6 Makanan Buka Puasa Yang Mengenyangkan Untuk Pemandu Lalamove
Hai rakan pemandu Lalamove!
Macam mana rutin bulan puasa 2026 anda setakat ini? Mesti banyak yang berubah, kan?
Tetapi, walaupun rutin banyak yang berubah, makanan ketika waktu berbuka mesti tetap onz!
Ini adalah enam idea makanan buka puasa mengenyangkan yang anda boleh cuba.
1. Sandwic, Tortilla Atau Wrap

Kalau nak sesuatu yang ringkas tapi tetap kenyang, sandwic, tortilla atau wrap memang pilihan terbaik.
Tak perlu sediakan pinggan atau sudu, anda tinggal pegang dan makan je.
Untuk lebih mengenyangkan, tambahkan protein seperti:
🍳 Telur hancur atau telur rebus
🍗 Ayam grill atau ayam cincang
Jangan lupa juga masukkan sayur-sayuran seperti:
🥬 Salad
🍅 Tomato
🥬 Timun
Gabungan protein dan sayur bukan saja dapat bagi tenaga, tetapi juga lebih seimbang untuk badan yang kuat bekerja.
2. Nasi Goreng, Bihun Goreng Atau Mi Goreng

Kalau sebut makanan yang mengenyangkan, mesti ada yang terfikir menu goreng-goreng yang popular di Malaysia.
Mi goreng, nasi goreng, bihun goreng atau kuey teow goreng memang tak pernah mengecewakan.
Jadikan hidangan berbuka anda lebih berkhasiat dengan menambah:
🥩 Daging
🍗 Ayam
🥚 Telur
🦐 Udang
🐙 Sotong
Dan seimbangkan dengan sayur seperti:
🥬 Sawi
🥕 Lobak merah
3. Bubur Berlauk
Mungkin ada sesetengah pemandu yang lebih suka untuk berbuka dengan makanan yang sedikit ringan.
Bubur berlauk boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda kerana ia lembut dan lebih mudah dihadam.
Antara lauk yang boleh ditambah:
🍗 Ayam cincang
🥚 Telur masin
🐟 Ikan bilis
🍛 Paru
🧽 Tempe
Nak lagi padu? Tambahkan sayur seperti:
🥬 Kangkung belacan
🍆 Sambal terung
🥦 Sayur campur
Walaupun hidangan ini nampak ringkas, dengan lauk dan protein yang cukup memang boleh mengenyangkan.
4. Overnight Oats

Untuk yang nak pilihan lebih sihat dan cepat, overnight oats memang sesuai. Tak perlu masak, anda hanya perlu campurkan semua bahan dalam bekas tertutup.
Bila nak makan, tambahkan buah seperti:
🍌 Pisang
🫐 Beri
🍓 Strawberi
🥭 Mangga
Makanan ini ringan tapi tinggi dengan serat yang boleh beri anda tenaga berpanjangan dan sesuai untuk pemandu yang nak elak rasa mengantuk selepas berbuka.
5. Nasi Butter Dan Ayam Popcorn

Kalau anda rasa nak makan sedikit berat, nasi butter dan ayam popcorn memang ngam!
Tak perlu masak menu rumit, cukup masak nasi dengan butter dan goreng ayam yang dipotong kecil supaya mudah untuk dimakan.
6. Pasta

Pasta pun antara menu yang mudah untuk disediakan dan boleh dipelbagaikan ikut selera.
Anda boleh pilih jenis pasta seperti spageti, makaroni atau penne dan padankan dengan protein yang anda suka.
Pasta ini memang sesuai untuk pemandu yang nak kelainan untuk makanan berbuka.
Perut Kenyang, Hati Pun Senang
Hidangan yang mudah dan boleh memberi anda tenaga sangat membantu ketika bulan Ramadan ini.
Jadi, pilih makanan yang cukup dengan karbohidrat, protein dan sayur-sayuran supaya anda dapat kekal fokus dan produktif ketika bekerja.
Semoga idea makanan buka puasa ini dapat membantu anda yang sentiasa gigih mencari rezeki di jalan raya.
Selamat berpuasa!
