Lalamove Jom Move Challenge: 5 Tips Untuk Naik Ke 3 Tempat Teratas

featured image

Hai hero Lalamove!

Kami ada beberapa tips nak kongsi dengan anda untuk naik ke tempat 3 teratas dalam peraduan Lalamove Jom Move Challenge.

Anda nak tahu bagaimana? Jom baca lebih lanjut.

 

1. Ambil Pesanan Dengan Strategi

 

lalamove lorry driver handing items to user

Nak ambil semua pesanan yang keluar dalam notifikasi anda memang nampak mudah. 

Tetapi, dalam peraduan ini, strategi dalam memilih dan menerima pesanan amatlah penting!

Tip #1: Terima pesanan yang berjarak dekat semasa waktu puncak supaya lebih cepat diselesaikan. Walaupun pesanan jarak dekat kelihatan kecil nilainya, ia dapat membantu anda untuk meningkatkan lebih banyak jumlah pesanan yang diselesaikan.

Tip #2: Bagi pesanan jarak jauh, ambil selain dari waktu puncak untuk pendapatan yang lebih stabil.

 

2. Kenali Kenderaan Anda

Lalamove vehiclesTidak kira apa jenis kenderaan yang anda bawa, setiap kenderaan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Sebagai contoh, motosikal boleh bergerak lebih laju, tetapi van boleh menyelesaikan pesanan yang berharga tinggi.

Tip: Gunakan kelebihan kenderaan anda dan ambil pesanan yang sesuai dengan kelajuan dan ruang kenderaan.

 

3. Ambil Pesanan Di Kawasan Hotspot

 

hotspot area

Rancang permulaaan kawasan untuk anda menerima pesanan. Kami sarankan anda untuk mula mengambil pesanan di kawasan hotspot.

Tip: Sertai saluran WhatsApp rasmi Lalamove untuk maklumat lanjut mengenai kawasan hotspot di Lembah Klang.

Untuk penghantaran: Saluran WhatsApp Lalamove Driver Malaysia

Untuk Ride: Saluran WhatsApp Lalamove Ride Malaysia

 

4. Kekalkan Rating 5 Bintang

 

Keep The 5-Star Rating

Anda tahu apa yang membezakan pemandu yang baru dengan otai-otai lama? Mestilah kepuasan pelanggan!

Tip: Berkomunikasi dengan jelas bersama pelanggan, tepati masa dan buat setiap pesanan dengan sepenuh hati.

Pelanggan yang gembira boleh membantu anda mendapatkan penilaian yang baik dan mengurangkan pembatalan pesanan.

 

5. Sentiasa Konsisten Dalam Mengambil Pesanan

 

Lalamove Ride Driver Malaysia

Untuk mendapatkan tempat ketiga teratas bukanlah mudah! Semuanya bergantung kepada usaha dan prestasi yang anda berikan.

Tip: Walaupun anda tidak boleh untuk mengambil pesanan setiap hari, anda hanya perlu kekal konsisten dan tingkatkan masa penyelesaian pesanan.

 

Terus Maju Untuk Menang

 

Lalamove Jom Move Challenge BM

Ini adalah peluang yang terbaik untuk anda membawa pulang lebih banyak duit sempena cuti hujung tahun.

Daftar ➡️ Selesaikan Pesanan ➡️ Menang

Jom sertai Lalamove Jom Move Challenge dan jadikan setiap pesanan lebih bermakna!

Sertai Sekarang Dan Menang Sehingga RM12,000

Read more