Buat Lalamove Untuk Melancong: Ini Kehidupan Abang Man Selepas Pencen
"Daripada saya duduk rumah tak buat apa, baik saya buat Lalamove!”
Itu kata-kata Amanah bin Ngah Saidin, atau lebih mesra dipanggil Abang Man.
Pada usia 61 tahun, semangat Abang Man ternyata masih menyala-nyala untuk mencari rezeki.
Selepas bersara daripada pekerjaan sebagai pengurus gudang, Abang Man mengambil keputusan untuk menjadi rakan pemandu Lalamove separuh masa.
Jom baca blog ini untuk ketahui kehidupan Abang Man selepas pencen, hobi keliling Malaysia dan keuntungan menjadi rakan pemandu Lalamove.
Melancong Tak Kira Usia
Di sebuah gerai berdekatan Aeon Subang Jaya, kami makan tengah hari bersama Abang Man. Menurut Abang Man, inilah gerai kegemaran beliau sejak tahun 1997!
Sambil makan, kami berborak tentang kehidupan Abang Man selepas pencen.
Katanya, Abang Man suka menaiki motosikal untuk melancong di seluruh Malaysia bersama rakan-rakan.
Dengan sebuah motosikal Honda yang dibeli selepas bersara, Abang Man meluangkan hujung minggu sebagai seorang ‘biker’ yang akan melancong ke beberapa negeri.
“Saya memang suka melancong dengan rakan-rakan. Memang enjoy lah,” tambahnya.
Menurut Abang Man, aktiviti paling syok untuk dibuat adalah mencuba makanan yang terdapat di negeri-negeri yang dilawati.
Antara makanan yang pernah dicuba adalah lemang di Pahang, asam pedas di Muar dan banyak lagi.
Malah, Abang Man juga sanggup keluar negeri semata-mata untuk makan, dan kemudian pulang petang yang sama.
“Time tu motor baru lagi, memang syok lah. Saya ajak kawan-kawan untuk makan nasi kandar di Pulau Pinang, dan pada petang yang sama kami pulang ke Kuala Lumpur,” kata Abang Man sambil tersenyum.
Nasihat Abang Man Untuk ‘Biker’ Baru
Bagi Man, pengalaman menunggang motor bukan sekadar perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Ia adalah tentang komuniti.
Untuk setiap destinasi yang dilawati, Abang Man akan pergi bersama 10 orang biker lain. Malah, Abang Man juga menyertai beberapa group ‘biker’ di Malaysia untuk tambahkan keseronokan melancong.
Abang Man menasihati anak-anak muda yang ingin mencuba menjadi bikers sebagai hobi untuk merapatkan silaturahim bersama kawan-kawan.
“Kalau kita ada apa-apa masalah, kawan yang tolong kita. Kenal ke tak ke, dia akan tolong.”
“Saya pernah satu kali motor rosak, ada seorang rider yang tolong saya. Walaupun saya tak kenal dia,” tambahnya.
Kerjaya Selepas Pencen
Sebagai seorang pesara, Abang Man membuat keputusan untuk mencari kerja yang boleh menampung kehidupannya bersama keluarga.
Abang Man membuat keputusan untuk membeli sebuah van pada tahun 2023 untuk mencari rezeki. Katanya, jika tiada majikan yang ingin mengambil beliau bekerja, beliau akan membuat Lalamove.
Ternyata, ia adalah usaha yang berbaloi!
Katanya, pendapatan yang diterima dari Lalamove lebih tinggi dari pekerjaan lama Abang Man.
“Gaji saya buat Lalamove sekarang lebih tinggi daripada gaji lama saya.”
“Itupun saya tak buat Lalamove hari-hari. Kalau rajin, saya rasa boleh double lah gaji saya,” katanya.
Tips Paling Menguntungkan
Antara pengalaman sebagai rakan pemandu yang Abang Man tak dapat lupakan adalah berjumpa dengan pelanggan yang baik hati.
“Saya pernah menerima tips RM40 untuk penghantaran yang hanya bernilai RM60.”
“Waktu tu saya hanya perlu hantar empat biji tayar ke Bukit Damansara,” katanya, mengimbas kembali satu penghantaran yang membawa kepuasan tersendiri.
Abang Man kini menjalani kehidupan yang dia inginkan — bebas, penuh dengan pengalaman baru dan masih mampu menjana pendapatan.
Jadi, kalau anda ingin kehidupan selepas pencen yang tenang dan fleksibel seperti Abang Man, jom sertai Lalamove hari ini!