Lalamove Park Tepi Jap!: Ciri Terbaru Aplikasi Lalamove Driver Memang Membantu
Pernah tak anda alami situasi di mana anda perlu menunggu job masuk selama beberapa jam?
Anda tak keseorangan! Sebab rakan pemandu Lalamove kami, Shahrizal juga kadang-kadang mengalami perkara yang sama.
Untuk membantu rakan pemandu mengambil job dengan mudah, Lalamove memperkenalkan tiga ciri baru dalam aplikasi Lalamove Driver, iaitu ciri Penapis Pesanan, Laluan Sama dan Peta Haba.
Selain mengupas kisah kehidupan Shahrizal dan Hafizie sebagai rakan pemandu dan pembantu Lalamove dalam siri podcast Lalamove Park Tepi Jap!, kami juga sempat berbual tentang ciri-ciri yang baru diperkenalkan.
Jom kita baca apa kata Shahrizal tentang kemas kini ini!
Tiga Ciri Baru Yang Boleh Bantu Rakan Pemandu
Setiap ciri baru yang diperkenalkan dalam aplikasi Lalamove Driver mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk membantu rakan pemandu mengurus pesanan dan masa dengan bijak.
Shahrizal, seorang rakan pemandu Van Besar 9-kaki ini juga menggunakan ciri terbaru ini dengan sebaik-baiknya.
Antara ciri aplikasi yang ada seperti:
1. Penapis Pesanan
.jpg?width=350&height=700&name=New%20Lalamove%20Driver%20App%20Feature%20-%20Order%20Filter%20(3).jpg)
Rakan pemandu boleh menapis pesanan mengikut jenis perkhidmatan, masa pengambilan dan macam-macam lagi.
Selepas anda aktifkan ciri penapis ini, anda boleh melihat job yang dipilih melalui tab ‘Lain-lain’.
Untuk Shahrizal, dia menggunakan ciri ini dengan mengaktifkan jenis perkhidmatan bagi kenderaan Van 7-kaki dan Van Besar 9-kaki.
Dengan ciri ini, Shahrizal boleh melihat job dengan lebih mudah dan bersesuaian dengan kenderaan yang dipandu.
Nota: Anda akan tetap menerima notifikasi untuk semua job yang sesuai dengan kenderaan anda pada tab ‘Laman Utama’.
2. Laluan Sama

Mengambil pesanan jarak jauh akan jadi lebih berbaloi apabila ada pesanan yang sehaluan dengan jalan pergi atau pulang.
Dengan ciri Laluan Sama, rakan pemandu boleh mengurangkan perjalanan kosong sebelum atau selepas selesai job.
Ciri Laluan Sama ini membantu Shahrizal untuk mendapatkan pesanan yang menuju ke arah perjalanan pulang.
“Bagi yang takut tak dapat job balik tu bolehlah cuba gunakan ciri terbaru ni”, tambah Shahrizal.
Daripada balik dengan tangan kosong, boleh lah rakan pemandu cuba aktifkan ciri Laluan Sama!
3. Peta Haba

Anda pernah tunggu lama di satu kawasan tapi job masih tak masuk-masuk?
Dengan ciri Peta Haba, rakan pemandu boleh melihat kawasan yang mempunyai permintaan tinggi secara masa nyata melalui paparan warna pada peta lokasi.
Bagi Shahrizal, ciri Peta Haba ini sangat berguna baginya.
“Kalau saya tunggu order lama, saya buka je Peta Haba tu. Kalau dekat kawasan saya tu tak ada yang warna oren tu, saya akan pergi terus ke tempat yang ada banyak warna oren,” kata Shahrizal.
Selain itu, ciri Peta Haba ini dapat menjimatkan masa.
Daripada rakan pemandu menunggu satu hingga dua jam di kawasan yang kurang permintaan, lebih baik aktifkan ciri Peta Haba dan terus ke lokasi yang banyak permintaan!
Ambil Job Lalamove Dengan Lebih Cermat
Dengan ciri-ciri yang ada, anda boleh menjimatkan masa dan susun strategi pengambilan job supaya anda dapat memaksimumkan pendapatan harian.
Strategi yang bijak akan menghasilkan pulangan yang banyak. Jom ambil pesanan dengan lebih bijak macam Shahrizal!
Ikuti siri penuh podcast Lalamove Park Tepi Jap! di laman media sosial Instagram atau TikTok rasmi Lalamove.
