Inilah Cara Pemandu Van Lalamove Menyambut Deepavali Yang Meriah!
Kegembiraan, kasih sayang dan kebijaksanaan. Deepavali sememangnya tidak lengkap tanpa nilai-nilai ini.
Uthashanker Muthusamy, lebih mesra dikenali sebagai Abang Shanker, percaya nilai-nilai murni ini adalah resepi untuk sambutan Deepavali yang lebih ceria bersama orang tersayang.
Beliau seronok memandu Van 9-kaki untuk penghantaran, dan kerjaya beliau sebagai seorang pemandu Lalamove memberi peluang untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.
Baca blog ini untuk tahu lebih lanjut mengenai perjalanan beliau sebagai pemandu Lalamove dan persiapan untuk menyambut Deepavali.
Bagaimana anda mengetahui tentang Lalamove dan mengapa anda menjadi seorang rakan pemandu?
Saya pernah berborak dengan abang saya sebelum ini tentang perjalanan kerjaya saya. Abang saya berkongsi tentang peluang menarik untuk bekerja bila-bila masa dan jana pendapatan sampingan bersama Lalamove. Jadi, saya pun mendaftar sebagai rakan pemandu.
Saya pernah bekerja sebagai pemandu Lori, memang saya tiada masa untuk bersama dengan keluarga. Bila saya sertai Lalamove, memang nampak banyak perbezaan.
Apakah kenangan yang tidak boleh dilupakan sebagai pemandu Lalamove?
Antara kenangan paling seronok buat saya adalah apabila saya menerima pelanggan yang menghargai servis penghantaran saya.
Saya pernah mendapat pelanggan dari Klang yang memberikan saya tips RM100 dan rating 5 bintang dalam aplikasi. Bila teringat balik, memang saya lebih semangat untuk memberikan servis yang terbaik.
Bolehkan anda menceritakan rutin harian anda sebagai rakan pemandu?
Masa itu emas, jadi saya tidak akan membazir masa dan mulakan pesanan pertama saya pukul 8 pagi.
Pesanan saya merangkumi penghantaran besar untuk pelanggan, terutama sekali untuk pindah rumah atau pejabat. Jadi memang makan masa untuk lengkapkan pesanan. Selepas itu saya akan makan tengah hari sekitar jam 12.
Selepas makan, saya akan sambung mengambil pesanan dan kerja saya akan tamat sekitar pukul 7 malam.
Bagaimana anda mencapai sasaran pendapatan harian anda?
Menjana sehingga beberapa ratus Ringgit dalam sehari tidak mustahil jika kita bekerja keras untuk mencapai sasaran.
Untuk mencapai sasaran harian saya, saya akan bekerja keras dari Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu pula, saya akan lebih relaks dan hanya akan bekerja sehingga 1:30 petang.
Walaupun tidak mencapai sasaran, saya akan utamakan masa bersama keluarga. Hari Ahad memang saya tidak akan bekerja dan bersama keluarga sahaja.
Boleh ceritakan tentang sambutan Hari Deepavali anda?
Sambutan Deeavali paling seronok mestilah dengan keluarga saya.
Tetapi selepas saya berkahwin, sambutan jadi lebih meriah oleh kerana isteri dan anak-anak saya.
Sejak kecil, saya memang suka sambut Deepavali disebabkan makanan yang enak.
Antara makanan Deepavali kegemaran saya adalah kari kambing dan ayam. Kari kambing kalau makan dengan nasi panas, memang sedap. Rasa tak lengkap sambut Deepavali tanpa kari kambing!
Bagaimana persiapan anda untuk menjana pendapatan sempena Deepavali?
Saya akan cuba sasarkan pendapatan RM300 sehari tapi untuk Deepavali, saya akan cari rezeki RM50 lebih banyak.
Oleh itu, saya akan bekerja lebih keras agar saya boleh membeli baju baru untuk keluarga saya dan membantu mereka untuk menyambut Deepavali meriah dengan pendapatan saya.
Sambut Deepavali Yang Lebih Istimewa Dengan Lalamove
Sama seperti Abang Shanker, anda juga boleh menikmati Deepavali yang lebih istimewa bila anda menyertai Lalamove sebagai rakan pemandu!
Jana pendapatan sampingan dan nikmati waktu kerja fleksibel serta ganjaran istimewa Deepavali dengan Lalamove.
Lalamove mengucapkan Selamat Hari Deepavali! Semoga sambutan anda lebih meriah bersama keluarga tercinta!