Hari Bahasa Isyarat Sedunia 2024: Atlet, Chef Berbakat Dan Pemandu OKU Lalamove

featured image

Bagi orang ramai, golongan OKU adalah Orang Kurang Upaya yang memiliki kekurangan sama ada dari segi fizikal atau  mental.

Namun di Lalamove, kami percaya bahawa OKU bermaksud Orang Kuat Usaha kerana semua rakan pemandu OKU kami amatlah berbakat dan rajin bekerja! 

Sempena Hari Bahasa Isyarat Sedunia 2024, Lalamove menemu ramah Muhammad Al Azmeen yang sudah hampir empat tahun bekerja sebagai rakan pemandu Lalamove.

Lebih dikenali sebagai Azmeen, beliau bukan sahaja rakan pemandu yang rajin bekerja, malah merupakan bekas atlet olahraga dan chef yang berbakat!

Jom kenali Azmeen dan ketahui faedah yang dinikmati sebagai rakan pemandu Lalamove OKU dalam blog ini!

 

Atlet Cemerlang Di Bangku Sekolah

 

muhammad al azmeen lalamove driver with his medals

 

Azmeen merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Membesar dan menetap di Shah Alam, Azmeen sememangnya rapat bersama keluarga dan sentiasa meluangkan masa bersama.

Di bangku sekolah, bakat Azmeen mula menyerlah bukan sahaja dalam akademik malah sebagai sebagai seorang atlet!

 

al azmeen receiving medal as a state champion

 

Sebagai seorang OKU pendengaran, kekurangan yang dihadapi tidak menghalang Azmeen untuk aktif menceburi bidang sukan.

Malah, Azmeen juga bersinar sebagai juara dalam pelbagai pertandingan.

Dalam sebuah fail berwarna biru, Azmeen menunjukkan semua sijil-sijil kemenangan yang diperolehi sebagai seorang atlet olahraga.

Antara pencapaian yang paling Azmeen bangga adalah beliau pernah mewakili negeri Selangor untuk Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dalam acara 4 x 100 meter.

 

lalamove driver muhammad al azmeen in the newspaper

 

Chef Berbakat Di Zaman Universiti

Selepas tamat persekolahan, Azmeen menceburi bidang kulinari dan hospitaliti di universiti. 

Pengalaman yang mendewasakan ini mempunyai pelbagai cabaran, namun ia tidak menjadi halangan sepenuhnya untuk Azmeen berjaya dalam bidang masakan.

Dengan ilmu yang diperolehi, Azmeen mula bekerja sebagai seorang tukang masak di pelbagai restoran.

Dari restoran makanan segera sehinggalah katering, Azmeen menyerlah dalam semua bidang yang diceburi.

Apabila ditanya tentang masakan kegemaran, Azmeen menjawab dalam bahasa isyarat:

Masakan udang mentega atau butter prawn.

Malah, masakan Azmeen juga menjadi kegemaran seisi keluarga!

 

Kehidupan Sebagai Rakan Pemandu OKU

 

muhammad al azmeen lalamove driver

 

Selepas pandemik melanda pada tahun 2020, kerjaya Azmeen terjejas sebagai seorang chef.

Ini mendorong Azmeen untuk mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove pada awal tahun 2020. 

Rutin Azmeen sebagai rakan pemandu bermula pada 11:00 pagi setiap hari.

Azmeen akan mengambil pesanan di sekitar kawasan Shah Alam sebelum pulang ke rumah pada sebelah petang.

Dengan pendapatan sebagai rakan pemandu Lalamove, Azmeen boleh membiayai pinjaman kereta dan kos-kos lain tanpa perlu bergantung kepada orang lain. 

Azmeen juga bersyukur kerana Lalamove tidak mengenakan sebarang komisen untuk semua rakan pemandu OKU. 

Ini adalah antara kelebihan yang ditawarkan oleh Lalamove untuk menyokong usaha pemandu OKU.

Apabila ditanya adakah beliau mempunyai nasihat kepada warga OKU yang ingin mencari duit tambahan dengan Lalamove, Azmeen memberi jawapan:

“Jangan takut untuk cuba menjadi rakan pemandu Lalamove. Banyakkan bersabar dan anda akan faham kerjaya ini dengan baik," kata Azmeen.

 

muhammad al azmeen family

 

Jana Pendapatan Sebagai Rakan Pemandu OKU Lalamove

Di Lalamove, kami tidak mengambil sebarang komisen daripada rakan pemandu OKU. 

Ini kerana kami berpegang kepada matlamat kami untuk memperkasakan warga OKU dan kehidupan seharian mereka. 

Kami juga percaya kekurangan individu tidak seharusnya menjadi penghalang untuk berjaya sebagai rakan pemandu!

Berminat untuk menyertai Lalamove?

Jom muat turun app Lalamove Driver dan daftar hari ini!

Daftar Sebagai Rakan Pemandu Sekarang

Read more