7 Makanan Yang Wajib Ada Untuk Rumah Terbuka Hari Raya Anda

Musim rumah terbuka datang lagi!
Pening nak fikir makanan apa yang anda nak hidang kepada para tetamu untuk rumah terbuka?
Jom kami kongsikan tujuh jenis makanan yang confirm jadi kesukaan para tetamu!
1. Rendang Ayam Atau Daging
Tak lengkaplah open house Hari Raya tanpa hidangan rendang di atas meja!
Tak kira rendang ayam atau daging, menu wajib ada ini pasti menjadi pilihan utama para tetamu anda.
Anda boleh padankan hidangan ini dengan nasi putih, pulut kuning, ketupat atau lemang.
2. Sate, Nasi Impit Dan Kuah Kacang
Nak menu yang lebih ringan dan santai untuk para tetamu?
Sate yang dihidangkan bersama nasi impit dan kuah kacang adalah jawapannya!
Jangan lupa juga untuk tambahkan timun dan bawang bagi melengkapkan hidangan anda.
3. Soto Ayam
Hidangan soto ayam ini lengkap dengan hirisan ayam, begedil, sayur-sayuran ini memang confirm boleh bagi tetamu anda kenyang.
Kenyang sampai penat nak berjalan!
Siapa je tak nak hirup sup panas-panas kan?
4. Nasi Tomato
Jika anda nak buat rumah terbuka pada waktu tengah hari atau malam, kami cadangkan anda untuk hidangkan makanan yang lebih berat dan mengenyangkan.
Salah satu hidangan berat tetapi mudah yang anda boleh buat adalah nasi tomato bersama ayam masak merah.
Selain ayam masak merah, nasi tomato juga memang perfect kalau dihidangkan bersama lauk tambahan seperti ayam masak bawang atau daging masak hitam
Oh, jangan lupa juga acar timun dan papadom ya!
5. Spaghetti Bolognese
Nak kan kelainan untuk rumah terbuka anda?
Anda boleh cuba untuk menghidangkan menu “western” untuk tetamu.
Selain daripada spaghetti bolognese, anda juga boleh tambahkan hidangan lain seperti meatballs, spaghetti carbonara atau mash potatoes.
Kalau ada bajet lebih, boleh la anda tambah kambing bakar sekali!
6. Rojak Mamak
Rojak Mamak adalah salah satu hidangan yang jarang dibuat orang semasa rumah terbuka.
Tetapi percaya lah, hidangan ini akan menjadi tumpuan para tetamu anda.
Susah tau nak jumpa rumah terbuka yang hidangkan Rojak Mamak!
7. Kuih Raya
Rumah terbuka tapi tak ada kuih raya?
Tak syok lah macam tu!
Pastikan balang kuih raya anda penuh dengan kuih-kuih kegemaran orang ramai seperti Tart Nenas, Cornflakes Madu, Kuih Makmur dan macam-macam lagi.
Nak Kami Bantu Meriahkan Rumah Terbuka Anda?
Persiapan yang rapi dapat membantu anda mengadakan rumah terbuka yang lancar.
Nak lebih meriah dan tenang, guna je Lalamove untuk mengambil dan menghantar barang persiapan rumah terbuka!
Sama ada anda nak hantar katering makanan atau khemah, semuanya kami boleh hantarkan dengan pantas.
Selamat Hari Raya!
Baca lebih lanjut: