyak pengalaman untuk faham cara untuk menang job.
Sebagai contoh, pada awalnya saya akan ambil pesanan yang jauh dalam Johor kerana pesanan tersebut bernilai tinggi.
Tetapi selepas beberapa bulan, saya mula hafal kawasan hotspot di Johor dan Kuala Lumpur. Ini menjimatkan masa saya daripada menunggu. Ia juga mendatangkan banyak keuntungan.
Ada tips yang anda boleh berikan kepada rakan pemandu Lalamove baru?
Bagi saya, kita kena sentiasa ‘online’ dalam aplikasi Lalamove Driver. Sebab kadang-kadang job berjadual akan masuk dalam aplikasi pada waktu malam. Setiap malam sebelum tidur, saya akan terus terima pesanan berjadual. Jadi esok saya akan terus hantar pesanan tersebut. Tidak perlulah saya menunggu pagi-pagi untuk pesanan saya masuk.
Boleh ceritakan tentang keluarga anda?
Saya dan keluarga berasal dari Mersing. Itulah tempat di mana saya dilahirkan, bersekolah sehinggalah saya berjumpa dengan isteri tercinta. Kami mempunyai dua orang anak berumur 11 tahun dan 9 tahun.
Mukhsin kini tinggal jauh dari keluarga. Adakah pengalaman ini mencabar untuk anda sekeluarga?
Dari dulu saya tak pernah berpisah dengan keluarga. Saya pernah bekerja di Singapura, tapi saya tetap bawa keluarga bersama dengan saya.
Tapi bila sekarang saya duduk berjauhan dengan mereka, ia sememangnya mencabar. Saya memang rindu dengan keluarga.
Bila saya sedang buat job Lalamove, memang saya selalu rindu anak-anak. Tapi yang best bila kita jadi rakan pemandu Lalamove ni, saya boleh balik jumpa keluarga bila-bila saya mahukan. Tidak perlu saya mohon cuti kerja dari bos. Saya nak cuti lama pun boleh.
Bagaimana anda membuat keputusan untuk tinggal jauh dari keluarga untuk menjadi rakan pemandu Lalamove?
Dulu saya ada perniagaan bersama isteri di Mersing. Tapi lumrah bila berniaga, mesti akan ada hari-hari yang perlahan. Jadi saya mencari jalan untuk tambah pendapatan. Bila saya nampak iklan Lalamove di Facebook, saya terus mendaftar.
Sebagai rakan pemandu baru, mesti kita akan mengharungi cabaran dulu kan?
Tapi saya tak nak mudah putus asa, kerana yang paling penting saya nak cari rezeki untuk isteri dan anak-anak saya. Mula-mula saya nak cuba untuk sebulan sahaja jadi rakan pemandu Lalamove, tapi lama-lama saya dah terbiasa. Sampai sekarang saya buat Lalamove.
Siapa sokongan utama dalam hidup?
Mestilah isteri dan anak-anak saya. Bila saya penat bekerja, saya suka tengok gambar keluarga saya untuk memberikan saya semangat. Kadang-kadang semasa buat job, saya akan telefon isteri untuk mendapatkan kata-kata semangat.
Adakah impian Mukhsin dalam kehidupan?
Saya nak berjaya dalam hidup agar saya boleh naik taraf hidup saya. Saya datang dari keluarga susah, jadi saya sentiasa nak berbakti untuk keluarga saya. Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya juga nak buat ayah saya bangga.
Apa harapan untuk keluarga?
Untuk ibu bapa saya, saya harap mereka sentiasa sihat untuk lihat saya berjaya dalam hidup.
Untuk isteri dan anak-anak saya pula, saya nak mereka juga sentiasa bahagia dan sihat. Saya tak nak mereka sedih, biar saya sahaja yang sedih. Saya nak mereka sentiasa gembira.
Terima Kasih, Papa Lalamove!
Di Lalamove, kami sentiasa menghargai pengorbanan semua rakan pemandu Lalamove yang bergelar ayah atas bakti mereka kepada keluarga.
Jika anda ingin menambah pendapatan demi keluarga seperti Mukhsin, inilah masanya untuk anda sertai Lalamove.
Bukan sekadar pendapatan tambahan, anda juga boleh menikmati insentif sampingan, ganjaran rujukan dan faedah eksklusif dari pelbagai jenama!
Selamat Hari Bapa!